Pages

Sunday, 22 May 2016

Anak kucing

Assalamualaikum,

Minggu lepas baru perasan ada kucing betina yang bunting. Kami perasan pun lepas kucing tu sarat. Lepas 2,3 hari perut kucing tu nampak macam kempis. My beloved hubby yang bagi tau mungkin kucing tu sudah beranak. Adalah dalam 5,6 ekor kucing penduduk flat yang selalu datang kedai kami minta makanan. Selalunya ikan yang tak habis jual tu adalah kami bagi sikit.

Petang tu hubby kata kucing ekor pendek tu dapat anak 3ekor. Kucing tu beranak tepi sofa lama jiran sebelah kedai kami, mereka letak anak-anak kucing dalam kotak. Esoknya sedang saya ambik cili kering yang customer minta tiba-tiba kucing ekor pendek lari keluar dari bilik tengah. Terkejut saya...

Saya suruh abang rashid check bawah rak biskut. Ha'ah memang sah ada seekor anak kucing yang sangat comel berwarna oren. Kecik je nak kucing tu,  warna oren.
Abang rashid keluarkan anak kucing tu letak depan kedai. Tiba-tiba kucing ekor pendek ambik  anaknya bawa masuk dalam kedai terus sorok belakang tempat letak kelapa.
Hubby kata biarlah kucing tu ada kat situ. Tapi saya still rasa phobia takut anak-anak kucing dengan mak kucing sekali kena hempap dengan kelapa.


Eeiiii... seram....tak dapat dibayangkan.