Pages

Thursday, 17 April 2014

cerita kasut sekolah

assalamualaikum, hai semua

AWAS!!! ini bukan karangan sekolah tentang kasut sekolah ya!!!

awal tahun ni saya dan My Beloved Hubby tidak beli kasut sekolah untuk abang rashid
sebabnya pertengahan tahun lepas ada beli kasut baru untuknya. saya tak suka beli barangan
anak-anak lebih dan buat stok untuk diguna kemudian. ialah anak-anak kan cepat membear
rugi je kalau tak dapat guna. lagi pun sejak masuk sekolah menengah abang rashid ni
cepat benar membesar melonjong. abang-abang dan adik-adik saya semua tinggi sokmo.
begitu juga adik-beradik sebelah My Beloved Hubby. hanya My Beloved Hubby je agak
rendang orangnya. kira saya dan My Beloved Hubby ni lebih kurang sama tinggi je.
kalau ada pun dia beza beberapa cm tinggi daripada saya.
sekarang  ni sejak masuk darjah 6 abang haleem pun ada menunjukkan ciri-cire melonjong
dia.
kita stop dulu pasal melonjong ni. sebenarnya saya nak cerita pasal kasut sekolah tapi
melencong ke benda lain pula. kasut sekolah abang rashid dah koyak rabak.
dah lebih sebulan lepas asyik ulang-alik ke hospital je sampaikan keperluan anak-anak
pun tiada masa nak beli. masa my MIL meninggal tu hari my mum ada datang stay kat
rumah saya. dah siap kene sound suruh belikan kasut baru untuk cucu sulungnya.
saya ada bagitau My Beloved Hubby weekend ni pergi beli kasut sekolah dan kasut
jalan untuk abang rashid juga seluar kecik untuk abang haleem.

tapi dah rezeki abang rashid nak dapat kasut sekolah free. guru kauseling disekolah
abang rashid bagitahu yang dia nak bagi kasut sekolah anaknya kepada abng rashid
sebab tersilap beli kasut sekolah bersaiz besar untuk anaknya.
saya ada tanya kepada abang rashid kenapa cikgu kaunseling tu nak bagi kasut
kepadanya insist kepada kawan-kawannya (  manalah tahu cikgunya ada tegur abang
rashid 'kenapa dia memakai kasut koyak rabak macam tu'). tahu apa abang rashid jawab
'manalah ada kawan sekelas saya yang kaki besar macam saya. kawan-kawan saya
semua kaki kecik' hehehehe..... dah asal dari keturunan kaki besar.... apa nak buat kan.

syukur Alhamdulillah terima kasih Allah atas rezeki Mu kepada anakku. 

wassalam