Pages

Friday 18 April 2014

butterscotch pencake

assalamualaikum, hai semua

sejak dua menjak ni roti kat rumah ni selalu je terlebih. tak tahulah pasal apa
anak-anak macam kurang minat makan roti. hari  tu My Beloved Hubby ada
bawa roti butterscotch Gardenia. dulu-dulu saya pun suka sangat makan roti ni.
siap boleh request My Beloved Hubby beli kat luar sebab masa tu di kedai kami
belum lagi jual roti Gardenia. tapi sekarang ni taktahu pasal apa saya sudah kurang
minat makanan dan minuman manis.
melalut pula ke bende lain.... roti butterscotch ni tak diusik oleh anak-anak.
tarikh luput pun makin dekat so, dari membazirkan mohlah kita modify jadi
makanan kesukaan semua.

               BUTTERSCOTCH PENCAKE

boleh juga dipanggil LEMPENG BUTTERSCOTCH kira nama melayu lah
camtu. sedap tau wangi je satu rumah semasa masak pencake ni.

                                                  


jom makan pencake sama-sama.
wassalam

rambut

assalamualaikum, hai semua

my sweet lil angel ashiqa kan berambut panjang so, sudah menjadi my daily routine
to comb her hair and ikat tocang. rambutnya lebat tapi tidak lagi curly macam masa
dia kecik-kecik. maybe sebab rambutnya dah panjang jadi kerinting tu hilang kerana
hari-hari sikat rambut. kalau sehari saya mengelat nak sikat rambut dia alamatnya
bersedialah bersilat dengan rambut kusutnya the next day. sekarang sejak pakai
syampu rambut sunsilk warna pink yang khas untuk rambut kusut dan beserta dengan
perapi sudah kurang sikit rambut kusut dan kering. pernah tefikir nak potong rambutnya
ke paras leher tapi dibantah keras oleh arwah my MIL. selalu sangat arwah mengatakan
'kecantikkan perempuan terletak dirambut' if saya menyuarakan nak potong rambut cucu
kesayangannya. rambut anak dara saya ni sekarang sudah sampai ke paras lebih separuh
bahunya. yang budak kecik ni sejak baby lagi takut dengan orang luar, lebig-lebih lagi
orang lelaki.sampaikan kalau tengok my second brother dia akan meraung menangis
dari jauh lagi. eh, kejap baru ingat saya pernah potong rambut anak dara kesayangan
saya ni 2,3 kali dirumah. tapi tahu kan kalau potong sendiri memang taklah secantik
potong dikedai.

sejak sudah pandai tengok cerita animasi FROZEN ni everytime saya nak sikat rambutnya
akan awal-awal bagitahu 'mak harini ikat macam Elsa tau, besok baru ikat macam Anna'
kalau sapa-sapa pernah tengok cerita Frozen ni akan tahu yang watak Elsa ni ikat tocang
satu and rambutnya diletak didepan. si Anna pula ikat tocang dua. itulah anak bijak
pandai saya ni samakan dirinya sebagai Elsa dan Anna. segalanya penangan #frozen.

bila saya tanya dia sama ada dia suka Anna atau Elsa katanya dia lebih suka Elsa sebab
Elsa lagi cantik dengan baju birunya. jangan disuruh maknya cari baju macam si Elsa
sudahlah. jenuh nak naik turun kedai baju nanti. huhuhu....


wassalam

Thursday 17 April 2014

cerita kasut sekolah

assalamualaikum, hai semua

AWAS!!! ini bukan karangan sekolah tentang kasut sekolah ya!!!

awal tahun ni saya dan My Beloved Hubby tidak beli kasut sekolah untuk abang rashid
sebabnya pertengahan tahun lepas ada beli kasut baru untuknya. saya tak suka beli barangan
anak-anak lebih dan buat stok untuk diguna kemudian. ialah anak-anak kan cepat membear
rugi je kalau tak dapat guna. lagi pun sejak masuk sekolah menengah abang rashid ni
cepat benar membesar melonjong. abang-abang dan adik-adik saya semua tinggi sokmo.
begitu juga adik-beradik sebelah My Beloved Hubby. hanya My Beloved Hubby je agak
rendang orangnya. kira saya dan My Beloved Hubby ni lebih kurang sama tinggi je.
kalau ada pun dia beza beberapa cm tinggi daripada saya.
sekarang  ni sejak masuk darjah 6 abang haleem pun ada menunjukkan ciri-cire melonjong
dia.
kita stop dulu pasal melonjong ni. sebenarnya saya nak cerita pasal kasut sekolah tapi
melencong ke benda lain pula. kasut sekolah abang rashid dah koyak rabak.
dah lebih sebulan lepas asyik ulang-alik ke hospital je sampaikan keperluan anak-anak
pun tiada masa nak beli. masa my MIL meninggal tu hari my mum ada datang stay kat
rumah saya. dah siap kene sound suruh belikan kasut baru untuk cucu sulungnya.
saya ada bagitau My Beloved Hubby weekend ni pergi beli kasut sekolah dan kasut
jalan untuk abang rashid juga seluar kecik untuk abang haleem.

tapi dah rezeki abang rashid nak dapat kasut sekolah free. guru kauseling disekolah
abang rashid bagitahu yang dia nak bagi kasut sekolah anaknya kepada abng rashid
sebab tersilap beli kasut sekolah bersaiz besar untuk anaknya.
saya ada tanya kepada abang rashid kenapa cikgu kaunseling tu nak bagi kasut
kepadanya insist kepada kawan-kawannya (  manalah tahu cikgunya ada tegur abang
rashid 'kenapa dia memakai kasut koyak rabak macam tu'). tahu apa abang rashid jawab
'manalah ada kawan sekelas saya yang kaki besar macam saya. kawan-kawan saya
semua kaki kecik' hehehehe..... dah asal dari keturunan kaki besar.... apa nak buat kan.

syukur Alhamdulillah terima kasih Allah atas rezeki Mu kepada anakku. 

wassalam

ragbi rimau

assalamualaikum, hai semua

dalam  entri yang 'anak oo anak' kan saya ada bagitahu minat kedua anak lelaki
kesayangan saya dalam main bola. minggu lepas dari 01.04.14-04.04.14 anak
lelaki kedua saya si abang haleem ada menyertai kejohanan ragbi rimau rendah
MSSD Daerah Klang. pertandingan kali ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan
Meru 2. alhamdulilliah pasukan ragbi dari Sekolah Kebangsaan Methodist,
Pelabuhan Klang telah mendapat tempat ke-3. abang haleem turut serta kali ini.
segala usaha nya selama ini dengan ulang-alik dari rumah ke sekolah dengan jalan kaki
sahaja diberikan hasil yang boleh dibanggakan. tidak sia-sia segala latihan sepanjang
'program pembangunan ragbi rimau' yang disertainya.

saya sendiri pun kurang tahu atau lebih tepat kalau dikatakan tidak pernah tahu pun
permainan ragbi ni ada 2jenis. iaitu
        
          * ragbi rempuh

          * ragbi rimau 

semoga Allah menjadikan anak-anak saya orang yang berguna di masa akan datang.




wassalam

dilema berblog

assalamualaikum, hai semua

 kebelakangan ini mood untuk menulis blog agak merudum. sebenarnya saya bagaikan
 kehilangan idea untuk mencari tajuk entri. pada awal-awal menulis blog saya selalu
jot-down tajuk entri yang terlintas di fikiran dalam handphone dulu. bila menulis tajuk
juga sedikit isi penting(macam menulis essay masa sekolah pulak) agak senang bila
duduk depan laptop untuk menghuraikan apa jua yang berkaitan tajuk entri.
saya suka guna cara ini sebab saya tidak perlu duduk depan laptop berjam-jam memikirkan
tajuk untuk entri. pernah juga saya alami bila sudah menulis entri tiba-tiba 'blur '
nak letak tajuk entri macam DISINI.

juga kenelah rajin membaca blog orang(blogwalking). dari blog orang yang kita baca
boleh mendapat sedikit idea tapi janganlah meniru tulisan blogger lain. kalau copy
paste pun kene bagi credit kepada penulis asal. pernah juga saya baca blogger terkenal
yang sudah bertahun-tahun menulis blog mengalami keadaan entri dan hasilan
dicuri. tidak tahu menulis dengan gaya menarik tidak salah. setiap gaya penulisan
mesti ada pembaca tersendiri. banyak membaca boleh mengasah bakat penulisan kita
tapi hati-hati semasa menulis perihal isu sensitif dan personal. bukan semua benda boleh
dikongsi dengan pembaca. seeloknya jujurlah dengan apa yang hendak ditulis.
janganlah anggap saya ni memandai-mandai sebab saya ni pun baru lagi dalam penulisan
blog. tapi tak salah rasanya kalau saya menulis apa yang terlintas difikiran saya. selagi ianya
tidak mengganggu orang lain selagi itu saya berani menyuarakan pendapat saya.
after all this is my blog i have right to write anything that not against writing manners.  

sebenarnya  entri ini didedikasikan kepada diri saya sendiri. kalau ada sesiapa nak
follow mana-mana kandungan entri ini dipersilakan.

wassalam

Wednesday 16 April 2014

innalillah....

assalamualaikum, hai semua

09.04.14 marupakan tarikh yang tidak dapat keluarga saya lupakan. insan yang saya
kenali selama 15tahun pergi buat selamanya menemui YANG MAHA PENCIPTA.
si dia yang menjadi tunjang keluarga, our beloved philosopher, guide my MIL yang
bertarung maut selama hampir 40hari  akhirnya passed away.

kehilangan amat terasa bagi saya dan My Beloved Hubby sebab selama ini my MIL
tinggal bersama kami. saya bersamanya sejak saya kahwin.dia merupakan seorang
wanita yang sangat kental. diusianya muda arwah banyak mengenali kesusahan.
ia menyebabkannya  menjadi sangat matang dan protective terhadap anak-anak.
setiap rumah yang ada orang tua akan mendapat keredhaan Allah. semasa hayatnya
arwah banyak membantu keluarga dari segi nasihat, kewangan dan tenaga kerja.

walau dktor sudah mengatakan peluang my MIL untuk pulih adalah sangat-sangat
tipis kami berdoa agar  sesusatu keajaiban berlaku dan arwah pulih kembali.
3hari terakhir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir merupakan saat-saat
sangat menyeksakan bagi kami untuk melihat penderitaannya.

sejak arwah kene operate batu karang dalam pundi hempedu arwah bagaikan tahu
yang dirinya akan meninggalkan kami. selalu arwah sebut-sebut yang beliau ada
jumpa suaminya dan ibunya. juga mengatakan melihat suatu tempat yang cerah,
memberi kata-kata nasihat kepada anak-anaknya. semua petanda itu sedikit sebanyak
menjadi perbualan antara kami ahli keluarga.

'RABBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH, WAFIL AKHIRATHI HASANAH
WAQINA AZABANNAR'

AL-FATIHAH BUAT ARWAH EMAK MERTUA SAYA
AMEEN...

wassalam

Tuesday 15 April 2014

kembali...

assalamualaikum, hai semua

sudah lama tidak update entri disini.boleh juga dikatakan sudah lama juga tidak
buka blog sendiri. rindunya nak buka blog dan tulis entri baru tapi apa nak buat.
ada benda yang perlukan perhatian lebih dari menulis blog. tapi sempat juga saya
mencuri sedikit masa untuk menziarah dan meninggalkan jejak di blog rakan-rakan
logger lain. alot of sudden twist happen in my life past few days. what happen around
me makes me think again about their attitude.

pening ke baca apa yang saya tulis ni? saya sendiri pun macam belit-belit je
baca apa yang saya tulis ni.


 wassalam