assalamualaikum, hai semua
04.04.14 tarikh yang cantik bukan?? tapi saya bukan nak cerita pasal tarikh cantik tu.
pada hari ini genaplah sudah 13tahun satu-satunya adik perempuan saya meninggalkan
kami sekeluarga. perginya menemui Maha Pencipta. terasa sebak sangat. kepergiannya
adalah disebabkan penyakit Polio.
adik saya menghidapi penyakit ni sejak umur 9tahun. selama 10tahun dia bergelut
dengan penyakitnya dan menghembuskan nafas terakhir diusia 19tahun. selama
itulah kami sekeluarga mencuba mengubati penyakitnya dengan pelbagai cara.
akhirnya Allah menamatkan penderitaannya dengan mengambillnya kembali.
AL-FATIHAH BUATMU WAHAI ADIK. walau hanya seketika kehadiranmu
dalam hidup kami tapi kami amat bersyukur Allah memberi mu untuk mewarnai
hidup kami. semoga kau tenang disana bersama orang beriman.
wassalam
No comments:
Post a Comment