Pages

Showing posts with label about foods. Show all posts
Showing posts with label about foods. Show all posts

Monday, 28 March 2016

Resepi: jelly kelapa


Assalamualaikum

Saya kenal dan mula- mula makan Jelly kelapa ni masa majlis aqiqah anak buah saya pada 4tahun lepas. Masa tu kami pakat buat dessert seorang satu jenis. Kira macam buat potluck.
Time tu saya buat puding suji while kakak ipar buat jelly kelapa.
Sejak tu memang teringin buat jelly kelapa sendiri. Tapi setiap kali beli kelapa muda but end-up buat air kelapa je minum. Hehe hee ehehde....

Hari minggu saya gigih ikut hubby tersayang pergi pasar pagi Pandamaran semata-mata nak beli kelapa muda. Alang-alang beli sekaligus 3biji kelapa muda. Sebenarnya nak beli 2biji je tapi takut pula nanti air kelapa tu tak banyak.

Tengahari tu potong kelapa Alhamdulillah banyak air kelapa yang saya dapat. Penuh satu jug. Asingkan dulu air kelapa untuk buat jelly kelapa.  Selebihnya tambah gula sikit tambah ais saya dan hubby yersayang minum.

Jelly ni saya buat pada malam hari. Bila sejuk sikit simpan dalam petiais.

Bahan:

 * 1 peket agar-agar serbuk

 * air kelapa ikut sukatan agar-agar 

 * gula ikut kemanisan

* 2/3 helai daun pandan disimpul

Cara

 # masak agar-agar + daun pandan dengan air kelapa sampai larut 

 # masukkan gula masak 15 minit

 # tuang dalam loyang @ acuan kecil  yang sesuai

 .# sejukkan dan ngap heheehh....


 wassalam





 




Thursday, 24 March 2016

Resepi crispy nestum chocolate finger

Assalamualaikum

Ini adalah resepi yang saya dapat dari grup masakan fb.  Tengok resepi nya pun dah tahu cara buat yang amat senang. Saya selalunya resepi- resepi yang senang dibuat macam ni save terus atau screenshot je. Bila nak buat pertama kali akan refer resepi 100%. Kali kedua dan seterusnya akan saya cuba buat versi saya sendiri.

Resepi crispy nestum cholate finger

Bahan:
/ roti sandwich
/ butter
/ nestum
/ coklat masakan

# saya tidak bagi sukatan bahan sebab memang tiada sukatan specifik.

Cara buat
- trim kerak roti sandwich dengan potong kerak dan potong panjang
- sapu butter pada roti
- bakar roti itu dalam oven 170c selama 15 minit@ sampai nampak lighbrown
- semasa roti kita sedang bakar, double-boil coklat masakan.                          
- keluarkan roti dari oven.                                                                     - sejukkan, celup roti dalam coklat, celup@ golekkan roti yang di salut coklat dalam nestum
- sejukkan, masuk dalam bekas kedap udara
- taaaaadaaaaa... siap kudapan untuk di kunyah sambil tengok tv

Selamat mencuba.....

Wassalam

Wednesday, 23 March 2016

Resepi: kottu paratha

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak share satu resepi recycle. Resepi ni ayah saya selalunya buat guna roti canai yang dibuat sendiri.Bila teringin sangat nak makan roti canai ayah saya sensiri akan buat roti canai from the scratch. Petang lagi dah dibuat adunan tepung. Boleh dikatakan kami sekeluarga tak pernah merasa makan roti canai kedai masa kecik-kecik dulu. 

Memang sedap dan yang pentingnya senang buat. Guna bahan-bahan yang ada dirumah je. If uolls kekurangan bahan buat resepi ianya tak akan mwnjejaskan rasa. 

makanan ini asalnya dari India (please jangan tanya negeri mana di India ya). Kottu Paratha mean minced paratha cooked with spices and vegetables. Ada banyak versi kottu paratha. Yang ni versi family saya.

Ok jom lihat bahan-bahan kottu paratha.

     √ 3 keping roti canai
     √ 1 biji bawang merah
     √ 3 ulas bawang putih
     √ 1 biji tomato
     √ cili padi ikut kepedasan
     √ 1keping dada ayam tanpa tulang
     √ 3 biji telur
     √ 1 sudu besar cili giling
     √ daun ketumbar@ daun kari untuk          ditabur.

Now the method

- potong kecil-kecil roti canai
- bawang merah dan putih di slice dan di tumis
- masukkan dada ayam yang dipotong kecil.
- masukkan cili giling dan cili padi. Kacau sampai garing
- pecahkan telur masukkan. Kacau telur.
- bila telur hampir kering masukkan roti canai.
- jangan bagi telur kering nanti susah nak lekat dengan roti
- goreng sampai kering dan garing
- masukkan tomato. Tutup api tabur daun ketumbar@ daun kari.

Siap.... sedia untuk di ngap. Selamat mencuba.

Wassalam

Thursday, 25 February 2016

Muruku

Assalamualaikum,

Tengah ada kerajinan nak tulis entri baru tiba-tiba saya kehilangan idea. So, saya pun scroll gambar-gambar dalam album hp saya. Tiba -tiba terlihat gambar muruku Yang saya try buat masa cuti sekolah bulan disember. Ok boleh dijadikan bahan entri  ni (konon-kononnya blogger tegar lah kan...hehehe...)
Buat muruku pun guna muruku mix BABA's je pun.
Juga masa pergi Teluk Pulai tu hari ade beli acuan muruku yang jenis besi tu. Verdict: guna acuan besi lagi senang dari acuan kayu yang tradisional.

  Resepi:
  1peket tepung muruku
  1sudu kecil jemuju
   2sudu kecil bijan (bijan putih /hitam)
  1kotak santan

Sangai jemuju +bijan dalam 10saat api besar. Campurkan kesemua bahan, tambah air sikit demi sikit sampai jadi doh lembut.  Goreng dalam minyak penuh. Siap....

Wassalam

Monday, 22 February 2016

Pokok

Assalamualaikum,
Pokok  pisang yang arwah my Mil tanam berbuah lagi. Pokoknya memang akan berbuah sikit saja tapi buahnya sedap ada rasa bercampur masam dan manis. Pokok yang tak pernah berbaja sejak ditanam. Alhamdulillah.... tapi anak-anak saya kurang minat makan buah pisang. Sama juga dengan saya. Jadi bila pisang dah mula matang saya potong sesikat siap-siap agihkan kepada famili abang ipar dan adik ipar.
Saya suka jugak makan pisang tapi suka makan masa skip makanan. Kalau rasa tak ada minat nak makan nasi atau roti buah menjadi pilihan makanan saya. Buah yang sangat  senang dan cepat di makan ialah pisang.


Friday, 18 April 2014

butterscotch pencake

assalamualaikum, hai semua

sejak dua menjak ni roti kat rumah ni selalu je terlebih. tak tahulah pasal apa
anak-anak macam kurang minat makan roti. hari  tu My Beloved Hubby ada
bawa roti butterscotch Gardenia. dulu-dulu saya pun suka sangat makan roti ni.
siap boleh request My Beloved Hubby beli kat luar sebab masa tu di kedai kami
belum lagi jual roti Gardenia. tapi sekarang ni taktahu pasal apa saya sudah kurang
minat makanan dan minuman manis.
melalut pula ke bende lain.... roti butterscotch ni tak diusik oleh anak-anak.
tarikh luput pun makin dekat so, dari membazirkan mohlah kita modify jadi
makanan kesukaan semua.

               BUTTERSCOTCH PENCAKE

boleh juga dipanggil LEMPENG BUTTERSCOTCH kira nama melayu lah
camtu. sedap tau wangi je satu rumah semasa masak pencake ni.

                                                  


jom makan pencake sama-sama.
wassalam

Monday, 7 April 2014

apam marmar

assalamualaikum, hai semua

last week kan cuti sekolah 1minggu, kali ni cuti sekolah tak terasa sangat nak bawa anak-
anak balik kampung atau jalan-jalan. yelah dengan keadaan family yang kelam-kabut
sekarang ni rasanya tak patutlah saya demand sangat dengan My Beloved Hubby nak
balik kampung kan. so, terfikir nak buatkan anak- anak saya something to eat.
anak-anak lelaki saya yang dua orang ni memang hantu kek. lebih-lebih lagi abang rashid
kalau boleh nak makan kek hari-hari.
tapi saya dah plan taknak buat kek tapi smething similar to cake. yang kelakarnya
abang rashid sampai sekarang tak tahu yang maknya buat apam marmar dan ianya
sejenis kuih. dia ingat saya buat kek kukus. hehehe....
resepi apam marmar ni saya ambil dari blog ina
saya hanya buat dua warna je. melapis pun dalam keadaan tergesa-gesa sebab dah
terlambat nak kukus.
adunan kuning

adunan merah
dah siap melapis
dah siap

gambar apam marmar yang siap dipotong entah macamman boleh
terdelete pula                                      
sedap berkrim je apam ni plus lembut. 
jom try buat apam marmar ni weekend ni.
wassalam



Tuesday, 1 April 2014

air asam pencicah ikan cencaru sumbat

assalamualaikum hai semua,

masa buat ikan caru sumbat sambal saya buat pertama kali cuba buat air asam.
sedap oulls. rasa rugi je selama ni tak terfikir untuk buat air asam ni.
bahan-bahan yang saya kisar untuk disumbat dalam ikan tu saya  buat agak-agak
je. jadi lepas sumat bahan kisar tu memang ada lebih lagi dalam 1sudubesar.
saya taknak bazirkan bahan kisar tu jadi terus masukkan dalam air asam.
resepi air asam ni saya letak sebab saya sendiri boleh rujuk bahan-bahannya
suatu hari.

       - bawang basar dihiris nipis
       - tomato dipotong dadu
       - 1sudu besar sambal ikan caru sumbat yang dimasak garing
       - air asam
       - cili merah dihiris nipis
       - jus limau sikit
       - cili padi ikut kepedasan

       campurkan semua bahan perasakan dengan garam dan gula.
       rasa masam manis pedas air asam ni memang pembuka selera semasa
       makan. lagi-lagi makan dengan nasi panas tak hingat berpinggan masuk
       perut.



air asam ni saya buat banyak anak-anak memang tahu sangat takkan makan jadi
lebihan air asam tu saya simpan dalam bekas plastik bertutup dalam peti sejuk.
esoknya ade saya goreng ikan selar terus makan cicah dngn air asam ni. memang
boleh makan tanpa perlu ade ape-ape gulai.

wassalam

Thursday, 27 March 2014

ikan cencaru sumbat sambal

assalamualaikum, hai semua

beberapa hari yang lepas saya ada terbaca tentang ikan cencaru sumbat dengan
air asam di blog Ina . sejak tu saya pun teringin sangat nak buat.
sebelum ni pun pernah saya pernah buat tapi bahan-bahan nak sumbat tu saya
hanya tumbk lumat je dan sumbat terus goreng. tapi versi Ina ni lain sikit uolls.
sebab semua bahan kene kisar halus dan dimasak dulu sebelum di sumbat dalam
ikan. saya juga buat pertama kalinya buat air asam. bak kata Ina boleh menangis bila
makan ikan cencaru sumbat dengan air asam sebab sedap sangat.
jom tengok bahan untuk ikan dulu:

CARA NAK MASAK SAMBAL : BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH +
 CILI KERING + BELACAN + AIR = BLEND 
PASTU TUMIS PASTU MASUKKAN AIR ASAM JAWA + GARAM
 + GULA = MASAK SAMPAI CILI TU BETOI2 MASAK TAU U ALL.. 
DENGAN KATA LAIN SAMPAI CILI TU TUKAR WARNA JADI MERAH 
GELAP... BILA BETOI2 MASAK, BARU DIA RASA SEDAP.. 
RASA DIA LAIN TAU.. TAK RETI NAK EXPLAIN.. LAGI SATU, 
JIKA TAK MASAK,  BILA SAMBAL DAH MASAK 
SUMBAT SAMBAL TU DALAM IKAN CENCARU YANG DAH DIBELAH 
BELAKANG TU.. OHYA, SEBELUM TU, SAPU BADAN IKAN TU DENGAN 
GARAM & KUNYIT DULU YER PASTU GORENG.. SIAP..!!
sebenarnya saya nak sangat letak gambar cara-cara buat ikan cencaru sumbat
ni tapi masa masak tu pun dah kelam-kabut sebab lepas masak nak kene 
berkejar ke hospital visit my MIL dan kene siapkan bekal makanan untuk my SIL
pula. maybe next timelah saya letak gambar step-by-step.



ikan ni kalau digoreng garing baru sedap. mula-mula tu saya balut ikan ni dengan 
daun pisang al-maklumlah belakang rumah ada pokok pisang tapi agak renyah pula 
masa nak terbalikkan ikan ni. jadi saya goreng macam tu je dalam non-stick pan
dengan minyak yang sikit. resepi dan gambar air asam pertama kali saya nanti letak di
entri lain.
wassalam

susu soya multigrain

assalamualaikum, hai semua

the other day one my relative visited my MIL and bring this as buahtangan

disebabkan my MIL cannot eat outside-food weolls habiskan susu soya ni.
ini merupakan first time saya minum susu soya multigrain.sedap uolls.
sangat mengenyangkan. saya minum segelas sahaja tengahhari tu tanpa lunch
kenyang sampai ke malam.susu soya multigrain ni mengandungi

- purple brown rice
- black sesame
- malt extract
- barli













bolehlah uolls try susu soya ni, lagipun ianya kurang manis

wassalam

Thursday, 20 March 2014

kura-kura atas meja

assalamualaikum, hai semua

pernah tengok kura-kura atas meja makan????
apa??? tak pernah tengok.

hah, sapa-sapa yang tak pernah tengok cer tengok disini
:
:
:
:
:
:
:




hik,hik,hik,hik.... ubi kentang berbentuk kura-kura. sangat unik bila ade terselit
ubi kentang bentuk ini diantara barang dapur yang my hubby bawa dari kedai.
sangat unik ciptaan Allah.akhirnya kentang ni digoreng salut tepung dan rempah kari.


wassalam

Tuesday, 18 March 2014

kudapan untuk kunyah

assalamualaikum, hai semua

minggu lepas sesaja saya ikut hubby pergi beli barang untuk kedai.
my SIL kirim untuk beli keropok roda an kacang tanah yang siap digoreng dalam
bungkusan besar. masa tu saya beli ini
:
:
:
:
:
:
:
:




kacang pedas ni sedap tau. kalau sekali start makan tak boleh stop. rangup dan pedas
memang sedap je dijadikan bahan kunyah di waktu petang.kacang bijan ni ade
dua jenis:

- kacang tanah yang digoreng dengn rempah kari
-kacang soya yang digoreng dengan rempah kari dan bijan

ingatkan kedua anak lelaki saya sahaja yang suka makan kacang ni, tak sangka
pula adik ashiqa pun terikut suka makan kacang ni. sebelum ni pernah beli kacang pedas
jenis macam ini di pasaraya Billion. tapi kacang yang belah bawah-bawah sikit dah
hancur semua. lepas kenalah beli selalu untuk dibuat stok.

wassalam.

Monday, 3 March 2014

slice cheese cake

assalamualaikum, hai semua

pada asalnya ini adalah resepi snow cheese kek milik hana memories
saya tak buat topping snow cheese tu jadi kek ini dipanggil slice cheese cake.
kek nya sangat lembut tak terasa dimulut. sedap sangat dengan bau slice cheese
kraft. penggunaan tepung sangat sikit dalam resepi ini   sebabkan saya rasa
was-was nak cuba resepi ini. ialah rumah saya kek saiz kecil-kecil tak cukup
tapi bila dah buat memang besar jugak kek ini
layan piccas:
                                                    adunan yang siap sedia untuk di bakar
                                                      

 nak resepi ke?? oklah letak resepi kat sini. nanti senang saya sendiri nnak rujuk


RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 
  • 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila


Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk,
  • Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh)
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang 
  • satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven
saya buat ikut tulisan biru tu.


 wassalam

Wednesday, 5 February 2014

green tea

assalamualaikum, hai semua
 sejak beberapa hari yang lepas saya mula minum green tea
saja-saja test minum green tea yang BIL saya beli di CHINA
first time minum dah suka bau dan rasa teh ni. nanti bulan mac
my BIL nak pergi lagi nak kirimlah
kelebihan teh hijau:
- mengurangkan kolestrol
-mengawal kadar gula
-mengurangkn risiko barah esofagus
-mengurangkan tekanan perasaan@menenangkan fikiran
-mengurangkan kedutan
-melambatkan penuaan
ada banyak lagi kebaikan green tea ni

ini bekas green tea
tea leaves

teh yang direndam 
                                                        wassalam

Tuesday, 28 January 2014

begin with coffee

assalamualaikum, hai semua

lets start the day with a cup  mug of coffee
a cup of coffee never satisfy me
nothing can intrupt u while sipping coffee with th beloved
one and start a heart-to-heart conversation


wassalam

Monday, 27 January 2014

adab memasak

assalamualaikum, hai semua




jom kita amalkan demi keluarga tersayang
wassalam

my first ....

assalamualaikum, hai semua

buat title macam hapa kan. sepatutnya title tu 'my first durian crepe'
masa pergi KL ituhari ada terserempak kedai yang jual durian crepe.
saya ni kan dah lama jugak teringin nak rasa durian crepe, so alang-
alang nampak terus jelah beli.
boleh juga buat bahan tulisan di blog. hehehe...
dalam 1box tu ade 6ketul durian crepe yang cute
kecil comel je, 1ketul tu boleh makan sekali ngap je.
hhmm.. pada saya yang first time makan durian crepe ni,
sedap, berkrim, lembut, sama macam makan aiskrim durian
tak muak sebab sekali gigit je dah habis seketul. hehee
harum wangi je durian D24 sampaikan saya masuk kereta SIL
saya pun boleh detect bau durian
kalau ada pro mesti ada cons kan, bagi saya a little bit pricey
1box yang ada 6ketul durian crepe tu harga rm11.50
tapi memang berbaloi kerana sedap
sesekali tu boleh kot pejam mata je beli dan makan.hehehe


                           dekat gambar ni ada 5ketul je sbb sebiji dah kene ngap before snap

wassalam

Saturday, 25 January 2014

nasi goreng home-made

assalamualaikum, hai semua

hah dah baca tajuk entri dah tahu kan. pagi ni sarapan nasi goreng
home-made yang super sedap
layan gambar jom
wassalam

Wednesday, 15 January 2014

garam

assalamualaikum, hai semua

boleh diistiharkan hari ni hari kurang garam
x tahulah pasal apa pagi tadi masak meegoreng, masa rasa
garam ok je. tapi bila makan terasa tawar pulak
so, adjust letak kicap lebih. lepas tu masak tengahhari buat
sambal kentang+bilis+tempe. itupun bila makan tadi rasa tawar je
denggan rase x puas hati suruh abang haleem rasa suruh makan
dia pun kata x cukup garam mak, x rasa ape-ape pun
bila hubby balik untuk makan tengahhari cerita kat dia makanan
hari ni semua rasa kurang garam je. nak tau ape dia jawab
'itulah asyik mengelamun je,sampai masak pun berangan'
hahaha... terkena hidung sendiri da...

bila satu hari makan makanan kurang garam baru tahu betapa makanan
kita selama ni sedap bila cukup garam

wassalam