Pages

Thursday, 27 March 2014

ikan cencaru sumbat sambal

assalamualaikum, hai semua

beberapa hari yang lepas saya ada terbaca tentang ikan cencaru sumbat dengan
air asam di blog Ina . sejak tu saya pun teringin sangat nak buat.
sebelum ni pun pernah saya pernah buat tapi bahan-bahan nak sumbat tu saya
hanya tumbk lumat je dan sumbat terus goreng. tapi versi Ina ni lain sikit uolls.
sebab semua bahan kene kisar halus dan dimasak dulu sebelum di sumbat dalam
ikan. saya juga buat pertama kalinya buat air asam. bak kata Ina boleh menangis bila
makan ikan cencaru sumbat dengan air asam sebab sedap sangat.
jom tengok bahan untuk ikan dulu:

CARA NAK MASAK SAMBAL : BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH +
 CILI KERING + BELACAN + AIR = BLEND 
PASTU TUMIS PASTU MASUKKAN AIR ASAM JAWA + GARAM
 + GULA = MASAK SAMPAI CILI TU BETOI2 MASAK TAU U ALL.. 
DENGAN KATA LAIN SAMPAI CILI TU TUKAR WARNA JADI MERAH 
GELAP... BILA BETOI2 MASAK, BARU DIA RASA SEDAP.. 
RASA DIA LAIN TAU.. TAK RETI NAK EXPLAIN.. LAGI SATU, 
JIKA TAK MASAK,  BILA SAMBAL DAH MASAK 
SUMBAT SAMBAL TU DALAM IKAN CENCARU YANG DAH DIBELAH 
BELAKANG TU.. OHYA, SEBELUM TU, SAPU BADAN IKAN TU DENGAN 
GARAM & KUNYIT DULU YER PASTU GORENG.. SIAP..!!
sebenarnya saya nak sangat letak gambar cara-cara buat ikan cencaru sumbat
ni tapi masa masak tu pun dah kelam-kabut sebab lepas masak nak kene 
berkejar ke hospital visit my MIL dan kene siapkan bekal makanan untuk my SIL
pula. maybe next timelah saya letak gambar step-by-step.



ikan ni kalau digoreng garing baru sedap. mula-mula tu saya balut ikan ni dengan 
daun pisang al-maklumlah belakang rumah ada pokok pisang tapi agak renyah pula 
masa nak terbalikkan ikan ni. jadi saya goreng macam tu je dalam non-stick pan
dengan minyak yang sikit. resepi dan gambar air asam pertama kali saya nanti letak di
entri lain.
wassalam