Pages

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Monday, 28 March 2016

Resepi: jelly kelapa


Assalamualaikum

Saya kenal dan mula- mula makan Jelly kelapa ni masa majlis aqiqah anak buah saya pada 4tahun lepas. Masa tu kami pakat buat dessert seorang satu jenis. Kira macam buat potluck.
Time tu saya buat puding suji while kakak ipar buat jelly kelapa.
Sejak tu memang teringin buat jelly kelapa sendiri. Tapi setiap kali beli kelapa muda but end-up buat air kelapa je minum. Hehe hee ehehde....

Hari minggu saya gigih ikut hubby tersayang pergi pasar pagi Pandamaran semata-mata nak beli kelapa muda. Alang-alang beli sekaligus 3biji kelapa muda. Sebenarnya nak beli 2biji je tapi takut pula nanti air kelapa tu tak banyak.

Tengahari tu potong kelapa Alhamdulillah banyak air kelapa yang saya dapat. Penuh satu jug. Asingkan dulu air kelapa untuk buat jelly kelapa.  Selebihnya tambah gula sikit tambah ais saya dan hubby yersayang minum.

Jelly ni saya buat pada malam hari. Bila sejuk sikit simpan dalam petiais.

Bahan:

 * 1 peket agar-agar serbuk

 * air kelapa ikut sukatan agar-agar 

 * gula ikut kemanisan

* 2/3 helai daun pandan disimpul

Cara

 # masak agar-agar + daun pandan dengan air kelapa sampai larut 

 # masukkan gula masak 15 minit

 # tuang dalam loyang @ acuan kecil  yang sesuai

 .# sejukkan dan ngap heheehh....


 wassalam





 




Thursday, 24 March 2016

Resepi crispy nestum chocolate finger

Assalamualaikum

Ini adalah resepi yang saya dapat dari grup masakan fb.  Tengok resepi nya pun dah tahu cara buat yang amat senang. Saya selalunya resepi- resepi yang senang dibuat macam ni save terus atau screenshot je. Bila nak buat pertama kali akan refer resepi 100%. Kali kedua dan seterusnya akan saya cuba buat versi saya sendiri.

Resepi crispy nestum cholate finger

Bahan:
/ roti sandwich
/ butter
/ nestum
/ coklat masakan

# saya tidak bagi sukatan bahan sebab memang tiada sukatan specifik.

Cara buat
- trim kerak roti sandwich dengan potong kerak dan potong panjang
- sapu butter pada roti
- bakar roti itu dalam oven 170c selama 15 minit@ sampai nampak lighbrown
- semasa roti kita sedang bakar, double-boil coklat masakan.                          
- keluarkan roti dari oven.                                                                     - sejukkan, celup roti dalam coklat, celup@ golekkan roti yang di salut coklat dalam nestum
- sejukkan, masuk dalam bekas kedap udara
- taaaaadaaaaa... siap kudapan untuk di kunyah sambil tengok tv

Selamat mencuba.....

Wassalam

Wednesday, 23 March 2016

Resepi: kottu paratha

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak share satu resepi recycle. Resepi ni ayah saya selalunya buat guna roti canai yang dibuat sendiri.Bila teringin sangat nak makan roti canai ayah saya sensiri akan buat roti canai from the scratch. Petang lagi dah dibuat adunan tepung. Boleh dikatakan kami sekeluarga tak pernah merasa makan roti canai kedai masa kecik-kecik dulu. 

Memang sedap dan yang pentingnya senang buat. Guna bahan-bahan yang ada dirumah je. If uolls kekurangan bahan buat resepi ianya tak akan mwnjejaskan rasa. 

makanan ini asalnya dari India (please jangan tanya negeri mana di India ya). Kottu Paratha mean minced paratha cooked with spices and vegetables. Ada banyak versi kottu paratha. Yang ni versi family saya.

Ok jom lihat bahan-bahan kottu paratha.

     √ 3 keping roti canai
     √ 1 biji bawang merah
     √ 3 ulas bawang putih
     √ 1 biji tomato
     √ cili padi ikut kepedasan
     √ 1keping dada ayam tanpa tulang
     √ 3 biji telur
     √ 1 sudu besar cili giling
     √ daun ketumbar@ daun kari untuk          ditabur.

Now the method

- potong kecil-kecil roti canai
- bawang merah dan putih di slice dan di tumis
- masukkan dada ayam yang dipotong kecil.
- masukkan cili giling dan cili padi. Kacau sampai garing
- pecahkan telur masukkan. Kacau telur.
- bila telur hampir kering masukkan roti canai.
- jangan bagi telur kering nanti susah nak lekat dengan roti
- goreng sampai kering dan garing
- masukkan tomato. Tutup api tabur daun ketumbar@ daun kari.

Siap.... sedia untuk di ngap. Selamat mencuba.

Wassalam

Tuesday, 1 April 2014

air asam pencicah ikan cencaru sumbat

assalamualaikum hai semua,

masa buat ikan caru sumbat sambal saya buat pertama kali cuba buat air asam.
sedap oulls. rasa rugi je selama ni tak terfikir untuk buat air asam ni.
bahan-bahan yang saya kisar untuk disumbat dalam ikan tu saya  buat agak-agak
je. jadi lepas sumat bahan kisar tu memang ada lebih lagi dalam 1sudubesar.
saya taknak bazirkan bahan kisar tu jadi terus masukkan dalam air asam.
resepi air asam ni saya letak sebab saya sendiri boleh rujuk bahan-bahannya
suatu hari.

       - bawang basar dihiris nipis
       - tomato dipotong dadu
       - 1sudu besar sambal ikan caru sumbat yang dimasak garing
       - air asam
       - cili merah dihiris nipis
       - jus limau sikit
       - cili padi ikut kepedasan

       campurkan semua bahan perasakan dengan garam dan gula.
       rasa masam manis pedas air asam ni memang pembuka selera semasa
       makan. lagi-lagi makan dengan nasi panas tak hingat berpinggan masuk
       perut.



air asam ni saya buat banyak anak-anak memang tahu sangat takkan makan jadi
lebihan air asam tu saya simpan dalam bekas plastik bertutup dalam peti sejuk.
esoknya ade saya goreng ikan selar terus makan cicah dngn air asam ni. memang
boleh makan tanpa perlu ade ape-ape gulai.

wassalam

Thursday, 27 March 2014

ikan cencaru sumbat sambal

assalamualaikum, hai semua

beberapa hari yang lepas saya ada terbaca tentang ikan cencaru sumbat dengan
air asam di blog Ina . sejak tu saya pun teringin sangat nak buat.
sebelum ni pun pernah saya pernah buat tapi bahan-bahan nak sumbat tu saya
hanya tumbk lumat je dan sumbat terus goreng. tapi versi Ina ni lain sikit uolls.
sebab semua bahan kene kisar halus dan dimasak dulu sebelum di sumbat dalam
ikan. saya juga buat pertama kalinya buat air asam. bak kata Ina boleh menangis bila
makan ikan cencaru sumbat dengan air asam sebab sedap sangat.
jom tengok bahan untuk ikan dulu:

CARA NAK MASAK SAMBAL : BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH +
 CILI KERING + BELACAN + AIR = BLEND 
PASTU TUMIS PASTU MASUKKAN AIR ASAM JAWA + GARAM
 + GULA = MASAK SAMPAI CILI TU BETOI2 MASAK TAU U ALL.. 
DENGAN KATA LAIN SAMPAI CILI TU TUKAR WARNA JADI MERAH 
GELAP... BILA BETOI2 MASAK, BARU DIA RASA SEDAP.. 
RASA DIA LAIN TAU.. TAK RETI NAK EXPLAIN.. LAGI SATU, 
JIKA TAK MASAK,  BILA SAMBAL DAH MASAK 
SUMBAT SAMBAL TU DALAM IKAN CENCARU YANG DAH DIBELAH 
BELAKANG TU.. OHYA, SEBELUM TU, SAPU BADAN IKAN TU DENGAN 
GARAM & KUNYIT DULU YER PASTU GORENG.. SIAP..!!
sebenarnya saya nak sangat letak gambar cara-cara buat ikan cencaru sumbat
ni tapi masa masak tu pun dah kelam-kabut sebab lepas masak nak kene 
berkejar ke hospital visit my MIL dan kene siapkan bekal makanan untuk my SIL
pula. maybe next timelah saya letak gambar step-by-step.



ikan ni kalau digoreng garing baru sedap. mula-mula tu saya balut ikan ni dengan 
daun pisang al-maklumlah belakang rumah ada pokok pisang tapi agak renyah pula 
masa nak terbalikkan ikan ni. jadi saya goreng macam tu je dalam non-stick pan
dengan minyak yang sikit. resepi dan gambar air asam pertama kali saya nanti letak di
entri lain.
wassalam

Monday, 3 March 2014

slice cheese cake

assalamualaikum, hai semua

pada asalnya ini adalah resepi snow cheese kek milik hana memories
saya tak buat topping snow cheese tu jadi kek ini dipanggil slice cheese cake.
kek nya sangat lembut tak terasa dimulut. sedap sangat dengan bau slice cheese
kraft. penggunaan tepung sangat sikit dalam resepi ini   sebabkan saya rasa
was-was nak cuba resepi ini. ialah rumah saya kek saiz kecil-kecil tak cukup
tapi bila dah buat memang besar jugak kek ini
layan piccas:
                                                    adunan yang siap sedia untuk di bakar
                                                      

 nak resepi ke?? oklah letak resepi kat sini. nanti senang saya sendiri nnak rujuk


RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 
  • 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila


Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk,
  • Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh)
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang 
  • satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven
saya buat ikut tulisan biru tu.


 wassalam

Tuesday, 18 February 2014

resepi coklat topping

assalamualaikum,  hai semua

hari ni  nak share resepi coklat topping@ganache yang saya biasa guna
untuk kek coklat moist:

200gm coklat masakan
2sudubesar susu cair
2sudubesar mentega

coklat masakan dipotong kecil-kecil, double-boilkan.
bila coklat dah cair masukkan susu dan mentega
kacau sebati. sejukkan dan guna

untuk menghasilkan ganache yang tidak keras walau disimpan
dalam peti sejuk mentega diganti dengan minyak daisy
tuang separuh ganache atas kek yang betul-betul sejuk.
biarkan ganache keras (boleh juga dimasukkan dlm peti sejuk)
then tuang second layer coklat.


wassalam

Sunday, 9 February 2014

resepi coklat moist cake

assalamualaikum, hai semua

kek coklat moist yang buat untuk family gathering pada 1 february.
resepi diambil dari blog el
resepi ada di bawah. sekarang sila telan air liur tengok gambar
kek coklat moist super moist dan sedap

                                                              adunan siap dalam loyang


RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS
resepi asal : dapur mas
copy dari blog nyawaku

Bahan2nya:
4 biji telur (gred A)
1 cwn gula halus (el pakai gula perang sbb xterlalu manis dan jdkan kek lgi sedap)
1/2 cwn susu pekat (el taruh 1/4..sbb xmau manis sgt)
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 1/4 cwn tpg gndum*
1 cwn serbuk koko*
1sd kecil soda bikarbonat*
1sd kecil baking powder*
*bhn2 trsebut perlu diayak trlebih dhlu ye :))

Cara2nya:
Pukul telur brsma gula hingga kembang. Guna whisk je pon boleh.
Dh kembang msukkan susu pekat, minyak n susu cair. 
Dh sebati masukkn bhn2 yg dh diayak tdi ye. 
Kemudian msuk dlm bekas yg hendak d kukus dan kukus. 
*Perlu d ingtkan jika kecil bks trsbt maka kjp dlm 15mnt atau stgh jam, tpi jika sepenuhnya 1bncuhan itu dlm 1bks, maka kukus dlm 1jm stgh ye...pastikan jgn bukak2 pengukus semsa sdg msk*
asalnya kek ini kene kukus. tapi saya lebih suka kek yang dibakar.
saya bakar 50minit 160c
saya buat topping ikut resepi lain. resepi topping nantilah saya tulis
dalam entri lain
wassalam 

Saturday, 11 January 2014

http://www.zahrabakarcollectiongiveaway.html

Assalamualaikum...

Zahra Bakar Collection merupakan sebuah online shop yang menjual pelbagai jenis tudung dan shawl antaranya tudung syria, bawal arjuma, alsya ring dan sebagainya. Zahra Bakar Collection, turut mengambil tempahan sulaman (cross stitch) dengan pelbagai jenis design/ reka bentuk mengikut kehendak pelanggan.

Zahra Bakar Collection GiveawayZahra Bakar Collection Giveaway


Selain itu, Zahra Bakar Collection turut menjual kain pasang dan kain batik terengganu yang dihiasi dengan pelbagai jenis corak dan warna yang pastinya memikat hati. InsyaAllah, kainnya berkualiti tinggi dan selesa dipakai. Harganya juga sangatlah berpatutan.

Untuk meraikan pembukaan Zahra Bakar Collection online shop, kami mengadakan simple giveaway buat anda. Ingin dapat hadiah yang menarik dari kami? Ayuh, sertai sekarang. 

Zahra Bakar Collection Giveaway
Klik banner untuk sertai.

wassalam

Wednesday, 8 January 2014

jus epal hujau+ oren

assalamualaikum, hai semua

pagi tadi sambil buat nasi goreng saya buat jus epal hijau+oren
nasi semalam ada berbaki sebab abang-abang berdua tu
malam tadi x makan nasi, kan malam tadi ada pasar malam
daripada buang nasi tu baik buat nasi goreng x adalah bazir
dahlah barang semua naik harga, huhuhu..
eh,eh, sekarang nak story pasal jus buah tu bukan pasal nasi goreng ok
sedap jus ni plus penuh khasiat

bahan:
- 1biji epal hijau
- 1biji buah oren
- 2sudu besar tepung susu
- 2cawan air
- 2sudu besar gula
(kalau rajin boleh tambah 2sudu besar yogurt

 cara buat:

* potong buah epal hijau dan oren,buang kulit+ biji buah oren
* masukkan seua bahan dalam pengisar terr...terr..terr..
ok dah siap boleh diminum



wassalam

Friday, 3 January 2014

http://syanpunyabelog.blogspot.com/2014/01/hello-2014-giveaway-by-syan-punya-belog.html

assalamualaikum, hai semua




Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Hello 2014 Giveaway by Syan Punya Belog

Senarai Hadiah

Top Referral :
Cash RM50 + Fridge Magnet from Turkey

Random :
Chiffon Blouse x 5 Pemenang
Maxi Dress x 3 Pemenang
Perfume x 2 Pemenang
Voucher Shopping bernilai RM5 x 10 Pemenang
T-shirt R4BIA x 5 Pemenang

ini mendapat sponsor daripada

Jangan lepaskan peluang ini fellas! Just click the banner above and follow the simple rules.
Goodluck and thank you =)




wassalam

Thursday, 2 January 2014

resepi chutney kelapa

assalamualaikum, hai semua

uolls semua dah sarapan ke? hari ni saya buat home-made
thosei n chutney kelapa
ada jugak kari ikan semalam sikit
thosei n kari ikan ni favourite  anak-anak saya
especially anak dara saya si ashiqa
dia memang hantu thosei, boleh hadap sampai 4keping
thosei sorang-sorang
dah bebel banyak jom tengok resepi chutney kelapa

bahan-bahan:
1cawan kelapa parut
4biji cili api
1/2cawan kacang poottu kadalai
3tangkai daun kari
3ulas bawang putih
1labu bawang merah kecil
1biji cili hijai
3helai daun ketumbar

bahan tumis:
2cili kering
1sudu kecil biji sawi
1sudu kecil kacang dhal

cara buat
-masukkan semua bahan dalam mesin pengisar
ter....ter... dah siap kisar
sekarang tumis cili kering, daun kari,biji sawi,kacang dhal hingga kuning
-biarkan bahan ditumis suam sikit, baru tuang dalam bekas yang berisi bahan kisar tadi
-taraa.. chutney kelapa siap


wassalam

Tuesday, 31 December 2013

masak lemak udang fresh

assalamualaikum, hai semua

dah masak ke? dah makan ke?
hari ni saya masak 'udang fresh masak lemak cili padi'
pagi tadi hubby beli udang gemuk-gemuk n fresh dari pasar
mula-mula ingat nak masak tumis merah udang
tapi baru semalam buar ikan tenggiri sambal merah
takkan hari ni pun nak masak sambal lagi kan
ni resepi nya

bahan:
1labu bawang merah
1 genggam cili padi
3ulas bawang putih
1inci halia
3biji buah keras
(kisar halus semua bahan diatas)

3daun limau purut
1bawang merah dihiris
3keping asam keping
1batang serai
1cawan santan pekat
1cawan santan cair
1daun kunyit di hiris halus
2sudu kecil serbuk kunyit
*udang fresh buang kepala n kaki 1kilo

cara buat
- tumis bawang hiris
- masukkan bahan kisar
- tumis sekejap
-masukkan udang, serai, asam, daun limau
-tumis sekejap, bagi bahan semua serap
-masukkan santan cair
-masukkan serbuk kunyit
- reneh hingga udang masak
-masukkan santan pekat, rasa garam
-jngn bagi santan didih tutup api

SIAP!!!












 pucat sikit kan warna udang masak lemak
 sebab x cukup serbuk kunyit hehehe tapi sedap

wassalam

Monday, 30 December 2013

http://www.munirahizzan.com/2013/11/3rd-ga-pearl-by-moon.html

assalamualaikum, hai semua

ni 3rd GA dari moon




Syarat-Syarat penyertaan :
 apa yang perlu anda buat :
 1. Buat satu entry ringkas mengenai GA ni...dan entry tu mestilah
 mengandungi,, antara warna putih, peach dan hitam,,
which color describe u the most..dan nyatakan kenapa..
.HANYA 3 WARNA DI ATAS tau...
 2. Letak banner kat atas dan linkkan ke entry ini...
 3. Terbuka kepada bloggers boys and gurl...
 4. Sila like page Jari Bulan Shop (WAJIB) 4 hadiah misteri menanti
 peserta yang berjaya dan 1 hadiah khas untuk peserta bertuah.. :)
 GiveAway ni akan berlangsung 8 hari sahaja bermula hari ini
 dan berakhir pada 30 November 2013.
 Tarikh GA tidak akan dipendekkan atau dilanjutkan.

warna yang berkaitan dengan saya ialah hitam
sebab currently saya memakai spek mata yang frame hitam
masa beli mula-mula saya pilih warna frame spek dark-maroon
tapi spek mata tu patah dibuat anak dara saya
so now tukar frame warna hita yang memang kene dengan saya



wassalam

http://umikasum.blogspot.com/2013/12/segmen-aktifkan-azam-baru-tahun-2014.html

assalamualaikum, hai semua



Sempena menyambut kedatangan tahun baru, segmen khas ni dibuat untuk penyenaraian azam baru anda tahun 2014 ini. Moga dengan adanya azam baru, segala apa yang dirancangkan, tercapai matlamat. Teringin jugak nak tahu azam baru anda semua. So, jom kita meriahkan segmen ni.

HADIAH:
2 pemenang akan menerima hadiah novel

Senarai azam baru anda sempena tahun 2014:
- menjadi blogger yang berjaya
- bercuti ke utara@selatan tanahair
- kurangkan sifat pemarah
TAMAT: 31 JANUARI 2014

jom join

wassalam

Wednesday, 25 December 2013

carrot+tomato shake

assalamualaikum, hai semua

kali ni nak bagi resepi carrot+tomato shake
mula-mula try buat jus carrot susu je
lepas olah sikit n tambah tomato sedap pula

bahan-bahan
1 batang carrot
1biji tomato masak(sederhana besar)
2sudu besar tepung susu(boleh juga ganti dengn susu segar 1cawan)
1 cawan air(kalau letak susu segar x payah letak air)
2sudu besar gula
ais ketul ikut ksukaan banyak mana

cara buat
potong carrot n tomato kecil-kecil
masukkan semua bahan-bahan dalam pengisar
teerr..terrr.. kisar halus
cheerss...dah boleh minum terus(ade sesetengah orang tapis dulu sebelum minum
tapi minum tanpa di tapis adalah lebih baik sebab jus ni
mengandungi serat tomato n carot
pengambilan carrot dan tomato dapat menghindar dari kanser
selain itu carrot baik untuk penglihatan
lagi satu nak bagitau kalau buat ape jenis fresh juice pun lepas
buat je terus minum, jangan simpan-simpan
sebab khasiat jus tu akan hilang bila di simpan

wassalam

Tuesday, 24 December 2013

2014 bloglist blog celoteh cik yaya

assalamualaikum, hai semua

roh join segmen n giveaway telah menyerang
awas!!!blog celoteh cik yaya
wassalam

Monday, 23 December 2013

segmen: jom blogwalking dari DEENO

assalamualaikum, hai semua

jom join 'segmen jom blogwalking' dari adik DEENO
dapat hadiah cash
wassalam

Sunday, 22 December 2013

resepi kurma ayam

assalamualaikum, hai semua

hari jumaat tu ada masak kurma ayam
so, ingat nak bagailah resepi kurma ayam versi saya
resepi ni x ada dtambah apa-apa perasa tambahan

bahan-bahan
dikisar
-segenggam cili api
-1 labu bawang sederhana
-5ulas bawang putih
-halia
-rm1 gajus

#1 labu bawang besar
#1biji tomato
#3tangkai daun kari
#1batang kayu manis
#4biji buah pelaga
#1bunga lawang
#2biji cili merah
#2biji kentang sederhana
#4sudu besr serbuk kurma
#1sudu besar serbuk jintan
#1sudu kecil serbuk kunyit
#1cawan santan pekat
#1cawan santan cair
minyak masak, minyak sapi, ayam, garam

cara buat
- tumis kayu manis, buah  pelaga, bunga lawang
-masukkan bawang besar
-masukkan 1tangkai daun kari
-bila dah naik bau masukkan tomato, cili merah
-masukkan ayam, serbk kurma, bahan kisar
-reneh 10minit
-masukkan santan cair, serbk jintan,serbk kunyit
-kacau tutup periuk
-lps 5minit masukn kentang
-masukkan santan pekat jangn bagi mendidih tutup dapur
-masukkn daun kari 2tangkai yang belen
*boleh juga ditambah air ikut kepekatan yang sesuai

wassalam