Assalamualaikum,
Tahun ini puasa di jangka bermula pada 06.06.16. Tinggal lagi 2minggu dan beberapa hari sahaja. Cantik kan tarikh ni. Masa cuti Hari Pekerja saya dan anak-anak mengambil peluang pergi Masjid India sambil window shopping usha -usha baju raya anak-anak.
Macam biasa tahun ini pun saya belum decide theme warna untuk raya 2016. Selalunya saya terjah terus mana-mana kedai pakaian pilih onthe spot je. Caranya:
* tengok baju yang berkenan di hati
* check kualiti kain
* tengok harga yang mampu ke tak
* testing baju
* kalau ngam dan puashati pay n bring home
Tak banyak kedai yang kami pergi sebab kesuntukan masa. Tapi kedua-dua anak teruna saya pilih baju jubah pendek warna biru tua. Mula-mula abang rashid cuba saiz L ok je. Bila tanya si salesgirl tu saiz M ada tak untuk abang haleem. Katanya out-of-stock. Hhmmm... so kami tak jadi beli lah.
Kakak ipar no.1 ada janji nak bawa pergi ke Nilai3 this month. So, kena tunggulah apa yang menarik kat sana. Asalnya saya yang paksanya nak pergi Nilai 3 sebab tahun ini bertekad nak tukar langsir baru. Heheheh....
Wassalam
No comments:
Post a Comment