Assalamualaikum,
Hari ini berbuka saya buat roti puri dengan kari kentang. Juga buat payasam @bubur sagu.
Jus pula hari ni buat jus carrot susu. Perit sangat tekak sampaikan susah nak telan air liur.
Sahur buat sambal sardin dan goreng telur dadar campur bawang.
Adik ashiqa excited sangat balik dari sekolah agama kerana kantin tak buka jadi katanya main dengan kawan-kawan di kantin.
Beribu kali di pesannya suruh abangnya ambil di sekolah kebangsaan 5.30petang.
Saya tanyalah 'adik penat ke puasa di sekolah?' Tapi katanya ok je mak.
Yang penat sangat maknya lah.
Orang pertama bangun pagi dan orang terakhir masuk tidur. Time cuti sekolah adalah juga saya tidur lepas sahur. Sekarang ni tidur pun macam tidur-tidur ayam je.
Lepas sembahyang subuh tidur sekejap then kejutkan abang rashid balik suruh mandi dan siap ke sekolah. Then tidur sekejap kejutkan hubby tersayang dan adik ashiqa. Tidur balik lepas keduanya keluar. Bangun 8.50pagi kemas apa yang patut, mandi siap-siap ke kedai.
Tengahari lepas balik dari kedai ada je masa nak ganti balik tidur tapi panas sangat tak boleh tidur.
Takpalah anggap je ini semua pengorbanan demi mendapat pahala Ramadhan.
No comments:
Post a Comment