Pages

Thursday 25 February 2016

Muruku

Assalamualaikum,

Tengah ada kerajinan nak tulis entri baru tiba-tiba saya kehilangan idea. So, saya pun scroll gambar-gambar dalam album hp saya. Tiba -tiba terlihat gambar muruku Yang saya try buat masa cuti sekolah bulan disember. Ok boleh dijadikan bahan entri  ni (konon-kononnya blogger tegar lah kan...hehehe...)
Buat muruku pun guna muruku mix BABA's je pun.
Juga masa pergi Teluk Pulai tu hari ade beli acuan muruku yang jenis besi tu. Verdict: guna acuan besi lagi senang dari acuan kayu yang tradisional.

  Resepi:
  1peket tepung muruku
  1sudu kecil jemuju
   2sudu kecil bijan (bijan putih /hitam)
  1kotak santan

Sangai jemuju +bijan dalam 10saat api besar. Campurkan kesemua bahan, tambah air sikit demi sikit sampai jadi doh lembut.  Goreng dalam minyak penuh. Siap....

Wassalam

Monday 22 February 2016

Pokok

Assalamualaikum,
Pokok  pisang yang arwah my Mil tanam berbuah lagi. Pokoknya memang akan berbuah sikit saja tapi buahnya sedap ada rasa bercampur masam dan manis. Pokok yang tak pernah berbaja sejak ditanam. Alhamdulillah.... tapi anak-anak saya kurang minat makan buah pisang. Sama juga dengan saya. Jadi bila pisang dah mula matang saya potong sesikat siap-siap agihkan kepada famili abang ipar dan adik ipar.
Saya suka jugak makan pisang tapi suka makan masa skip makanan. Kalau rasa tak ada minat nak makan nasi atau roti buah menjadi pilihan makanan saya. Buah yang sangat  senang dan cepat di makan ialah pisang.


Ahli baru

Assalamualaikum,

Alhamdulillah brtambahlah seorang lagi ahli baru dalam keluarga saya bila kakak ipar no.2 saya selamat melahirkan anak ketiga nya bulan Disember lepas. Anak nya anak lelaki yang diberi nama muhammad zayd gibran. Bulan lepas pula my biras lahirkan anak keduanya juga anak lelaki bernama muhammad uwais.
Agaknya sekarang ni musim orang lahirkan anak lelaki kot. Hehehe....
Anak anugerah dari Allah yang sangat bernilai.
Semoga anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh. Ameen.....