Pages

Saturday 15 February 2014

kucing o...kucing

assalamualaikum,hai semua

kucing kesayangan kami sekeluarga semalam accident. alhamdulillah
syukur kepadaMu Allah kerana kemalangan ringan sahaja.
kucing ni ka dia suka sangat tidur di favourite spot dia je, antara
favourite spot dia:

* bawah kereta Myvi (bawah van Avanza taknak pulak)
* atas karpet lap kaki bilik saya
* bawah tempat sidai kain
* kerusi luar

semalam elok je dia tidur nyenyak bawah kereta Myvi, masa
nak pergi solat Jumaat anak buah dah halau kucing tu lalu
start kereta tiba-tiba terdengar bunyi ngiauuwww...yang kuat
sambil kucing tu lari masuk rumah pergi belakang.
masa kejadian ni saya tak ade di rumah. my SIL yang ade dirumah
mencari kucing di belakang rumah tapi tak jumpa.
sampai ke Maghrib kami cari kucing tak jumpa juga. abang
haleem pergi ke belakang rumah nak simpan botol plastik baru jumpa
kucing tu tidur dan mamai lagi. lalu diangkat bagi dia makan dan minum.
bila dilepaskan kucing tu jalan terjegket-jengket.alolo.... cian je saya tengok.
rasa sebak je bila dengar suara dia ngiau dengan muka kesian.
tapi bila siang hari dah ok sikit cara jalan nya.



wassalam






Friday 14 February 2014

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3)

assalamualaikum, hai semua
Salam Melancong!

Setiap kali sally pergi bercuti...blog sally akan adakan GA yang
 bertujuan untuk memberi cenderahati kepada rakan-rakan blogger...
Apa salahnya berkongsi kegembiraan dan kenangan kan..?
Untuk percutian kali ni...Sally nak buat GA yang ketiga...
sebab tak mampu nak beli souvenirs untuk semua orang ...hihihi...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/02/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html


Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML, 
  4. dalam entry, jawab satu soalan yg senang, "Kemana Sally nak pergi kali ni?" dan Publish.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen
GiveAway berlangsung selama 2 hari bermula 14/2/2014 sehingga 15/2/2014.

5 orang blogger yang bertuah akan menerima souvenirs (undian melalui random.org)

ok kali ni sally nak pergi ke ho chi minh city.
betul tak?//

wassalam

Thursday 13 February 2014

dapat hadiah

 assalamualaikum, hai semua

semalam merupakan the worst morning apabila saya terlajak tidur
sebab malam tadi tak dapat tidur sampai pukul 2pagi.
bangun je sudah pukul 6.35pagi tu pun nasib baik my MIL yang
ketuk pintu bilik. bila lambat bangun pagi apa lagi bad-mood je, asyik nak
marah je. mula- mula abang haleem kene sedas dengan saya sebab mamang
tahu tak sempat nak kejar van sekolah. saya minta hubby sahaja yang hantar
 abang haleem selepas hantar adik ashiqa  ke sekolah.
tapi siapa sangka kan dalam sesuatu kurang baik Allah sebenarnya
mahu memberi rezeki hari ini. kat sini saya ada join GA blog mahligai kasih aiifa
lepas tu menang pula dalam GA tu. so, hari ni sampailah hadiah GA tu.
ini gambar hadiah nya:

   shawl dua warna yang kainnya super awesome
   seriusly, saya belum pernah pakai kain jenis ni



          brooch cantik


      brooch bunga dua biji tu awal-awal lagi dichop anak dara saya                


       ashiqa : takpalah mak ambillah pin ni. yang ni besar
                    tak cantik kalau kita pakai. kita budak kecik kene pakai yg kecik
                                        
      mak     : redha jelah....

wassalam



GIVEAWAY By Henrietta Jose

assalamualaikum, hai semua

another GA saya join. sebenarnya baru mula follow n baca
blog reitta ni. so, belum boleh cerita apa-apa tentang blog ni.
join GA ni pun sebab hadiahnya nantidapat buku. sambil
tu dapat memperbanyakkan blog list untuk saya baca.


 Prizes are

3 Winners X 1 Book (malay)
10 Winners X 1 Bookmark (handmade/quiling)

mana best kan hadianya. saya ni suka baca novel.
dulu masa sekolah bmacam anyak juga novel christopher pike 
yang saya minat baca. agaknya sebab tulah kot saya suka
tonton cerita hantu. lps kahwin lebih suka baca novel 
romantik +komedi.  lagipun saya ni suka berangan semasa
baca novel. ok hrap menang GA ni.
 
                                                                              klik sini


wassalam

Wednesday 12 February 2014

menang GA pertama kali!!

assalamualaikum, hai semua

alhamdulillah tanpa disangka-sangka menang pula GA tip-top
bloglist ibu 2014. terima kasih Marlina sahar@mar@ibu tuan punya blog.
marlina ni ibu kepada 3orang anak yang cute. sama macam saya dua orang
anak lelaki yang hensem dan seorang anak dara yang comel macam ibunya.
hehehe... hari dalam entri ni mar dah announce pemenang dan meminta
saya memberinya details untuk proses penghantaran. tapi saya
terlepas pandang dan menghantar details pun lambat.
walau dalam hati amat teruja menjadi pemenang nombor dua, saya
redha sekiranya Mar tak dapat hantar hadiah sebab mmberi maklumat diri
lambat. bagi saya dah menang pun sudah cukup syukur. thank again mar
buat GA macam ni.


p/s: tadi hadiah GA dah sampai.!!!!
wassalam

segmen 12jam bloglist #7 mialiana.com

assalamualaikum, hai semua





   Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini,
   12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti.
   Semua dijemput join.

  Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
     Senang dan mudah bukan?

    12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih
   nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.
   Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

first giveaway by izni sofia

assalamualaikum, hai semua

adik nur izni ni lancarkan first GA jom join ramai-ramai
  klik sini

Syarat-syarat penyertaan :-

  •  Mempunyai blog *wajib
  • Follow this blog dan *new   INI *wajib
  • Follow twitter INI dan INI *wajib untuk sesiapa yang ada twitter
  • Like page INI dan *new INI *wajib
  • Kalau nak add facebook pun boleh DISINI *sunat tk add pun tkpe
  • Buat satu entry tentang giveaway ini.
Senarai hadiah:

# Samsung S4 *boleh pilih warna -1pemenang
# Jam Touch Screen *hitam -1pemenang
# Topup RM10- 1pemenang


Tarikh tamat- *new 28 Februari 2014

senang je kan

wassalam

Tuesday 11 February 2014

projek kipas kertas

assalamualaikum, hai semua

lepas sahaja abang rashid pergi sekolah pukul 12tengahhari, sunyi je rumah sebentar
sebelum si adik ashiqa balik dari tabika.
kadang-kadang tu lambat jugak balik rumah sebab hubby bawanya beli barang.
sampai je ke rumah belum sempat buka kasut dah serbu saya.

 "mak, harini ni kan mak, dekat sekolah kan mak, kita buat kipas.
kipas tu kan mak, kita buat sendiri, cikgu tak ajar pun macam mana
nak buat."

"mana kipas tu?"

"tapi cikgu dah ambil kipas tu. cikgu kata kan mak, tak boleh buat
dekat sekolah."

 "macam mana ashiqa tahu buat kipas?"

"kita kan dah 6tahun, dah besar, tulah kita tau buat sendiri."

entah berapa 'kan' yang digunanya.heheehh...
lepas tu minta saya koyakkan kertas dari buku panjang abang rashid
yang tahun lepas punya. lalu mulalah buat
'PROJEK KIPAS KERTAS'

                                                                  the making of.....


                                                               tada.... dh siap

wassalam



mini giveaway! happy birthday tengkubutang


assalamualaikum, hai semua

sempena bulan ni ualangtahun kelahiran, blogger TengkuButang buat mini
giveaway.
saya kenal pun sebab dia singgah di blog saya. sangat senang
cara nak join. nama je mini give away tapi banyak jugak hadiahnya


                        mini GA

yang dalam banner tu hadiah utama rantai tangan Avon


Hadiah-hadiah lain yang menanti :
Handphone Strap untuk 3 pemenang
\V/
Keychain Cute untuk 4 pemenang
\V/
Keychain Comel untuk 2 pemenang 
\V/
Enchanteur Paris Body Lotin 30ml untuk 1 pemenang
\V/
Shawl untuk 1 pemenang
Sponsor by Linda 
\V/
Entri Paling Kreatif x1 
akan mendapat spek mata replica brand Rayban


ucapan saya:
  semoga teman dilimpahi dengan kasih sayang, rezeki dan kesihatan.
  saya juga berdoa agar Allah memberkati hidup teman.
  juga mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat. ameen...

wassalam


Sunday 9 February 2014

promo drama ariana rose minggu terakhir

assalamualaikum, hai semua

drama bersiri slot Akasia 'Ariana Rose' dah sampai ke penghujung.
hari ini merupakan minggu terakhir tayangan. kene tunggu 13hb nanti
untuk tahu apa kesudahan kisah ariana dan adam.
sementara itu jom layan video promo minggu terakhir drama ini


 wassalam.

resepi coklat moist cake

assalamualaikum, hai semua

kek coklat moist yang buat untuk family gathering pada 1 february.
resepi diambil dari blog el
resepi ada di bawah. sekarang sila telan air liur tengok gambar
kek coklat moist super moist dan sedap

                                                              adunan siap dalam loyang


RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS
resepi asal : dapur mas
copy dari blog nyawaku

Bahan2nya:
4 biji telur (gred A)
1 cwn gula halus (el pakai gula perang sbb xterlalu manis dan jdkan kek lgi sedap)
1/2 cwn susu pekat (el taruh 1/4..sbb xmau manis sgt)
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 1/4 cwn tpg gndum*
1 cwn serbuk koko*
1sd kecil soda bikarbonat*
1sd kecil baking powder*
*bhn2 trsebut perlu diayak trlebih dhlu ye :))

Cara2nya:
Pukul telur brsma gula hingga kembang. Guna whisk je pon boleh.
Dh kembang msukkan susu pekat, minyak n susu cair. 
Dh sebati masukkn bhn2 yg dh diayak tdi ye. 
Kemudian msuk dlm bekas yg hendak d kukus dan kukus. 
*Perlu d ingtkan jika kecil bks trsbt maka kjp dlm 15mnt atau stgh jam, tpi jika sepenuhnya 1bncuhan itu dlm 1bks, maka kukus dlm 1jm stgh ye...pastikan jgn bukak2 pengukus semsa sdg msk*
asalnya kek ini kene kukus. tapi saya lebih suka kek yang dibakar.
saya bakar 50minit 160c
saya buat topping ikut resepi lain. resepi topping nantilah saya tulis
dalam entri lain
wassalam