Pages

Saturday 5 April 2014

04.04.14

assalamualaikum, hai semua

04.04.14 tarikh yang cantik bukan?? tapi saya bukan nak cerita pasal tarikh cantik tu.
pada hari ini genaplah sudah 13tahun satu-satunya adik perempuan saya meninggalkan
kami sekeluarga. perginya menemui Maha Pencipta. terasa sebak sangat. kepergiannya
adalah disebabkan penyakit Polio.
adik saya menghidapi penyakit ni sejak umur 9tahun. selama 10tahun dia bergelut
dengan penyakitnya dan menghembuskan nafas terakhir  diusia 19tahun. selama
itulah kami sekeluarga mencuba mengubati penyakitnya dengan pelbagai cara.
akhirnya Allah menamatkan penderitaannya dengan mengambillnya kembali.
AL-FATIHAH BUATMU WAHAI ADIK. walau hanya seketika kehadiranmu
dalam hidup kami tapi kami amat bersyukur Allah memberi mu untuk mewarnai
hidup kami. semoga kau tenang disana bersama orang beriman.

 wassalam

Friday 4 April 2014

anak oo anak

assalamualaikum, hai semua

abang rashid dan abang haleem keduanya sangat minat bermain bola.
kadang-kadang tu sanggup pergi footsal masa cuti sekolah semata-mata
mahu main bola. dulu masa sekolah rendah kalau tak silap saya masa abang rashid
darjah6 masuk permainan ragbi rimau menang peringkat daerah Klang bawah
12tahun. saya dan My Beloved Hubby selalu memberi galakan kepada kedua
anak lelaki kami.
kadang-kadang tu saya sendiri pelik macammana keduanya begitu minat sangat.
yelah saya ni masa sekolah kokurikulum jarang pergi. time pendidikan jasmani
pun selalu cari alasan taknak main. hehehe... dasar kaki bangku...
tapi semasa saya mencari dokumen beberapa hari lepas saya terjumpa bende ni
dalam fail.


 betullah peribahasa 'kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi'. dirumah pun
hari-hari asyik sangat nak ytengok bola je kat tv. nanti cerita pasal ragbi dan anak-
anak saya dalam entri lain.

wassalam

Thursday 3 April 2014

aksi kucing melampau

assalamualaikum, hai semua

tengah fikir-fikir nak tulis apa tiba-tiba muncul idea nak tulis pasal si kucing
yang makin hari makin manja ni. kucing kami ni manja + mengada-ngada
lebih. makan pun memilih ja. ikan mentah taknak makan, nasi taknak walau dah
bercampur dengan ikan. makanan kegemarannya:

         - ikan dan ayam yang dah masak
         - ikan bilis mentah, kepala ikan bilis no ya
         - daging mentah
    
geram je saya dengan kucing ni tau. tapi bila tengok aksi manja dia rasa terhibur pula.
lagilah masa minta makanan suka buat bunyi mengiau yang boleh cairkan hati kita.
kalau kita halau dia suruh keluar mulah jatuh baring. jatuh gedebuk je masa baring tu.



hah, cara tidur macam kucing ni cuba ditiru oleh abang rashid. 'macammana kucing
ni boleh tidur macamni mak?' suasahnya...

wassalam

Wednesday 2 April 2014

entri tak tahu tajuk

assalamualaikum,hai semua

hari Khamis ni tadika Kemas adik ashiqa akan buat Lawatan sambil belajar
ke balai polis, balai bomba, masjid negeri Shah Alam dan sekolah seksyen7.
hari ini baru dapat surat pemberitahuan terus teruja melampau si budak kecil ni.
My Beloved Hubby macam berat hati je nak lepas anak daranya sebab selapas
lawatan budak-budak akan balik dalam pukul 3pm. masa tu biasanya saya dan
My Beloved Hubby akan on-the-way pulang dari hospital melawat My MIL.

saya yang beria sangat memujuk My Beloved Hubby bagi anak kesayangan saya
ni pergi lawatan sambil belajar tu. yelah bukan senang dapat pergi lawatan macam ni
pengalaman anak-anak masa kecil ni akan jadikan mereka lebih independent.



sudah lama tak letak gambar budak ni
inilah budak yang tidak cukup tidur tapi nak juga ikut pergi maknya ke pasar malam.
dianak ikut pun bukannya nak main buai kat taman permainan. mata pun dah kuyu
je.

wassalam

segmen mini power bank aswan azmy

assalamualaikum, hai semua

kali ini saya join segmen Aswan Azmy. selalu juga singgah blognya untuk
tonton drama BKATC.

                                                                   KLIK SINI
wassalam

Tuesday 1 April 2014

air asam pencicah ikan cencaru sumbat

assalamualaikum hai semua,

masa buat ikan caru sumbat sambal saya buat pertama kali cuba buat air asam.
sedap oulls. rasa rugi je selama ni tak terfikir untuk buat air asam ni.
bahan-bahan yang saya kisar untuk disumbat dalam ikan tu saya  buat agak-agak
je. jadi lepas sumat bahan kisar tu memang ada lebih lagi dalam 1sudubesar.
saya taknak bazirkan bahan kisar tu jadi terus masukkan dalam air asam.
resepi air asam ni saya letak sebab saya sendiri boleh rujuk bahan-bahannya
suatu hari.

       - bawang basar dihiris nipis
       - tomato dipotong dadu
       - 1sudu besar sambal ikan caru sumbat yang dimasak garing
       - air asam
       - cili merah dihiris nipis
       - jus limau sikit
       - cili padi ikut kepedasan

       campurkan semua bahan perasakan dengan garam dan gula.
       rasa masam manis pedas air asam ni memang pembuka selera semasa
       makan. lagi-lagi makan dengan nasi panas tak hingat berpinggan masuk
       perut.



air asam ni saya buat banyak anak-anak memang tahu sangat takkan makan jadi
lebihan air asam tu saya simpan dalam bekas plastik bertutup dalam peti sejuk.
esoknya ade saya goreng ikan selar terus makan cicah dngn air asam ni. memang
boleh makan tanpa perlu ade ape-ape gulai.

wassalam

Monday 31 March 2014

tentang frozen

assalamualaikum, hai semua

orang sudah tengok cerita CAPTAIN AMERICA 2. kita baru tengok cerita
FROZEN. takpelah dari langsung tak tengok kan???  cerita FROZEN ni
pun dapat tengok sebab anak buah My Beloved Hubby tolong download
di rumah saya ni kami hanya guna Streamyx je jadi memang lambat lah nak
download ape-ape cerita. saya selalu suruh anak buah yang stay di Shah Alam
je. di rumahnya ada Unifi so cepalah sikit nak download.
overall cerita frozen ini:
Mengisahkan  penggembaraan penuh aksi epik Puteri Anna 
bersama sahabatnya, Kristoff & seekor kuda, Sven - kuda ni lawak 
dalam proses mencari kakaknya, Puteri Elsa. Puteri Elsa di anugerah 
kuasa luar biasa dengan tangannya & telah mengunakan kuasanya
menukar seluruh negara Arrendell bertukar menjadi musim sejuk buat 
selama-lamanya secara tidak senjaga demi menjaga adiknya,
Puteri Anna. Perubahan cuaca tersebut menjadikan perjalanan
Puteri Anna & Kristoff bertambah sukar & menempuh pelbagai cabaran sehinggalah mereka bertemu dengan Olaf, orang salji yang sangat 
kelakar & ada impian untuk jemur di tengah panas.
nak tahu ending kene tengok sendiri ya. tak bestlah cerita disini.
mahami.

adik ashiqalah paling seronok tengok cerita ni. siap tanya 'nape cerita ni takde
dalam melayu?'. tapi still faham jalan ceritanya sebab siap boleh cerita 
balik kepada maknya. agaknya dalam bahasa apepun cerita kartun tidak susah
untuk memahami. kalau tak silap saya cerita ni ditayang bulan december2013
kan?? masa tu ade jugak minta My Beloved Hubby temankan tengok cerita ni
bersama anak-anak tapi ade je halangan setiap kali plan nak pergi tengok.



wassalam