Pages

Saturday 8 March 2014

GA 2nd Birthday Blog Cahaya Hidupku

assalamualaikum, hai semua

      klik here to join

nasib baik juga perasan saya diinvite oleh sahabat blogger wafa untuk join
Giveaway 2ND Birthday Blog Cahaya Hidupku. selepas tu saya pun terjah blog sis
ni secara roughly. yelah manalah larat nak baca semua entry. silap-silap boleh habis
tarikh entry GA ni. pada pandangan saya blog Cahaya Hidupku ni berkisarkan tentang
resepi, kisah hidup, kisah anak-anak tuan blog. comel-comel anak nya. kira macam blog
saya jugalah. sis yati isa nanti saya khatam blog sis ye.
senang je nak join GA ni:

1. Jadilah sahabat di blog saya... maknanya jadilah follower saya :)
2. Buat entri tentang Giveaway saya ni di entri kekawan ye tulis "2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU " 12 MAC 2014"
Jika tak keberatan buatlah sedikit komen mengenai blog saya di entri kekawan ye... 
3. Tag tiga kekawan anda utk menyertai Giveaway ni..
4. Giveaway ini bermula 5 Mac sehingga 12 Mac 2014
5. Giveaway ini hanya di buka kepada blogger  di Malaysia sahaja. ( ini kerana dr luar Malaysia hendak menyertai.)


ok saya tag 3 orang sahabat blog saya
                           pink umi@ mimi azirah
                            irfa@happy irfa
                         alona @cintamaniszlite 

jom join ramai-ramai supprt yati isa
wassalam

GiveAway by shafiquestevenson

assalamualaikum, hai semua

jom join GA nur shafiq ni

klik sini

wassalam

Friday 7 March 2014

surah yaasin

assalamualaikum, hai semua

surah Yaasin merupakan surah pertama yang ayah saya ajar menghafal semasa
saya dan abang saya berumur 13tahun. sebeulum tu hanya surah-surah lazim sahaja
saya hafal dan amalkan semasa solat. msaih teringat bagaimana kami takut semasa
menghafal dan membaca depan ayah. takut tersalah baca dan kene pukul dengan ayah.
huhuhu... masa tu macam rasa tak puas hati je kenapalah ayah suruh hafal surah yang
panjang macam ni.
tapi selepas meningkat dewasa dan berkeluarga terasa sangat beruntung dapat menghafal
surah Yaasin pada usia muda. TERIMA KASIH AYAH SEMOGA ALLAH
MEMBERIKAN SEMUA KEBAIKAN KAMI SEMASA MEMBACA SURAH YAASIN
AMIINN...

KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.
Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
p/s: buat masa sekarang saya sedang sibuk uruskan my MIL yang sedang sakit
        tenat due to gallbladder stone. pls doa for her.tq

wassalam

GA:saya nak menang pandora

assalamualaikum, hai semua

saya join GA ni atas jemputan seseorang. tq kpd yg sudi invite.


ha ~~ tema black and white gitew ~~

SYARAT-SYARAT UMMIJOURNAL GIVEAWAY

1. FOLLOW BLOG UMMIJOURNAL.BLOGSPOT 
2. BUAT ENTRY BERTAJUK " SAYA NAK MENANG PANDORA "
3. LETAK BANNER DI ATAS DI ENTRY TERSEBUT DAN BACKLINK KAN KE SINI 
4. TINGGALKAN KOMEN " tolong....saya nak PANDORA" DI ENTRY INI DAN TINGGALKAN URL ENTRY GIVEAWAY ANDA. 

GIVEAWAY NI BERMULA HARINI 06 MAC 2014
GIVEAWAY INI TAMAT PADA 12 MAC 2014

PEMENANG ADALAH BASED ON LUCKY DRAW
wassalam

Wednesday 5 March 2014

segmen aku blogger baru 2014

assalamualaikum, hai semua

 klik sini

dah tengok banner diatas kan? itu banner segmen aku blogger baru dibuat oleh
brother HasrulHassan. terima kasih HH sebab buat segmen yang sangat berguna
sebegini.
saya mula berblogging bulan November2013. ini merupakan entri pertama saya.
setelah sekian lama saya memendam rasa untuk menjadi seorang penulis blog
pada 29november2013 dengan semangat dan keberanian yang ada saya
create my own blog.
sebelum create blog saya sudah saya tetapkan konsep blog saya adalah blog personal
yang mengandungi kisah saya seharian, petua, resepi, kisah anak-anak dan hubby
tersayang.
harapan saya agar saya terus menulis blog hingga ke suatu masa yang saya betul-betul
tak dapat meneruskannya. thank you kepada semua yang sudi singgah ke blog
saya yang ntah-hapa-hapa ni juga thousands thanks sebab sudi komen di blog saya.

wassalam

ashiqa dan laptop

assalamualaikum, hai semua

tak ingat pula bila beli laptop mainan ni untuk Ashiqa. saya teringin sangat nak
beli laptop mainan ni sejak baca entri ni. terbayang-bayang saya mesti anak
saya ni suka dengan laptop ni. dalammasa yang sama anak saya juga dapat
belajar aktiviti yang simple disediakan. hah, baru ingat saya beli laptop
ini hujung tahun 2012. tapi saya tunggu ashiqa masuk  tadika baru saya bagi guna.
pada awalnya dia hanya guna macam nak taknak je sebab tak tahu baca dan
tak kenal huruf  lagi. walau saya ajar cara baca A,B,C guna laptop ini dia lebih
berminat belajar guna pen dan kertas. tapi semenjak duamenjak ni ashiqa lebih
suka guna laptop untuk belajar terutamanya buat activity 'additional'
susah payah mak awak beli benda ni ade juga kebaikkannya. saya memang lebih
suka beli learning toys,buku-buku cerita dan buku aktiviti kepada anak-anak daripada
membazir beli mainan entah-apa-apa. everytime pergi KL SENTRAL dah jadi rutin
anak-anak especially ashiqa 'pau' saya beli buku di kedai buku sana.




sejak guna  laptop ni kurang sikit dia nak warna buku. berbaloi jugak beli bende ni

wassalam


Monday 3 March 2014

slice cheese cake

assalamualaikum, hai semua

pada asalnya ini adalah resepi snow cheese kek milik hana memories
saya tak buat topping snow cheese tu jadi kek ini dipanggil slice cheese cake.
kek nya sangat lembut tak terasa dimulut. sedap sangat dengan bau slice cheese
kraft. penggunaan tepung sangat sikit dalam resepi ini   sebabkan saya rasa
was-was nak cuba resepi ini. ialah rumah saya kek saiz kecil-kecil tak cukup
tapi bila dah buat memang besar jugak kek ini
layan piccas:
                                                    adunan yang siap sedia untuk di bakar
                                                      

 nak resepi ke?? oklah letak resepi kat sini. nanti senang saya sendiri nnak rujuk


RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 
  • 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila


Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk,
  • Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh)
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang 
  • satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven
saya buat ikut tulisan biru tu.


 wassalam