Pages

Showing posts with label about blog. Show all posts
Showing posts with label about blog. Show all posts

Thursday, 17 April 2014

dilema berblog

assalamualaikum, hai semua

 kebelakangan ini mood untuk menulis blog agak merudum. sebenarnya saya bagaikan
 kehilangan idea untuk mencari tajuk entri. pada awal-awal menulis blog saya selalu
jot-down tajuk entri yang terlintas di fikiran dalam handphone dulu. bila menulis tajuk
juga sedikit isi penting(macam menulis essay masa sekolah pulak) agak senang bila
duduk depan laptop untuk menghuraikan apa jua yang berkaitan tajuk entri.
saya suka guna cara ini sebab saya tidak perlu duduk depan laptop berjam-jam memikirkan
tajuk untuk entri. pernah juga saya alami bila sudah menulis entri tiba-tiba 'blur '
nak letak tajuk entri macam DISINI.

juga kenelah rajin membaca blog orang(blogwalking). dari blog orang yang kita baca
boleh mendapat sedikit idea tapi janganlah meniru tulisan blogger lain. kalau copy
paste pun kene bagi credit kepada penulis asal. pernah juga saya baca blogger terkenal
yang sudah bertahun-tahun menulis blog mengalami keadaan entri dan hasilan
dicuri. tidak tahu menulis dengan gaya menarik tidak salah. setiap gaya penulisan
mesti ada pembaca tersendiri. banyak membaca boleh mengasah bakat penulisan kita
tapi hati-hati semasa menulis perihal isu sensitif dan personal. bukan semua benda boleh
dikongsi dengan pembaca. seeloknya jujurlah dengan apa yang hendak ditulis.
janganlah anggap saya ni memandai-mandai sebab saya ni pun baru lagi dalam penulisan
blog. tapi tak salah rasanya kalau saya menulis apa yang terlintas difikiran saya. selagi ianya
tidak mengganggu orang lain selagi itu saya berani menyuarakan pendapat saya.
after all this is my blog i have right to write anything that not against writing manners.  

sebenarnya  entri ini didedikasikan kepada diri saya sendiri. kalau ada sesiapa nak
follow mana-mana kandungan entri ini dipersilakan.

wassalam

Tuesday, 25 February 2014

happy birthday ina( intanberlian)

assalamualaikum, hai semua

 entry ni khas ditulis untuk blogger IntaNBerlian (Zarina Tazari@ina)
sempena ulangtahun kelahirannya. juga hari ini merupakan hari ulangtahun
blognya yang ke-3. header blog pun dah bertukar baru. Ina lancarkan Mega
GA sebelum ni dan umumkan pemenangnya harini. tapi nampaknya saya
tiada rezeki untuk saya menang hadiah super duper tu. takpelah yang penting
dapat join GA.
blog intanberlian ialah antara blog terawal yang saya follow dan baca sebelum
bergelar penulis blog. entri dalam blognya  yang banyak berkisarkan tentang
2orang anaknya yang comel , resepi, parenting tips dan banyak info lagi.

HAPPY BIRTHDAY INA
                  N
HAPPY BIRTHDAY BLOG INTANBERLIAN


SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN USIA INA DAN MURAHKAN REZEKI
SEKELUARGA. JUGA SAYA BERDOA AGAR ALLAH KURNIAKAN ANAK
DALAM KANDUNGAN INA ANAK LELAKI. AMEEN....

wassalam

Sunday, 26 January 2014

gadget follower

assalamualaikum, hai semua

dalam entri kali ni saya nak cerita lagi pasal blog
baru sekejap tadi tengah explore blog dashboard, kali ni
dapat lagi satu ilmu pasal cara nak letak gadget follower.
sebelum nie ada jugak baca tutorial letak follower ni kat blog-blog otai
sampai naik juling mata saya tapi bila dah masuk bab HTML n coding ni
terus coding yang di copypaste tak keluar
copy coding semua ok je paste kat template pun pass tapi bila save
asyik keluar tulisan merah je.
so, tak nak sangat nak menyemakkan fikiran saya biarkan je blog saya
tanpa gadget follower. google +  tu dah lama buat.
jadi sesiapa nak yang sudi follow blog saya dipersilakan dengan hati yang terbuka.

wassalam