Assalamualaikum,
Tahun ini buat pertama kalinya adik ashiqa puasa penuh. Bersyukur sangat sepanjang hari dia tidak merungut lapar. Sahur pun berselera makan nasi. Cuma saya rasa risau bila dia kurang makan masa berbuka.
Idli dan kari ayam favourite dia. Time tak puasa dia boleh habiskan 5-6 Idli seorang untuk breakfast.
Sahur day - 2, saya masak sambal tumis telur dan sayur sawi tumis air. Berselera jugak anak-anak dan hubby makan.
Berbuka pula saya masak mihun goreng sahaja. Beli kuih sedikit sahaja sebab hubby taknak makan mihun. Berbuka secara bersederhana adalah yang terbaik. Since mihun ada berbaki abang rashid dan saya makan mihun recycle tu untuk sahur, manakala abang haleem makan nasi yang dapat masa moreh. Hubby tersayang dan adik ashiqa makan nasi dan kari ikan gelama + telur mata.
Setiap kali makan sahur bersama-sama saya bersyukur sangat Yang Maha Esa masih memberi peluang kepada kami sekeluarga makan bersama.
Tahun ini seboleh-bolehnya saya mahu kurangkan pembaziran. Lagipun bukan semua jenis kuih dan makanan yang anak-anak saya suka makan.
So, makanan yang anak-anak dan Hubby suka saya akan masak lebih sikit.
Beli kuih pun sekadar rm 2- 3 sahaja.
Wassalam
No comments:
Post a Comment