Pages

Friday 18 April 2014

butterscotch pencake

assalamualaikum, hai semua

sejak dua menjak ni roti kat rumah ni selalu je terlebih. tak tahulah pasal apa
anak-anak macam kurang minat makan roti. hari  tu My Beloved Hubby ada
bawa roti butterscotch Gardenia. dulu-dulu saya pun suka sangat makan roti ni.
siap boleh request My Beloved Hubby beli kat luar sebab masa tu di kedai kami
belum lagi jual roti Gardenia. tapi sekarang ni taktahu pasal apa saya sudah kurang
minat makanan dan minuman manis.
melalut pula ke bende lain.... roti butterscotch ni tak diusik oleh anak-anak.
tarikh luput pun makin dekat so, dari membazirkan mohlah kita modify jadi
makanan kesukaan semua.

               BUTTERSCOTCH PENCAKE

boleh juga dipanggil LEMPENG BUTTERSCOTCH kira nama melayu lah
camtu. sedap tau wangi je satu rumah semasa masak pencake ni.

                                                  


jom makan pencake sama-sama.
wassalam

rambut

assalamualaikum, hai semua

my sweet lil angel ashiqa kan berambut panjang so, sudah menjadi my daily routine
to comb her hair and ikat tocang. rambutnya lebat tapi tidak lagi curly macam masa
dia kecik-kecik. maybe sebab rambutnya dah panjang jadi kerinting tu hilang kerana
hari-hari sikat rambut. kalau sehari saya mengelat nak sikat rambut dia alamatnya
bersedialah bersilat dengan rambut kusutnya the next day. sekarang sejak pakai
syampu rambut sunsilk warna pink yang khas untuk rambut kusut dan beserta dengan
perapi sudah kurang sikit rambut kusut dan kering. pernah tefikir nak potong rambutnya
ke paras leher tapi dibantah keras oleh arwah my MIL. selalu sangat arwah mengatakan
'kecantikkan perempuan terletak dirambut' if saya menyuarakan nak potong rambut cucu
kesayangannya. rambut anak dara saya ni sekarang sudah sampai ke paras lebih separuh
bahunya. yang budak kecik ni sejak baby lagi takut dengan orang luar, lebig-lebih lagi
orang lelaki.sampaikan kalau tengok my second brother dia akan meraung menangis
dari jauh lagi. eh, kejap baru ingat saya pernah potong rambut anak dara kesayangan
saya ni 2,3 kali dirumah. tapi tahu kan kalau potong sendiri memang taklah secantik
potong dikedai.

sejak sudah pandai tengok cerita animasi FROZEN ni everytime saya nak sikat rambutnya
akan awal-awal bagitahu 'mak harini ikat macam Elsa tau, besok baru ikat macam Anna'
kalau sapa-sapa pernah tengok cerita Frozen ni akan tahu yang watak Elsa ni ikat tocang
satu and rambutnya diletak didepan. si Anna pula ikat tocang dua. itulah anak bijak
pandai saya ni samakan dirinya sebagai Elsa dan Anna. segalanya penangan #frozen.

bila saya tanya dia sama ada dia suka Anna atau Elsa katanya dia lebih suka Elsa sebab
Elsa lagi cantik dengan baju birunya. jangan disuruh maknya cari baju macam si Elsa
sudahlah. jenuh nak naik turun kedai baju nanti. huhuhu....


wassalam

Thursday 17 April 2014

cerita kasut sekolah

assalamualaikum, hai semua

AWAS!!! ini bukan karangan sekolah tentang kasut sekolah ya!!!

awal tahun ni saya dan My Beloved Hubby tidak beli kasut sekolah untuk abang rashid
sebabnya pertengahan tahun lepas ada beli kasut baru untuknya. saya tak suka beli barangan
anak-anak lebih dan buat stok untuk diguna kemudian. ialah anak-anak kan cepat membear
rugi je kalau tak dapat guna. lagi pun sejak masuk sekolah menengah abang rashid ni
cepat benar membesar melonjong. abang-abang dan adik-adik saya semua tinggi sokmo.
begitu juga adik-beradik sebelah My Beloved Hubby. hanya My Beloved Hubby je agak
rendang orangnya. kira saya dan My Beloved Hubby ni lebih kurang sama tinggi je.
kalau ada pun dia beza beberapa cm tinggi daripada saya.
sekarang  ni sejak masuk darjah 6 abang haleem pun ada menunjukkan ciri-cire melonjong
dia.
kita stop dulu pasal melonjong ni. sebenarnya saya nak cerita pasal kasut sekolah tapi
melencong ke benda lain pula. kasut sekolah abang rashid dah koyak rabak.
dah lebih sebulan lepas asyik ulang-alik ke hospital je sampaikan keperluan anak-anak
pun tiada masa nak beli. masa my MIL meninggal tu hari my mum ada datang stay kat
rumah saya. dah siap kene sound suruh belikan kasut baru untuk cucu sulungnya.
saya ada bagitau My Beloved Hubby weekend ni pergi beli kasut sekolah dan kasut
jalan untuk abang rashid juga seluar kecik untuk abang haleem.

tapi dah rezeki abang rashid nak dapat kasut sekolah free. guru kauseling disekolah
abang rashid bagitahu yang dia nak bagi kasut sekolah anaknya kepada abng rashid
sebab tersilap beli kasut sekolah bersaiz besar untuk anaknya.
saya ada tanya kepada abang rashid kenapa cikgu kaunseling tu nak bagi kasut
kepadanya insist kepada kawan-kawannya (  manalah tahu cikgunya ada tegur abang
rashid 'kenapa dia memakai kasut koyak rabak macam tu'). tahu apa abang rashid jawab
'manalah ada kawan sekelas saya yang kaki besar macam saya. kawan-kawan saya
semua kaki kecik' hehehehe..... dah asal dari keturunan kaki besar.... apa nak buat kan.

syukur Alhamdulillah terima kasih Allah atas rezeki Mu kepada anakku. 

wassalam

ragbi rimau

assalamualaikum, hai semua

dalam  entri yang 'anak oo anak' kan saya ada bagitahu minat kedua anak lelaki
kesayangan saya dalam main bola. minggu lepas dari 01.04.14-04.04.14 anak
lelaki kedua saya si abang haleem ada menyertai kejohanan ragbi rimau rendah
MSSD Daerah Klang. pertandingan kali ini berlangsung di Sekolah Kebangsaan
Meru 2. alhamdulilliah pasukan ragbi dari Sekolah Kebangsaan Methodist,
Pelabuhan Klang telah mendapat tempat ke-3. abang haleem turut serta kali ini.
segala usaha nya selama ini dengan ulang-alik dari rumah ke sekolah dengan jalan kaki
sahaja diberikan hasil yang boleh dibanggakan. tidak sia-sia segala latihan sepanjang
'program pembangunan ragbi rimau' yang disertainya.

saya sendiri pun kurang tahu atau lebih tepat kalau dikatakan tidak pernah tahu pun
permainan ragbi ni ada 2jenis. iaitu
        
          * ragbi rempuh

          * ragbi rimau 

semoga Allah menjadikan anak-anak saya orang yang berguna di masa akan datang.




wassalam

dilema berblog

assalamualaikum, hai semua

 kebelakangan ini mood untuk menulis blog agak merudum. sebenarnya saya bagaikan
 kehilangan idea untuk mencari tajuk entri. pada awal-awal menulis blog saya selalu
jot-down tajuk entri yang terlintas di fikiran dalam handphone dulu. bila menulis tajuk
juga sedikit isi penting(macam menulis essay masa sekolah pulak) agak senang bila
duduk depan laptop untuk menghuraikan apa jua yang berkaitan tajuk entri.
saya suka guna cara ini sebab saya tidak perlu duduk depan laptop berjam-jam memikirkan
tajuk untuk entri. pernah juga saya alami bila sudah menulis entri tiba-tiba 'blur '
nak letak tajuk entri macam DISINI.

juga kenelah rajin membaca blog orang(blogwalking). dari blog orang yang kita baca
boleh mendapat sedikit idea tapi janganlah meniru tulisan blogger lain. kalau copy
paste pun kene bagi credit kepada penulis asal. pernah juga saya baca blogger terkenal
yang sudah bertahun-tahun menulis blog mengalami keadaan entri dan hasilan
dicuri. tidak tahu menulis dengan gaya menarik tidak salah. setiap gaya penulisan
mesti ada pembaca tersendiri. banyak membaca boleh mengasah bakat penulisan kita
tapi hati-hati semasa menulis perihal isu sensitif dan personal. bukan semua benda boleh
dikongsi dengan pembaca. seeloknya jujurlah dengan apa yang hendak ditulis.
janganlah anggap saya ni memandai-mandai sebab saya ni pun baru lagi dalam penulisan
blog. tapi tak salah rasanya kalau saya menulis apa yang terlintas difikiran saya. selagi ianya
tidak mengganggu orang lain selagi itu saya berani menyuarakan pendapat saya.
after all this is my blog i have right to write anything that not against writing manners.  

sebenarnya  entri ini didedikasikan kepada diri saya sendiri. kalau ada sesiapa nak
follow mana-mana kandungan entri ini dipersilakan.

wassalam

Wednesday 16 April 2014

innalillah....

assalamualaikum, hai semua

09.04.14 marupakan tarikh yang tidak dapat keluarga saya lupakan. insan yang saya
kenali selama 15tahun pergi buat selamanya menemui YANG MAHA PENCIPTA.
si dia yang menjadi tunjang keluarga, our beloved philosopher, guide my MIL yang
bertarung maut selama hampir 40hari  akhirnya passed away.

kehilangan amat terasa bagi saya dan My Beloved Hubby sebab selama ini my MIL
tinggal bersama kami. saya bersamanya sejak saya kahwin.dia merupakan seorang
wanita yang sangat kental. diusianya muda arwah banyak mengenali kesusahan.
ia menyebabkannya  menjadi sangat matang dan protective terhadap anak-anak.
setiap rumah yang ada orang tua akan mendapat keredhaan Allah. semasa hayatnya
arwah banyak membantu keluarga dari segi nasihat, kewangan dan tenaga kerja.

walau dktor sudah mengatakan peluang my MIL untuk pulih adalah sangat-sangat
tipis kami berdoa agar  sesusatu keajaiban berlaku dan arwah pulih kembali.
3hari terakhir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir merupakan saat-saat
sangat menyeksakan bagi kami untuk melihat penderitaannya.

sejak arwah kene operate batu karang dalam pundi hempedu arwah bagaikan tahu
yang dirinya akan meninggalkan kami. selalu arwah sebut-sebut yang beliau ada
jumpa suaminya dan ibunya. juga mengatakan melihat suatu tempat yang cerah,
memberi kata-kata nasihat kepada anak-anaknya. semua petanda itu sedikit sebanyak
menjadi perbualan antara kami ahli keluarga.

'RABBANA AATINA FIDDUNYA HASANAH, WAFIL AKHIRATHI HASANAH
WAQINA AZABANNAR'

AL-FATIHAH BUAT ARWAH EMAK MERTUA SAYA
AMEEN...

wassalam

Tuesday 15 April 2014

kembali...

assalamualaikum, hai semua

sudah lama tidak update entri disini.boleh juga dikatakan sudah lama juga tidak
buka blog sendiri. rindunya nak buka blog dan tulis entri baru tapi apa nak buat.
ada benda yang perlukan perhatian lebih dari menulis blog. tapi sempat juga saya
mencuri sedikit masa untuk menziarah dan meninggalkan jejak di blog rakan-rakan
logger lain. alot of sudden twist happen in my life past few days. what happen around
me makes me think again about their attitude.

pening ke baca apa yang saya tulis ni? saya sendiri pun macam belit-belit je
baca apa yang saya tulis ni.


 wassalam

Tuesday 8 April 2014

weekend dan wedding

assalamualaikum, hai semua

 weekend dan wedding tak dapat dipisahkan. tiap-tiap minggu ada sahaja jemputan kahwin
yang perlu dihadiri. kali ini kami tak pergi jauh pun kenduri di flat seri perantau,
pelabuhan klang sahaja. apa yang menarik kenduri kahwin ini ialah goodiebag yang diberi
oleh pihak tuan rumah kepada hadirin. saya selalu kagum dengan kreativiti bekas telur
yang di sediakan. antara yang menghiasi almari hiasan di rumah saya:






sebenarnya dulu ada koleksi gelas-gelas comel dirumah saya ni. tapi telah dipacahkan oleh
abang rashid masa umur 2tahun. sejak tu saya agak fobia mengumpul gelas comel.

wassalam.

Monday 7 April 2014

apam marmar

assalamualaikum, hai semua

last week kan cuti sekolah 1minggu, kali ni cuti sekolah tak terasa sangat nak bawa anak-
anak balik kampung atau jalan-jalan. yelah dengan keadaan family yang kelam-kabut
sekarang ni rasanya tak patutlah saya demand sangat dengan My Beloved Hubby nak
balik kampung kan. so, terfikir nak buatkan anak- anak saya something to eat.
anak-anak lelaki saya yang dua orang ni memang hantu kek. lebih-lebih lagi abang rashid
kalau boleh nak makan kek hari-hari.
tapi saya dah plan taknak buat kek tapi smething similar to cake. yang kelakarnya
abang rashid sampai sekarang tak tahu yang maknya buat apam marmar dan ianya
sejenis kuih. dia ingat saya buat kek kukus. hehehe....
resepi apam marmar ni saya ambil dari blog ina
saya hanya buat dua warna je. melapis pun dalam keadaan tergesa-gesa sebab dah
terlambat nak kukus.
adunan kuning

adunan merah
dah siap melapis
dah siap

gambar apam marmar yang siap dipotong entah macamman boleh
terdelete pula                                      
sedap berkrim je apam ni plus lembut. 
jom try buat apam marmar ni weekend ni.
wassalam



Saturday 5 April 2014

04.04.14

assalamualaikum, hai semua

04.04.14 tarikh yang cantik bukan?? tapi saya bukan nak cerita pasal tarikh cantik tu.
pada hari ini genaplah sudah 13tahun satu-satunya adik perempuan saya meninggalkan
kami sekeluarga. perginya menemui Maha Pencipta. terasa sebak sangat. kepergiannya
adalah disebabkan penyakit Polio.
adik saya menghidapi penyakit ni sejak umur 9tahun. selama 10tahun dia bergelut
dengan penyakitnya dan menghembuskan nafas terakhir  diusia 19tahun. selama
itulah kami sekeluarga mencuba mengubati penyakitnya dengan pelbagai cara.
akhirnya Allah menamatkan penderitaannya dengan mengambillnya kembali.
AL-FATIHAH BUATMU WAHAI ADIK. walau hanya seketika kehadiranmu
dalam hidup kami tapi kami amat bersyukur Allah memberi mu untuk mewarnai
hidup kami. semoga kau tenang disana bersama orang beriman.

 wassalam

Friday 4 April 2014

anak oo anak

assalamualaikum, hai semua

abang rashid dan abang haleem keduanya sangat minat bermain bola.
kadang-kadang tu sanggup pergi footsal masa cuti sekolah semata-mata
mahu main bola. dulu masa sekolah rendah kalau tak silap saya masa abang rashid
darjah6 masuk permainan ragbi rimau menang peringkat daerah Klang bawah
12tahun. saya dan My Beloved Hubby selalu memberi galakan kepada kedua
anak lelaki kami.
kadang-kadang tu saya sendiri pelik macammana keduanya begitu minat sangat.
yelah saya ni masa sekolah kokurikulum jarang pergi. time pendidikan jasmani
pun selalu cari alasan taknak main. hehehe... dasar kaki bangku...
tapi semasa saya mencari dokumen beberapa hari lepas saya terjumpa bende ni
dalam fail.


 betullah peribahasa 'kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi'. dirumah pun
hari-hari asyik sangat nak ytengok bola je kat tv. nanti cerita pasal ragbi dan anak-
anak saya dalam entri lain.

wassalam

Thursday 3 April 2014

aksi kucing melampau

assalamualaikum, hai semua

tengah fikir-fikir nak tulis apa tiba-tiba muncul idea nak tulis pasal si kucing
yang makin hari makin manja ni. kucing kami ni manja + mengada-ngada
lebih. makan pun memilih ja. ikan mentah taknak makan, nasi taknak walau dah
bercampur dengan ikan. makanan kegemarannya:

         - ikan dan ayam yang dah masak
         - ikan bilis mentah, kepala ikan bilis no ya
         - daging mentah
    
geram je saya dengan kucing ni tau. tapi bila tengok aksi manja dia rasa terhibur pula.
lagilah masa minta makanan suka buat bunyi mengiau yang boleh cairkan hati kita.
kalau kita halau dia suruh keluar mulah jatuh baring. jatuh gedebuk je masa baring tu.



hah, cara tidur macam kucing ni cuba ditiru oleh abang rashid. 'macammana kucing
ni boleh tidur macamni mak?' suasahnya...

wassalam

Wednesday 2 April 2014

entri tak tahu tajuk

assalamualaikum,hai semua

hari Khamis ni tadika Kemas adik ashiqa akan buat Lawatan sambil belajar
ke balai polis, balai bomba, masjid negeri Shah Alam dan sekolah seksyen7.
hari ini baru dapat surat pemberitahuan terus teruja melampau si budak kecil ni.
My Beloved Hubby macam berat hati je nak lepas anak daranya sebab selapas
lawatan budak-budak akan balik dalam pukul 3pm. masa tu biasanya saya dan
My Beloved Hubby akan on-the-way pulang dari hospital melawat My MIL.

saya yang beria sangat memujuk My Beloved Hubby bagi anak kesayangan saya
ni pergi lawatan sambil belajar tu. yelah bukan senang dapat pergi lawatan macam ni
pengalaman anak-anak masa kecil ni akan jadikan mereka lebih independent.



sudah lama tak letak gambar budak ni
inilah budak yang tidak cukup tidur tapi nak juga ikut pergi maknya ke pasar malam.
dianak ikut pun bukannya nak main buai kat taman permainan. mata pun dah kuyu
je.

wassalam

segmen mini power bank aswan azmy

assalamualaikum, hai semua

kali ini saya join segmen Aswan Azmy. selalu juga singgah blognya untuk
tonton drama BKATC.

                                                                   KLIK SINI
wassalam

Tuesday 1 April 2014

air asam pencicah ikan cencaru sumbat

assalamualaikum hai semua,

masa buat ikan caru sumbat sambal saya buat pertama kali cuba buat air asam.
sedap oulls. rasa rugi je selama ni tak terfikir untuk buat air asam ni.
bahan-bahan yang saya kisar untuk disumbat dalam ikan tu saya  buat agak-agak
je. jadi lepas sumat bahan kisar tu memang ada lebih lagi dalam 1sudubesar.
saya taknak bazirkan bahan kisar tu jadi terus masukkan dalam air asam.
resepi air asam ni saya letak sebab saya sendiri boleh rujuk bahan-bahannya
suatu hari.

       - bawang basar dihiris nipis
       - tomato dipotong dadu
       - 1sudu besar sambal ikan caru sumbat yang dimasak garing
       - air asam
       - cili merah dihiris nipis
       - jus limau sikit
       - cili padi ikut kepedasan

       campurkan semua bahan perasakan dengan garam dan gula.
       rasa masam manis pedas air asam ni memang pembuka selera semasa
       makan. lagi-lagi makan dengan nasi panas tak hingat berpinggan masuk
       perut.



air asam ni saya buat banyak anak-anak memang tahu sangat takkan makan jadi
lebihan air asam tu saya simpan dalam bekas plastik bertutup dalam peti sejuk.
esoknya ade saya goreng ikan selar terus makan cicah dngn air asam ni. memang
boleh makan tanpa perlu ade ape-ape gulai.

wassalam

Monday 31 March 2014

tentang frozen

assalamualaikum, hai semua

orang sudah tengok cerita CAPTAIN AMERICA 2. kita baru tengok cerita
FROZEN. takpelah dari langsung tak tengok kan???  cerita FROZEN ni
pun dapat tengok sebab anak buah My Beloved Hubby tolong download
di rumah saya ni kami hanya guna Streamyx je jadi memang lambat lah nak
download ape-ape cerita. saya selalu suruh anak buah yang stay di Shah Alam
je. di rumahnya ada Unifi so cepalah sikit nak download.
overall cerita frozen ini:
Mengisahkan  penggembaraan penuh aksi epik Puteri Anna 
bersama sahabatnya, Kristoff & seekor kuda, Sven - kuda ni lawak 
dalam proses mencari kakaknya, Puteri Elsa. Puteri Elsa di anugerah 
kuasa luar biasa dengan tangannya & telah mengunakan kuasanya
menukar seluruh negara Arrendell bertukar menjadi musim sejuk buat 
selama-lamanya secara tidak senjaga demi menjaga adiknya,
Puteri Anna. Perubahan cuaca tersebut menjadikan perjalanan
Puteri Anna & Kristoff bertambah sukar & menempuh pelbagai cabaran sehinggalah mereka bertemu dengan Olaf, orang salji yang sangat 
kelakar & ada impian untuk jemur di tengah panas.
nak tahu ending kene tengok sendiri ya. tak bestlah cerita disini.
mahami.

adik ashiqalah paling seronok tengok cerita ni. siap tanya 'nape cerita ni takde
dalam melayu?'. tapi still faham jalan ceritanya sebab siap boleh cerita 
balik kepada maknya. agaknya dalam bahasa apepun cerita kartun tidak susah
untuk memahami. kalau tak silap saya cerita ni ditayang bulan december2013
kan?? masa tu ade jugak minta My Beloved Hubby temankan tengok cerita ni
bersama anak-anak tapi ade je halangan setiap kali plan nak pergi tengok.



wassalam

Saturday 29 March 2014

budak kecil

assalamualaikum, hai semua
(entry tertunggak)

since my MIL sick and warded, my hubby's anak buah datang stay di rumah kami
for about a week. anak buah hubby ni biarlah saya namakan sebagai M sahaja.
dia ni ade anak  lelakiberusia 1tahun 7bulan. last time saya jumpa budak kecil ni
belum jalan lagi. masa tu the whole family risau sebab baudak ni dah umur lebih
setahun tapi belum berjalan. kali ni dah pandaii jalan siap berlari lagi. alhamdulillah...

nak cerita pasal kenakalan budak kecil nilah.sesaat pun tak boleh leka mesti ade je
yang diusikknya. paling kesian kucing yang kami bela tulah. huhuhu.....sampaikan
kucing kami tu jarang masuk dalam rumah kecuali untuk makan minum je.
risau  tengok dia dipegang kucing tu, tarik-tarik bulu dan ekor kucing. kadang-kadang
kucing kami naik marah.hehehe.... bila tengok keaktifan budak ni teringat saya
keadaan saya semasa abang rashid seusia budak kecil ni sama je aktif semacam.
sampaikan saya tanya doktr abang rashid ni hyperactive ke??? tapi doktor
bagitau abang rashid bukan hyperactive cuma terlebih nakal je.




alhamdulillah... dua hari lepas hujan. sejuk sikit. hari sabtu tu masa balik dari hospital
hari dah gelap semacam. then around 5.30pm mula ade angin kuat sangat. hujan taklah
lebat sangat tapi angin kencang macam puting beliung. malam tu abang rashid balik
dari Shah Alam kata ade banyak pokok yang tumbang sepanjang jalan dekat dengan
kompleks sukan pandamaran.

wassalam

busy day saturday

assalamualaikum, hai semua

saturday... hari yang boleh dikatakan paling busy dalam seminggu.
pagi-pagi kene kerah anak-anak basuh kasut. walau ada cuti sekolah yang
panjang saya lebih suka paksa mereka bereskan cuci kasut pada hari sabtu.
sabtu juga hari saya baju basuh baju sekolah.

antara banyak- banyak kerja rumah saya paling tidak suka seterika baju.
penat ooii... dengan baju yang berlambak. syukur alhamdulillah.
nasib baik juga sejak masuk tingkatan 1saya biasakan anak-anak seterika baju sekolah dan baju jalan sendiri. Saya hanya siapkan pakaian saya sendiri, hubby and anak perempuan sahaja. tapi still kene suruh buat baru dia buat  (kene suruh tu maksudnya kene paksalah, hehehe...)

Wassalam


Thursday 27 March 2014

ikan cencaru sumbat sambal

assalamualaikum, hai semua

beberapa hari yang lepas saya ada terbaca tentang ikan cencaru sumbat dengan
air asam di blog Ina . sejak tu saya pun teringin sangat nak buat.
sebelum ni pun pernah saya pernah buat tapi bahan-bahan nak sumbat tu saya
hanya tumbk lumat je dan sumbat terus goreng. tapi versi Ina ni lain sikit uolls.
sebab semua bahan kene kisar halus dan dimasak dulu sebelum di sumbat dalam
ikan. saya juga buat pertama kalinya buat air asam. bak kata Ina boleh menangis bila
makan ikan cencaru sumbat dengan air asam sebab sedap sangat.
jom tengok bahan untuk ikan dulu:

CARA NAK MASAK SAMBAL : BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH +
 CILI KERING + BELACAN + AIR = BLEND 
PASTU TUMIS PASTU MASUKKAN AIR ASAM JAWA + GARAM
 + GULA = MASAK SAMPAI CILI TU BETOI2 MASAK TAU U ALL.. 
DENGAN KATA LAIN SAMPAI CILI TU TUKAR WARNA JADI MERAH 
GELAP... BILA BETOI2 MASAK, BARU DIA RASA SEDAP.. 
RASA DIA LAIN TAU.. TAK RETI NAK EXPLAIN.. LAGI SATU, 
JIKA TAK MASAK,  BILA SAMBAL DAH MASAK 
SUMBAT SAMBAL TU DALAM IKAN CENCARU YANG DAH DIBELAH 
BELAKANG TU.. OHYA, SEBELUM TU, SAPU BADAN IKAN TU DENGAN 
GARAM & KUNYIT DULU YER PASTU GORENG.. SIAP..!!
sebenarnya saya nak sangat letak gambar cara-cara buat ikan cencaru sumbat
ni tapi masa masak tu pun dah kelam-kabut sebab lepas masak nak kene 
berkejar ke hospital visit my MIL dan kene siapkan bekal makanan untuk my SIL
pula. maybe next timelah saya letak gambar step-by-step.



ikan ni kalau digoreng garing baru sedap. mula-mula tu saya balut ikan ni dengan 
daun pisang al-maklumlah belakang rumah ada pokok pisang tapi agak renyah pula 
masa nak terbalikkan ikan ni. jadi saya goreng macam tu je dalam non-stick pan
dengan minyak yang sikit. resepi dan gambar air asam pertama kali saya nanti letak di
entri lain.
wassalam

susu soya multigrain

assalamualaikum, hai semua

the other day one my relative visited my MIL and bring this as buahtangan

disebabkan my MIL cannot eat outside-food weolls habiskan susu soya ni.
ini merupakan first time saya minum susu soya multigrain.sedap uolls.
sangat mengenyangkan. saya minum segelas sahaja tengahhari tu tanpa lunch
kenyang sampai ke malam.susu soya multigrain ni mengandungi

- purple brown rice
- black sesame
- malt extract
- barli













bolehlah uolls try susu soya ni, lagipun ianya kurang manis

wassalam

Wednesday 26 March 2014

mini GiveAway #1 by Ayie Atiqah

assalamualaikum, hai semua

jom join ramai-ramai mini GA ni


klik to join

sempat lagi ni joinlah sama-sama agar mini GA ni meriah

wassalam

anak didahulukan

assalamualaikum, hai semua

saya selepas sudah punya anak selalu utamakan anak dahulu.
sebagai surirumah kalau plan nak keluar mula-mula utamakan
anak dan menyiapkan an dahulu. abang haleem lahir selepas
2tahun abang rashid. masa tu saya bagaikan tak cukup 24jam
untuk menguruskan anak. almaklumlah baru ambil nafas
dari diaper-free abang rashid tup-tup dah ade seorang lagi
nak diuruskan.
paling tension nak bersiap sebelum keluar pergi mana-mana.
tapi bersyukur juga keduanya anak lelaki jadi pakaikan pampers,
seluar dan baju. selalu rasa kagum dengan kakak kepda my first
SIL. anaknya berderet perempuan 3orang kalau pergi function
seperti kenduri kahwin macam pengantin kecil anak-anaknya
dihias. saya pernah juga tanya macam mana dia mnguruskan masa
siapkan anak-anak lepas tu dia sendiripun kene bersiap.
katanya' sehari sebelum function dia selalu dah pilih baju, aksesori
kasut,siapkan baju spare hinggakan dah pilih style dandan rambut
sekali untuk ketiga-tiga anaknya.
pada sayalah nak siapkan anak perempuan agak renyah sebab kene
sediakan all the accessories sekali. tapi lepas bersiap anak perempuanlah
yang cute comel with all the diffrent style dresses.
senang  kan kalau dah plan awal-awal. saya pun mula praktikkan
sejak anak ketiga saya lahir. kurang sikit tension berkarate dengan anak-
anak. tarik nafas, hembus masuk bilik saya pula bersiap.
'belum siap lagi ke' si hubby yang baru balik bertanya.
'nak siaplah ni' jawab dengn sabar, kang hilang mood pulak nanti.
bersiap-siap untuk diri saya tak ambil banyak masa pun. kadang-kadang tu
pakai  mekap dan lilit tudung pun dalam kereta je sebab my hubby yg jadi driver.
hehehe...

wassalam

Tuesday 25 March 2014

berakhirnya pencarian itu...

assalamualaikum, hai semua

misteri MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. setelah menjadi tajuk berita
selama 17hari our beloved PM mengesahkannya malam tadi dalam sidang akhbar.
bagaikkan sukar nak percaya tapi the truth is always hard  to believe.
tanpa membuat spekulasi yang bukan-bukan marilah kita mendoakan agar
semua mangsa tenang disana. SALAM TAKZIAH BUAT SEMUA 
AHLI KELUARGA MANGSA








wassalam

Sunday 23 March 2014

hadiah GA

assalamualaikum, hai semua

ini nak tunjuk hadiah yang saya dapat menang dari dua GA
1. 1st GA by RARA dapat awesome fishtail blouse
     (safura online diary)



2. hadiah shirt dari nur shafiq
   ( a gentleman to be)



thank you atas hadiah ni
wassalam

Saturday 22 March 2014

entri banyak gambar

assalamualaikum, hai semua

jom layan gambar-gambar yang di'cilok' dari FB adik saya





cantikkan kalau print-out boleh buat poskad. tapi zaman sekarang sapalah
yang guna poskad-poskad kan??
adik saya yang bongsu ni minat fotografi. pernah juga dia menjadi photographer
bidan terjun untuk wedding kawan-kawannya. akibat hobi fotografi ni dia sanggup
beli DSLR dengn gaji pertamanya.

wassalam

segmen blogwalking cuti sekolah bersama ayu insyirah

assalamualaikum, hai semua

sempena cuti sekolah adik ayu ade buat segmen blogwalking cuti sekolah
jom join n support ayu insyira

                                                                click here
senang je nak join. jom, jom

wassalam

Friday 21 March 2014

quotes entry

assalamualaikum, hai semua




 quotes yang mempunyai makna yang mendalam

wassalam

mini GA T-shirt Blogger

assalamualaikum, hai semua

jom join mini GA ni.


Syarat-syarat penyertaan:
1) LIKE facebook page T-shirt Blogger



2) Buat satu entry bertajuk Mini GA T-shirt Blogger.
Copy & paste gambar di atas ni. Backlink ke entry ini.

3) Letak link entry anda di bahagian komen.

Pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2014. 
Terima kasih & good luck :)

wassalam

Thursday 20 March 2014

kura-kura atas meja

assalamualaikum, hai semua

pernah tengok kura-kura atas meja makan????
apa??? tak pernah tengok.

hah, sapa-sapa yang tak pernah tengok cer tengok disini
:
:
:
:
:
:
:




hik,hik,hik,hik.... ubi kentang berbentuk kura-kura. sangat unik bila ade terselit
ubi kentang bentuk ini diantara barang dapur yang my hubby bawa dari kedai.
sangat unik ciptaan Allah.akhirnya kentang ni digoreng salut tepung dan rempah kari.


wassalam