Pages

Monday 24 October 2016

Malam


Assalamualaikum,

Saya sangat suka waktu malam. Malam dan senyap tak dapat dipisahkan. Macam lirik lagu pulak hehehe...
Malam juga selalunya sejuk. Kombinasi sejuk dan senyap bukan selalu saya dapat hayati. Sekiranya anak-anak tidur awal malam keadaan sunyi sepi terasa sangat nikmat.
Jika hubby tersayang saya belum balik dari kedai saya sengaja tutup televisyen dan kipas  untuk menikmati malam yang senyap. Dapatlah juga saya melepaskan rindu saya pada waktu malam yang sunyi sepi.
Sebelum saya kahwin saya pernah tinggal berdua dengan adik perempuan saya yang OKU di rumah baru kami. Masa tu waktu malam lah yang paling suka. Lagipun time tu tak ada Astero semua. Kalau nak tengok TV pun kene hadap TV3 je yang siarannya tak semenggah.
Melayan perasaan dan berkhayal sorang-sorang tanpa gangguan sesuatu yang sangat saya dambakan.

Wassalam

Thursday 23 June 2016

Puasa day 19

Assalamualaikum,

Puasa day 18


Assalamualaikum,

Masa berlalu dengan sangat pantas. Lagi dua hari kita semua akan memasuki bulan puasa fasa terakhir.  Cuaca hari ni sangat terik. Tengahari saya dah rasa tekak kering.
Masak sahur pun ala kadar sahaja. Sambal ayam semalam masih ada berbki sedikit  jadi buat kobis masak parpu + goreng ikan.
Berbuka abang haleem request nak makan nasi lemak kukus ayam berempah. Mula-mula saya kata ok kita beli nasi lemak kukus biasa je. Tapi ketiga-tiga anak-anak saya ni sebulay suara mengatakan nak makan nasi lemak kukus ayam goreng berempah. Kalau hari-hari makan nasi lemak kukus ayam macam ni alamatnya bankraplah. Hehehe.... tapi takpalah anak-anak pun seharian berpuasa tak salah jika manjakan mereka dengan makanan. Insyaallah akan murah rezeki kami sekeluarga demi untuk anak-anak.  Kuih berbaki semalam masih elok lagi dalam petiais. Buat jus mangga je.
Malam ni buat biskut Cruncy Cornflake Cookies.
Sangat mudah dan sekejap je boleh siap satu adunan. Lagipun di rumah memang sedia ada Cornflake yang saya ambil dari kedai kami. Mula-mula saya makan cookies ni macam lemau je tak rangup. Tapi bila dah sejuk memang krrupp, krapp,kruupp, kraaapp je bunyi.

Wednesday 22 June 2016

Puasa day 17

Assalamualaikum,

Semalam dah plan hari ini nak pergi bazar ramadan di Kg. Raja Uda dengan abang rashid.
Lagipun dah 4hari saya berjaya tidak beli apa juadah di kedai untuk berbuka puasa. Nak pergi bazar pun sebab nak cari kuih pelita. Kedai jual kuih dekat pangsapuri seri perantau ni susah nak jumpa kuih pelita.
Beli karipap sardin, kuih pelita, nasi ayam untuk abang haleem+ adik ashiqa, air 2bungkus, sedikit satay.
Malam ni buat biskut kelapa creamy. Memang wangi jelah rumah selepas berbuka. Petang tadi dah siapkan adunan biskut malam tinggal terap dan bakar.
Sedap dan manis sedang-sedang biskut ni. Guna pula kelapa fresh memang terangkat.

Wassalam

Puasa day 16

Assalamualaikum,

Saya dah mula projek biskut raya 2016 malam ini. Segalanya berjalan seperti yang saya plan. Alhamdulillah....
Biskut pertama yang saya buat ialah
Biskut suji.  Saya suka biskut suji yang dibuat dengan menggunakan tepung suji.
Bau wangi minyak sapi dan tekstur biskut yang rangup memang sedap.
Resepi saya ambil dari yatie memories.
Resepi ini ada guna tepung susu itu yang buatkan biskut ada rasa lemak-lemak sikit.
Malam lepas berbuka saya terus solat maghrib dan mula misi biskut raya. Adik ashiqa pun banyak tolong saya. Doh biskut yang saya bulatkan dia yang hias dengan manik bentuk hati.

Berbuka pula saya buat tosei cicah dengan sambal sardin yang dibuat untuk sahur tadi. Juga hari special sikit saya buat jus laici dan bingka ubi kayu. 
Untuk sahur pula buat ikan selar masak lemak cili api + goreng ikan masin +goreng telur mata.

Selesai sudah puasa selama 16hari.

Wassalam

Sunday 19 June 2016

Puasa day 14

Assalamualaikum,

Hari dah hari ke 14puasa saya belum list down nak buat biskut raya apa. Tapi ada plan nak start buat biskut raya hari rabu ni. Lagipun rabu ni Hari Nuzul Al-quran.

Hubby pun belum shopping baju raya.  Puasa tahun ni macam tak bersemangat je nak sambut raya. Biasanya saya yang beria time puasa.
Takpalah tahun ni kita sambut raya sederhana je. Raya nanti nak pergi mana pun tak plan lagi. Kalau tanya Hubby mesti cakap tak payah pergi mana-mana,  duduk rumah je.
Tapi demi anak-anak kena juga pergi mana-mana. Lagipun Hubby tersayang saya ni bukan selalu cuti.
Lagi satu benda yang membuatkan saya stress ialah window blind belum beli. Actually, i suppose buy blind at Nilai3 the other day. Tapi shopping tudung sakan sampai lupa.
Lagipun, i have no idea where to look foe the blind.
Hurrmmm....

Wassalam

Puasa day 12

Assalamualaikum,

Hari ini report card day sekolah adik ashiqa dan abang haleem. Tapi saya hanya pergi ke sekolah kebangsaan adik ashoqa sahaja. Sekolah abang haleem tak dapat pergi sebab tak sempat. Keputusan peperiksaan abang haleem hanya check di website sekolah.

Masa pergi solat Jumaat hubby hantar saya dan adik ashiqa di sekolah Methodist. Lagipun saya ada plan nak beli barang dapur dan barang untuk buat biskut raya di MyMydin dan kedai barang bakeri bersebelahan.
Hari ini buat pisang goreng dan panaskan roti pratha segera makan dengan sambal daging.
Bersyukur sangat ada kedai jual bahan kek dan biskut dekat-dekat macam ni. Tapi saya tak beli banyak sangat pun. Sebab tak tahu nak buat biskut apa untuk raya tahun ini.
Ingat nak pergi kedai ni sekali lagi lepas list down bahan yang perlukan.

Wassalam

Saturday 18 June 2016

Puasa day 13


Assalamualaikum,

Petikan ini saya copy dari fb. Terasa sangat insaf dan bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

Seorang wanita 42 tahun datang klinik untuk routine maternity checkup. Usia kandungan baru 15 minggu. Kata dia, dia saja stop pil perancang bulan 12 tahun lepas. Tak sangka lekat pulak. Kata dia lagi, anak kedua dia bakal melahirkan anak lepas raya nanti. Dia ingatkan nak jaga cucu, tak sangka nanti kena jaga anak sendiri pulak hihi. Kata dia, dia meloya 4 bulan, suami asyik muntah2,check pregnancy test 4 bulan pun negative, tapi perut makin besar. Doktor rujuk untuk scan tengok2 dah ada kantung baby. Lepas habis scan dia malu nak balik rumah. Malam tu dia bagitau suami, suami dia seronok bukan main. Dia ja malu2 hihi.
2. Seorang remaja 16tahun. Masih bersekolah & kehidupan agak liar. Terlanjur bersama kekonon cinta hati sampai mati. Dah sah mengandung. Menangis dan keluarkan kata2 kesat. Kata dia, dia hanya nak seronok2 tak sangka jadi. Selama ni elok ja tak lekat. Astagfirullah.
Saya hanya boleh nasihatkan sebab kalau marah pun tak berguna. Harap dia tak gugurkan anak itu. Ramai sangat yang mahu mengandung tapi tak dapat2.
3. Seorang wanita baru lepas kahwin bulan lepas. Bulan ni dah dapat tahu mengandung. Alhamdulillah.
Seronok tengok riak wajah dia dan suami bila scan nampak kantung bayi & denyutan jantung. Ini momen paling best bila aku jaga klinik ibu anak. Belum bila dah nampak tangan kaki gerak & kadang2 ada rezeki nampak jantina baby. Seronok mereka, gembira lagi aku.
4. Seorang wanita 35 tahun. Berkahwin umur 23 tahun. Sudah 12 tahun menanti pregnancy test positive. Siap ambil anak angkat, siap buat bermacam jenis test, siap makan itu ini, jumpa ustaz dan sebagainya. Tapi masih negative. Allah belum masih mahu memberi rezeki anak untuk mereka. Tetapi alhamdulillah hubungan mereka laki bini bahagia even dgn anak angkat yang satu tu.
5. Seorang wanita 26 tahun. Berkahwin lepas spm. Sudah beranak tiga dan memutuskan untuk memotong tiub peranakan. Sebab ingat semua akan ok dan takmahu mengandung lagi.
Mana tau allah mahu menguji, di usia 30, suami ceraikan dia. Tiga tahun lepas tu dia kahwin lain dan suami baru mahu anak. Allah punya nak uji. Tiub itu cuba disambung balik tapi penuh komplikasi. Dan suami baru pun ceraikan dia juga. Nauzubillah.
Cerita mengandung ni ada bermacam warna. Ada yang seindah pelangi, ada yang kelam suram & ada yang suam suam. Tak semua orang gembira dengan kandungan. Tak semua orang bahagia bila ada anak. Tak semua orang mahu zuriat.
Tapi allah takkan beri atau takberi dengan sengaja. Pasti bersebab. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu. Jika allah sudah kurniakan kamu anak, maka jagalah amanah yang satu itu sebaiknya. Dialah penyambung zuriat, dialah cermin ibu bapa dia. Jika allah masih tidak mengurniakan zuriat lagi untuk kamu, maka bersabarlah.

Berusahalah sehabis baik dan berdoa. Pasti ada sebab musabab kenapa masih belum ada anak. Mungkin allah masih rindu nak dengar rintih rayu kita.
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ[2] “Setiap bayi itu dilahirkan

atas dasar fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yg membuatnya menjadi Yahudi Nashrani atau Majuzi.” Redha & bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita sekarang.

Wassalam

Thursday 16 June 2016

Puasa day 11

Assalamualaikum,

Tarikh hari ini 16.06.16, cantikkan nombornya. Berbuka hari ni buat mee goreng basah. Mula-mula ingat nak buat goreng pisang sekali tapi malas pula. So, bercadang goreng fries yang ada lebihan. Ada pun sikit je jadi rasanya cukuplah buat anak-anak makan.
Last-last fries pun tak jadi goreng sebab kakak hubby beri bubur lambuk yang dapat dari Masjid Jamek, Klang.
Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab baru dua hari lepas hati terdetik 'alangkah bagusnya dapat makan bubur lambuk masjid'.
Allahu Akbar Maha Besar Allah yang mengetahui bila masa sesuai memberi setiap permintaan hambaNya.

Sebenarnya, boleh je saya sendiri masak sendiri bubur lambuk. Tapi taste dia tak sama dengan yang masjid punya.
Dulu masa kecil-kecil saya bukannya suka sangat pun makan bubur lambuk.

Saya makan sikit bubur. Dalam hati ingin tinggalkan sikit untuk hubby rasa bila balik dari terawikh. Tapi abang rashid pergi makan sampai licin. Hehehe...

Wassalam

Tuesday 14 June 2016

puasa day 15 resepi- Pizza pisang


Assalamualaikum,

Resepi pizza pisang ni saya dapat dari fb. Sebelum tu tak tahu pun wujud pizza pisang ni. Bila try resepi ni crust pizza tu memang lembut sangat. Saya buat tengah hari tapi sampai ke lewat malam masih lembut pizzanya. Resepi crust pizza ni boleh juga diguna untuk buat pizza ayam@ mana-mana topping lain.

Mula-mula saya buat hanya satu pizza je. Doh tu saya bahagi dua buat satu pizza je. Then, tengok anak-anak berselera jr makan tinggal satu piece je untuk Hubby. So, doh lagi satu pun saya buat pizza ni. Memang berbaloi buat pizza ni boleh makan puas-puas.

Pizza Banana Kaya Ala Domino.

Bahan-bahan

Doh Pizza ialah:

3-4 cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan + 3/4 cawan air suam.
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan butter
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan topping pizza:

1 bekas kaya, dapat yang pandan lagi best
2 biji pisang montel
1 sudu besar gula
1 cawan keju mozarella
Sedikit gula aising

Cara buat:
- satukan semua bahan- bahan doh. Rehatkan doh dan bila doh dah naik 2kali ganda bahagi doh 2.

- canai  doh ikut ketebalan yang dikehendaki.

-cucuk doh dengan garfu.

- sapu kaya tabur  separuh cheese

-susun pisang Yang dihiris 1cm tebal.

-tabur sedikt gula dan baki cheese.

- bakar.

- ayak gula icing.

-.siap!!!!

Selamat mencuba

Wassalam

Puasa day 10

Assalamualaikum,

Hari hari recycle. Berbuka masak nasi goreng guna nasi lebih sahur tadi plus goreng Karipap yang difrozen itu hari.
Bersyukur Allah masih murahkan rezeki yang halal buat keluarga kami.

Puasa day 9

Assalamualaikum,

Monday 13 June 2016

Puasa day 8

Assalamualaikum,

Hari ini berbuka saya buat roti puri dengan kari kentang. Juga buat payasam @bubur sagu.
Jus pula hari ni buat jus carrot susu. Perit sangat tekak sampaikan susah nak telan air liur.
Sahur buat sambal sardin dan goreng telur dadar campur bawang.
Adik ashiqa excited sangat balik dari sekolah agama kerana kantin tak buka jadi katanya main dengan kawan-kawan di kantin.
Beribu kali di pesannya suruh abangnya ambil di sekolah kebangsaan 5.30petang.
Saya tanyalah 'adik penat ke puasa di sekolah?' Tapi katanya ok je mak.
Yang penat sangat maknya lah.
Orang pertama bangun pagi dan orang terakhir masuk tidur. Time cuti sekolah adalah juga saya tidur lepas sahur. Sekarang ni tidur pun macam tidur-tidur ayam je.
Lepas sembahyang subuh tidur sekejap then kejutkan abang rashid balik suruh mandi dan siap ke sekolah. Then tidur sekejap kejutkan hubby tersayang dan adik ashiqa.  Tidur balik lepas keduanya keluar. Bangun 8.50pagi kemas apa yang patut, mandi siap-siap ke kedai.
Tengahari lepas balik dari kedai ada je masa nak ganti balik tidur tapi panas sangat tak boleh tidur.
Takpalah anggap je ini semua pengorbanan demi mendapat pahala Ramadhan.

Saturday 11 June 2016

Puasa day 5&6

Assalamualaikum,

Memandangkan saya sangat letih dan malas puasa day 5&6 digabung. Day 5 saya buat agar-agar santan+telur dan agar-agar milo. Masak agar-agar tali divide 2adunan tu buat dua jenis. Day 6 pula saya buat karipap. Juga buat karipap dua jenis inti iaitu inti kentang ayam dan kentang sardin.

Day 5&6 saya tak buat main meal. Beli nasi lemak kukus letak ayam goreng berempah berharga rm 5.50 setiap satu. Itupun beli 3je untuk anak-anak.
Dua, tiga menjak ni cuaca sangat panas. Sejak mula bulan puasa saya belum lagi tidur tengah hari. Masuk bilik tidur pun panas membahang even tingkap sudah dibuka seluas alam.
Mungkin inilah dugaan Allah agar umatnya lebih tabah menjalankan ibadah puasa tahun ini.

Thursday 9 June 2016

Puasa day- 4

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari yang sangat malang. Masa nak pergi solat terawih, tiba-tiba van Avanza kami tak boleh start.
Hubby suruh abang rashid ambil dari kedai guna motor. Lepas balik dari solat sedang Hubby tersayang makan, tiba-tiba anak buah Hubby datang terburu-buru cakapnya kedai kami pintu gril nya terbuka dan mangga gril tak ada.

Duit dalam laci sebanyak rm500 hilang. Huhuhuhu..... bila tanya Hubby, katanya dia simpan kunci kedai dalam van. Hhmmm... Apa nak dikata. Benda dah  jadi.
Ok itu je. Takde mood nak cerita pasal makanan.

Wassalam

Wednesday 8 June 2016

Puasa day-3

Assalamualaikum,

Berbuka hari ni saya buat thosei dan dimakan dengan kari ikan leftover semalam. Hari juga saya berjaya tidak beli apa-apa kuih atau air di kedai. Adik ashiqa request nak minum air sirap. Buat sirap sebelum pergi ke kedai.  Kuih pula saya buat pisang goreng.

Sahur esok saya masak dalca kambing. Hari tu masa buat tahlil memang ada beli daging kambing lebih sikit. Daging bercampur tulang saya simpan untuk buat dalca.
Pagi nanti nak goreng tempe. Memang sedap sangat. Verdict: anak-anak berselera makan.

Wassalam

Doa

Assalamualaikum,

Saya kongsikan apa yang saya baca di fb biras saya. Semoga kita sama-sama amalkan untuk memperoleh lebih pahala dan kebaikan di bulan yang mulia ini.

DAHSYAT NYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA🍄🍄
Ada waktu yg mustajab utk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu

1. berdoa saat menjelang berbuka puasa.

2.menjelang makan sahur. Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya.
Di Mekkah & Madinah, satu jam sblm adzan maghrib orang muslim menengadahkan tangan ke langit berdoa utk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia maupun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai2 air mata mereka mengalir deras..
Ya, berdoa meminta kepada Allah yg Maha Kaya... Kesalahan yg dilakukan kaum muslimin kita disini yaitu menyia2kan wktu yg sangat mustajab ini dg cara sibuk menyiapkan hidangan berbuka menjelang adzan maghrib..!!!
kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka, & mrk sdh merasa cukup dg hanya membaca

"Allahuma lakasumtu....atau dzahaba zhoma'u....",
pdhal hanya mencakup maknanya berupa laporan & ucapan syukur..
Setelah kita memahaminya, hendaknya min 10 ~ 15 menit seblm adzan maghrib (sdh dlm keadaan berwudhu) kemudian berdoa meminta apa saja (adabnya dg didahului puji2an kpd Allah & bershalawat atas Nabi), Krn Allah memberikan garanti bhwa doa2 tsb akan dikabulkan.."Allah sesuai prasangka hamba kepada Nya"

Manfaatkanlah waktumu sahabat, bukan hanya demi santapan atau berburu makanan saat jelang buka. Berdo'alah utk diri kita, keluarga kita, orangtua kita, sahabat kita, negara kita....
Musuh2 islam tahu betapa hebat ummat Muhammad SAW bila mereka berdo'a kpd Rabb nya disaat menjelang berbuka. Kerana itu, mereka buat tipu daya utk melalaikannya dgn program2 tv & media lainnya di waktu-waktu yang mustajab yaitu:
menjelang berbuka & menjelang sahur (2/3 malam).

sehingga ummat ini, mrk makan-minum, berpuasa, namun tak sempat utk berdoa. semoga nasehat yg singkat ini bermanfaat bagi umat yg belum mengetahui nya.
.أمـــــين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ..

Wassalam

Puasa day-2

Assalamualaikum,

Tahun  ini buat pertama kalinya adik ashiqa puasa penuh. Bersyukur sangat sepanjang hari dia tidak merungut lapar. Sahur pun berselera makan nasi. Cuma saya rasa risau bila dia kurang makan masa berbuka.
Idli dan kari ayam favourite dia. Time tak puasa dia boleh habiskan 5-6 Idli seorang untuk breakfast.
Sahur day - 2, saya masak sambal tumis telur dan sayur sawi tumis air. Berselera jugak anak-anak dan hubby makan.

Berbuka pula saya masak mihun goreng sahaja. Beli kuih sedikit sahaja sebab hubby taknak makan mihun. Berbuka secara bersederhana adalah yang terbaik. Since mihun ada berbaki abang rashid dan saya makan mihun recycle tu untuk sahur, manakala abang haleem makan nasi yang dapat masa moreh. Hubby tersayang dan adik ashiqa makan nasi dan kari ikan gelama + telur mata.

Setiap kali makan sahur bersama-sama saya bersyukur sangat Yang Maha Esa masih memberi peluang kepada kami sekeluarga makan bersama.
Tahun ini seboleh-bolehnya saya mahu kurangkan pembaziran. Lagipun bukan semua jenis kuih dan makanan yang anak-anak saya suka makan.
So, makanan yang anak-anak dan Hubby suka saya akan masak lebih sikit.
Beli kuih pun sekadar rm 2- 3 sahaja.

Wassalam

Monday 6 June 2016

Puasa day -1

Assalamualaikum,

Semua umat Islam sudah mula berpuasa hari ini. Tapi saya masih cuti puasa. Sahur pagi tadi sya buat ayam masak kicap dan sayur kobis goreng bersantan. Pada mulanya plan nak buat ayam masak kicap dengan telur dadar saja tapi tukar last minit sebab terlupa ambil telur dari kedai.
Buka puasa pula buat idli + kari ayam yang diolah dari leftover ayam masak kicap. Ntahlah tahun ni macam malas je nak buat kuih berbuka. Beli kuih dalam rm4 je and share dengan hubby and anak-anak.
As usual hubby berbuka di kedai. Alhamdulillah.....

Wassalam

Sunday 5 June 2016

Marhaban ya ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah yang maha Berkuasa kerana atas ehsanNya kita semua dapat bertemu bulan yang penuh barakah ini.
Saya berharap cukup bersedia zahir dan batin menjalani puasa tahun ini.

Wassalam

Tuesday 31 May 2016

Lawak

Assalamualaikum,

Gambar-gambar mencuit hati yang saya sempat screenshot.

Wassalam

Wednesday 25 May 2016

Again pasal kucing

Assalamualaikum,

Ini kisah terjadi lepas dua hari. Pagi sejak saya sampai ke kedai kami si ibu kucing mengiau tak henti-henti. Dah bagi makanan stil berbunyi. Dah lah bunyi mengiau dia kuat.
Tak tahan bunyi kucing, my beloved hubby check tempat sorok kucing.
YA ALLAH... rupanya 2ekor anak kucing dah mati. Huhuhu.... sebab tulah si ibu asyik mengiau. Kucing mati tu hubby buang atas benteng. Si ibu pula tiba-tiba bawa anaknya yang masih hidup tu sorok dalam bilik tengah.
Rasa kesian pula bila si ibu tu mengiau seharian dan mencari anak nya belakang tempat letak kelapa.
Saya ni dulu sebelum membela kucing di rumah takde lah rasa kesian dekat kucing atau mana-mana binatang. Tapi sekarang ni even tengok anjing jalanan yang berkurap pun rasa sedih dan kesian. 

Ps: bawah ni gambar kucing oren di rumah saya.

Wassalam

Sunday 22 May 2016

Anak kucing

Assalamualaikum,

Minggu lepas baru perasan ada kucing betina yang bunting. Kami perasan pun lepas kucing tu sarat. Lepas 2,3 hari perut kucing tu nampak macam kempis. My beloved hubby yang bagi tau mungkin kucing tu sudah beranak. Adalah dalam 5,6 ekor kucing penduduk flat yang selalu datang kedai kami minta makanan. Selalunya ikan yang tak habis jual tu adalah kami bagi sikit.

Petang tu hubby kata kucing ekor pendek tu dapat anak 3ekor. Kucing tu beranak tepi sofa lama jiran sebelah kedai kami, mereka letak anak-anak kucing dalam kotak. Esoknya sedang saya ambik cili kering yang customer minta tiba-tiba kucing ekor pendek lari keluar dari bilik tengah. Terkejut saya...

Saya suruh abang rashid check bawah rak biskut. Ha'ah memang sah ada seekor anak kucing yang sangat comel berwarna oren. Kecik je nak kucing tu,  warna oren.
Abang rashid keluarkan anak kucing tu letak depan kedai. Tiba-tiba kucing ekor pendek ambik  anaknya bawa masuk dalam kedai terus sorok belakang tempat letak kelapa.
Hubby kata biarlah kucing tu ada kat situ. Tapi saya still rasa phobia takut anak-anak kucing dengan mak kucing sekali kena hempap dengan kelapa.


Eeiiii... seram....tak dapat dibayangkan.

Saturday 21 May 2016

Persiapan pra raya- 2


Assalamualaikum,

Hari selasa lepas tiba-tiba my first Sil call saya tanya samaada saya free esok sebab nak pergi Nilai3. Saya kata free tu memang freelah, tapi since esok hari rabu dan anak-anak sekolah kenalah saya fikirkan dulu. Bila beritahu my beloved hubby dia pun terkejut tiba-tiba je nak pergi Nilai.
To make it short, saya dan my angel ashiqa pergi ke Nilai3. Pagi Rabu as usual my beloved hubby hantar saya dan ashiqa ke stesen komuter pelabuhan klang. Abang rashid dan abang haleem setuju pergi ke sekolah macam biasa selepas pujuk mereka time cuti sekolah nanti nak bawa ke KL untuk shopping. (Dah besar panjang pun kene pujuk juga)

Pukul 11a.m tepat saya, ashiqa my first Sil, dan my last Sil sampai di Nilai 3. Mula lah kami masuk keluar kedai kain. Memandangkan saya nak jahit langsir, saya minta pergi ke kedai jual kain langsir dulu. Kedai langsir yang kami pergi ni servis mereka memang tip-top. Jurujual pun sangat sopan menjawab soalan kami. Plus harga yang ditawarkan pun sangat murah. Saya puashati dengan jahitan langsir, part paling seronok ialah harga kain+ upah below my budget yang saya anggarkan.

Dah settle bab langsir, kami pusing lagi cari baju raya.  Di suatu kedai dapat juga kami beli baju melayu. Saya pun beli baju melayu untu kedua-dua anak lelaki saya.

Then misi mencari jubah untuk raya pertama pun bermula. Ada kedai ada warna tema baju yang saya cari tapi saiz baju saya tak ada, ada kedai tak ada warna yang dicari. Lastly dapat juga jubah saya warna kelabu. Sambil cari baju saya dapatlah borong tudung. Rambang mata tengok tudung-tudung disitu.
Alhamdulillah,  pukul 8malam kami dalam perjalan pulang. Selepas ambil anak buah saya dua orang di rumah maklong mereka di Subang, kakak ipar saya menghantar saya dan ashiqa balik.

What a tiring day. Tapi puas sangat sebab dapat beli baju, langsir, dan tudung idaman hati.

Wassalam

Thursday 19 May 2016

Hari guru

Assalamualaikum,

Rasanya tidak lambat lagi untuk saya ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di luar sana. Guru tidak semestinya seorang yang mengajar kita di sekolah sahaja, tapi setiap insan yang kita jumpa dalam kehidupan kita yang membimbing kita ke jalan yang baik juga
guru kita. Kadang tu ada juga orang yang tiada kaitan dengan kita first time jumpa dan orang itu ada buat sesuatu kebaikan kepada kita.

Wassalam

Monday 16 May 2016

Persiapan pra raya - 1


Assalamualaikum,

Tahun ini puasa di jangka bermula pada 06.06.16. Tinggal lagi 2minggu dan beberapa hari sahaja. Cantik kan tarikh ni. Masa cuti Hari Pekerja saya dan anak-anak mengambil peluang pergi Masjid India sambil window shopping usha -usha baju raya anak-anak.

Macam biasa tahun ini pun saya belum decide theme warna untuk raya 2016. Selalunya saya terjah terus mana-mana kedai pakaian pilih onthe spot je. Caranya:

* tengok baju yang berkenan di hati
* check kualiti kain
* tengok harga yang mampu ke tak
* testing baju
* kalau ngam dan puashati pay n bring home

Tak banyak kedai yang kami pergi sebab kesuntukan masa. Tapi kedua-dua anak teruna saya pilih baju jubah pendek warna biru tua. Mula-mula abang rashid cuba saiz L ok je. Bila tanya si salesgirl tu saiz M ada tak untuk abang haleem. Katanya out-of-stock. Hhmmm... so kami tak jadi  beli lah.

Kakak ipar no.1 ada janji nak bawa pergi ke Nilai3 this month. So, kena tunggulah apa yang menarik kat sana. Asalnya saya yang paksanya nak pergi Nilai 3 sebab tahun ini bertekad nak tukar langsir baru.  Heheheh....
 

Wassalam

Thursday 12 May 2016

Hari ibu


Assalamualaikum,

Baru tahun ini saya tahu hari ibu jatuh pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.  Memang tak pernah nak ambil tahu pun tentang hari ibu sebelum ini. Saya berpendapat kita tak semestinya ingat dan hargai ibu hanya pada hari ibu sahaja.
Tapi tahun ini saya terima banyak ucapan 'selamat hari ibu' dari customer saya. Rata-rata nya yang beri ucapan tu yang  bukan beragama Islam.  Ada rasa kembang dan bangg dalam hati bila mendapat ucapan.
Pernah saya berborak dengan seorang kawan, bila saya menyuarakan pendapat saya tentang sambutan hari ibu katanya , boleh sambut dengan menghargai ibu bapa kita asal tak melanggar adab islam.

Saturday 7 May 2016

Meletop

Assalamualaikum,

Saya pembaca setia blog zaila sejak 4tahun lepas. Selepas menjadi surirumah sepenuh masa zaila mula menjalankan bisnes online.

Saya suka cara blogger ni menulis tentang parenting dan keletah anak-anaknya. Dari dulu lagi saya teringin membeli rempah nasi arab Al Bait. Tapi disebabkan masalah tidak dapat dielakkan maka tak dapat lah saya beli. Bola selalu sangat godek blog sis zaila ni saya sangat berkenaan daging dendeng dan sambal kentang. 

Macam manalah saya tak berkenan, balik-balik iklan daging dendeng dan sambal kentang juga yang melintas di wall fb saya. Hehehe....

To cut the story short, saya dapat juga merasa daging dendeng dan sambal kentang. Verdict???? 

Sedap sangat hoi.... daging dendeng tu pedas-pedas manja macam kita buat sendiri di rumah. Tapi kalau nak buat di rumah memang agak renyah proses buatnya. Sambal kentang pula rangup walaupun dah 3hari plastik nya si buka. Anak-anak  lelaki saya siap jadikan sambal kentang tu jajan waktu menonton televisyen. 

Tak rugi dan berbaloi membelinya. Kalau uolls pun nak merasa kesedapan daging dendeng dan sambal kentang jom terjah blog mekla.


Wassalam





Friday 22 April 2016

Kenduri

assalamualaikum, bulan april dan mei ni banyak betul dapat jemputan kahwin. boleh dikatakan every weekend ada je kenduri yang kena attend. bukan hari ahad aja hari sabtu pun ada. bila banyak sangat jemputan rasa malas pulak nak pergi. yalah weekend dah lah kena prepare baju sekolah, kasut, homework anak-anak lagi. dalam rasa malas tu ada benda best jugak pasal kenduri dapat jumpa sanak-saudara dan kawan-kawan, dapat makan sedap( hehehe...), dapat buah tangan@ cenderahati.

Ini entry tentang kenduri ke atau cenderahati???? Ini blog saya suka hati sayalah kan... hihihi...
Saya selalu tak puas hati jika si tuan rumah beri sesuatu cenderahati berupa barang hiasan. ( wedding orang lain awak pula tak puashati, apa kes tifa oii...)
Ini pendapat sayalah, better beri sesuatu yang manfaat seperti desert. Balik -balik isu makanan jugak kan.
Ini antara cenderahati yang saya dapat semasa attend kenduri.  Saya rasa cenderahati macam ni sangat unik.

Wassalam

Sunday 17 April 2016

Pembenihan awan


Assalamualaikum,

Masa pergi ke majlis inai anak sepupu hubby tersayang ada perbincangan pasal pembenihan awan ni. Bila balik rumah terus google sebab ingin tahu tentang proses pembenihan awan. So, saya kongsi disini supaya boleh jadi rujukan di kemudian hari.

Operasi Pembenihan Awan

(1) Bagaimana cara pembenihan awan dilakukan?

Secara umumnya, pembenihan awan merupakan suatu proses untuk mempercepatkan penurunan hujan.
Kaedah Pembenihan Awan di Malaysia

(a) Larutan garam biasa (NaCl) yang diangkut oleh pesawat udara dan disembur ke dalam awan; dan

(b) Pembakaran higroskopik flare (campuran NaCl, KCl dan MgO) yang dipasang pada sayap pesawat kecil dan terbang di bawah dasar awan.

Syarat-syarat Pembenihan Awan

(a) Keadaan atmosfera yang tidak stabil (angin yang lemah di paras atmosfera rendah antara 5,000 kaki dan 15,000 kaki serta berlakunya daya tujahan angin secara menegak) adalah merupakan faktor utama bagi menjamin kejayaan operasi pembenihan awan

(b) Perlu dilakukan pada awan yang sesuai, biasanya awan jenis Towering Cumulus

(c) Udara yang lembab – kandungan wap air yang tinggi

Proses Pembenihan Awan

Garam semburan atau flare bertindak sebagai Cloud Condensation Nuclei (CCN), iaitu bahan higroskopik yang mempunyai keupayaan menarik, menyerap dan memegang wap air di dalam atmosfera.
Proses berkenaan bertujuan mempercepatkan pembentukkan titisan-titisan air daripada wap air sehingga mencapai saiz yang cukup besar dan berat dan akhirnya akan turun sebagai hujan.

(2) Adakah air hujan yang terhasil dari pembenihan awan ini selamat untuk digunakan?

Air hujan yang terhasil sama seperti hujan biasa.

Ps: copypaste dari google.

Wassalam

Thursday 14 April 2016

Cili


Assalamualaikum,

Seumur hidup saya tak pernah bekerja. Ini macam mengangkat sumpah pula. Hurrmm... eh kejap, saya pernah kerja lah masa lepas habis buat diploma di College saya kerja si sebuah kedai jahit lencana. Tapi tak lamalah hanya kerja 2minggu je pun.

Lepas tu kahwin, dapat baby, jaga baby dan hubby. Lagipun dalam family hubby tersayang kaum wanita memang tak keluar bekerja. Sejak setahun lalu saya kenal erti penat bekerja di luar. Selain bekerja di kedai hubby tersayang saya juga buat cili giling homemade dan pack dalam plastik jual.

Memang laku keras cili giling saya ni.( betul tau tak tipu). Pada mulanya agak tertekan sebab proses mengaluarkan biji-biji cili kering mengambil masa yang lama. Tapi bila sesuatu kerja jika dibuat ulang- ulang menjadi senang untuk dibuat.

Pernah sekali tu ada customer yang datang ke kedai kami tanya 'ada tak cili giling dalam bekas plastik tu??'
Time tu mesin pengisar rosak. Jadi saya tak buat cili giling. Saya pun offer kat  customer tu cili boh. Tapi customer tu berkeras taknak cili boh hanya nak cili giling je. ' cili giling yang dalam plastik sadap. Bila buat sambal ada rasa sambal guna cili boh serupa macam tak makan sambal'. Customer tu siap order cili giling untuk majlis doa selamat di rumahnya.

Bila hasil kerja kita dihargai terasa macam winner sangat. Kepuasan yang dapat dengan kata-kata perangsang sangat membantu meningkatkan keyakinan diri. 

Wassalam.

Wednesday 13 April 2016

Happy shopping@Zalora


Assalamualaikum,

Entri ni minggu lepas lagi saya dah buat tapi bila nak publish ntah apa masalah tak boleh pula.  Biasanya kan kalau entri ada masalah publish entri still ada kat draf kan tapi entri tentang Zalora ni tiba-tiba hilang pula. So, saya buat baliklah.

Minggu lepas sedang saya cuci mata kat website Zalora ada ternampak beberapa item kesukaan saya. Sebenarnya saya tidak berminat sangat dalam online shopping. Bagi saya if nak shopping mestilah tengok, merasa dan belek-belek barang tu sebelum membeli. Lagi sebelum ini pernah saya buat online shopping tapi kurang berpuas hati.

Tapi kat item yang ingin saya beli tu tertulis Cod( cash-on-delivery) saya ingin mencuba nasib shopping di Zalora.
Saya buat order pada hari Jumaat. Dekat details ada tulis barang akan sampai dalam 4@5 hari bekerja.
Lepas confirm belian, the next second akan dapat confirmation e-mel.

Tup, tup next day tengahari barang sampai. Bayar dan check barang. Everything perfect. Rasa puas hati sangat belian di Zalora begitu mudah dan murah.
Sekarang tengok apa yang saya beli Zalora.

Wassalam

Monday 11 April 2016

Powerbank


Assalamualaikum,

Sebelum pergi famili gathering masa cuti sekolah dulu lagi saya pasang angan-angan untuk beli powerbank. Bukan apa hp Lenovo ni bukan macam hp Nokia C3 saya sebagai sebelum ini, hp Lenovo memang cepat habis bateri.

Kalau saya nak balik kampung pun saya tak bagi anak-anak guna hp sangat dalam perjalanan. Yalah buatnya bateri hp habis naya nak caling-caling.
So, dua hari lepas time hubby tersayang saya pergi beli kad topup saya ikutlah. Tanya kat budak cina jaga kaunter ada powerbank tak. Dia cakap hanya ade jenama Pineng 10000mph saja.

Jadi apa lagi grab n pay lah. Sejak guna powerbank ni kan saya rasa hp saya ni lebih cepat cas naik bila guna powerbank dari direct charge. Juga convinient untuk dipegang.

Wassalam

Sunday 10 April 2016

Jadual

Assalamualaikum,

Sudah setahun lebih saya kerja membantu hubby tersayang saya di kedai runcit kami. Pada awalnya nya agak sukar untuk saya bahagikan masa antara kerja kedai, kerja rumah, uruskan anak-anak, uruskan diri sendiri. Rasa macam kelam kabut je setiap hari dari celik mata hinggalah pejam mata di malam hari.

Bertambah pula stress memanjang sebab masa dirumah habis di dapur je. Sampai kan saya dapat sakit kepala. Bukan maigran ye. Masuk bulan ketiga saya kerja saya mula buat jadual kerja rumah dan jadual masak sendiri.  Jangan ingat saya buat jadual dalam kertas siap draf semua ya. Saya taklah serajin itu.

Saya buat jadual harian saya dalam hati je. Plan awal-awal apa perlu buat untuk keesokan hari. Saya juga plan awal apa untuk dimasak keesokan hari. Hari sabtu pula saya peruntukkan untuk settle persiapan sekolah anak-anak.  Contohnya basuh baju sekolah, kasut, seterika baju sekolah, bagi anak-anak siapkan homework, etc.
Jika anak-anak cuti sekolah panjang sekali pun Saya tetap ikut jadual ini. Jadual ini hanya akan bertukar jika saya kena ppwrgi kenduri @kerja luar pada hari sabtu.
Jadual ini banyak membantu saya dan saya pun dapat luangkan banyak masa dengan anak-anak dan hubby tersayang.

Wassalam

Wednesday 6 April 2016

Aiskrim jelly

Assalamualaikum

Aiskrim jelly ni sebenarnya  aiskrim malaysia yang di modify. Tiba-tiba  je aiskrim ini menjadi viral. So, apalagi saya pun try buat untuk anak-anak  masa cuti sekolah. Satu adunan ini saya dapat dalam 18 batang aiskrim.  Sehari je licin aiskrim  ini dimakan anak-anak. Abang haleem siap request suruh buat lagi.

Bahan:

¥ plastik aiskrim 
¥ 1 tin susu cair
¥ gula ikut kemanisan
¥ jelly 
¥ 1 cawan air 
¥ 1/2 cawan susu fulcream ( saya guna sebab ade lebih kat petiais. Xde pun takpe)

Cara buat:
- masak susu cair + air+ gula
- sejukkan campuran susu ini
- jelly dibelah 2 
- masukkan jelly, campurkan dua warna jelly supaya nampak warna- warni
- masukkan susu dan ikat ketat- ketat
- masuk petiais keraskan

Memang sesuai sangat dibuat dalam cuaca panas macam sekarang.

Wassalam

Monday 4 April 2016

Bahagia


Assalamualaikum

Bahagia adalah sesuatu yang subjektif dan berubah mengikut individu. Kadang kita lihat someone macam hidup dalam kesusahan tapi sebenarnya dia happy je dengan cara hidup nya itu. Kiranya bagaimanapun cara hidup kita asal tidak susahkan orang dan tidak lari dari landasan agama oklah kan. Ini aje nak sampaikan.

Wassalam

Monday 28 March 2016

Resepi: jelly kelapa


Assalamualaikum

Saya kenal dan mula- mula makan Jelly kelapa ni masa majlis aqiqah anak buah saya pada 4tahun lepas. Masa tu kami pakat buat dessert seorang satu jenis. Kira macam buat potluck.
Time tu saya buat puding suji while kakak ipar buat jelly kelapa.
Sejak tu memang teringin buat jelly kelapa sendiri. Tapi setiap kali beli kelapa muda but end-up buat air kelapa je minum. Hehe hee ehehde....

Hari minggu saya gigih ikut hubby tersayang pergi pasar pagi Pandamaran semata-mata nak beli kelapa muda. Alang-alang beli sekaligus 3biji kelapa muda. Sebenarnya nak beli 2biji je tapi takut pula nanti air kelapa tu tak banyak.

Tengahari tu potong kelapa Alhamdulillah banyak air kelapa yang saya dapat. Penuh satu jug. Asingkan dulu air kelapa untuk buat jelly kelapa.  Selebihnya tambah gula sikit tambah ais saya dan hubby yersayang minum.

Jelly ni saya buat pada malam hari. Bila sejuk sikit simpan dalam petiais.

Bahan:

 * 1 peket agar-agar serbuk

 * air kelapa ikut sukatan agar-agar 

 * gula ikut kemanisan

* 2/3 helai daun pandan disimpul

Cara

 # masak agar-agar + daun pandan dengan air kelapa sampai larut 

 # masukkan gula masak 15 minit

 # tuang dalam loyang @ acuan kecil  yang sesuai

 .# sejukkan dan ngap heheehh....


 wassalam





 




Saturday 26 March 2016

Hujan

Assalamualaikum

Selepas panas terik 2 minggu, alhamdulillah  akhirnya  Allah murahkan rezeki hujan lebat di tempat saya. Sejuk sikit waktu malam bila nak tidur. Rumah saya yang jenis rumah kampung ni pun dah panas membahang waktu malam macamanalah rumah flat. Syukur terima kasih  Ya Allah memberi kami tempat untuk berteduh.

Wassalam

Friday 25 March 2016

Panas!!!!


assalamualaikum,

cuaca sekarang ini sangat panas akibat elnino. Anak-anak pun saya suruh banyakkah minum Air Kosong (hah, air kosong tu kena huruf besar). kalau hanya tulis air main bedal je air manis banyak-banyak. then mengaku kata dah minum air banyak.
Larangan keluar time waktu panas pula saya hanya larang anak-anak keluar bermain waktu tengah hari sahaja. yelah dah duduk dalam rumah pun dah membahang. kesian pula tak bagi keluar rumah. My beloved. hubby siap melawak 'buka paip tadah air dah boleh buat air kopi' hehehehe..... rasa seksa je bila masa nak berwudu'.

wassalam

Thursday 24 March 2016

Resepi crispy nestum chocolate finger

Assalamualaikum

Ini adalah resepi yang saya dapat dari grup masakan fb.  Tengok resepi nya pun dah tahu cara buat yang amat senang. Saya selalunya resepi- resepi yang senang dibuat macam ni save terus atau screenshot je. Bila nak buat pertama kali akan refer resepi 100%. Kali kedua dan seterusnya akan saya cuba buat versi saya sendiri.

Resepi crispy nestum cholate finger

Bahan:
/ roti sandwich
/ butter
/ nestum
/ coklat masakan

# saya tidak bagi sukatan bahan sebab memang tiada sukatan specifik.

Cara buat
- trim kerak roti sandwich dengan potong kerak dan potong panjang
- sapu butter pada roti
- bakar roti itu dalam oven 170c selama 15 minit@ sampai nampak lighbrown
- semasa roti kita sedang bakar, double-boil coklat masakan.                          
- keluarkan roti dari oven.                                                                     - sejukkan, celup roti dalam coklat, celup@ golekkan roti yang di salut coklat dalam nestum
- sejukkan, masuk dalam bekas kedap udara
- taaaaadaaaaa... siap kudapan untuk di kunyah sambil tengok tv

Selamat mencuba.....

Wassalam

Secret diary

assalamualaikum,

another application saya download dari playstore ialah secret notes diary locks. sebelum ini memang saya ada download apps notes untuk tulis entry blog sebelum post. tapi apps notes ni memang cool untuk tulis tapi tidak boleh copypaste atau hantar ke message box atau blogger.

Dulu masa sekolah hinggalah 2 tahun pertama saya kahwin saya ada tulis diari. Best tau tulis diari ni. Masa tu memang saya tak ada kawan yang boleh dikongsi masalah ( sampai  sekarang  pun saya tak ada kawan yan gg boleh dikongsi segala). So, dengan menulis diari saya luahkan kata hati saya. Ianya bagai meluah masalah, kegembiraan kita pada seseorang tanpa rasa bersalah.

jadi saya pun carilah alternatif lain. secret notes ni kita boleh tulis, simpan, hantar, dan lock segala notes. kiranya ada privacy lah guna apps ini. dekat front page boleh kita set kan lagu pilihan.so, sepanjang kita tulis dalam app ni rasa santai je, sambil tulis sambil dengar lagu. icon apps ini pun sangatlah cute. sampaikan anak saya ashiqa pun minta saya bukakan apps ni sebab nak tulis- tulis.


So, sekarang saya hanya taip entri dalam secret diary save dan hantar ke draf blogger, letak tajuk, adjust mana yang perlu,  letak gambar then klik publish. Lagipun guna apps ni tak perlu ada Internet.  BEST!!! 

wassalam