assalamualaikum hai semua,
masa buat ikan caru sumbat sambal saya buat pertama kali cuba buat air asam.
sedap oulls. rasa rugi je selama ni tak terfikir untuk buat air asam ni.
bahan-bahan yang saya kisar untuk disumbat dalam ikan tu saya buat agak-agak
je. jadi lepas sumat bahan kisar tu memang ada lebih lagi dalam 1sudubesar.
saya taknak bazirkan bahan kisar tu jadi terus masukkan dalam air asam.
resepi air asam ni saya letak sebab saya sendiri boleh rujuk bahan-bahannya
suatu hari.
- bawang basar dihiris nipis
- tomato dipotong dadu
- 1sudu besar sambal ikan caru sumbat yang dimasak garing
- air asam
- cili merah dihiris nipis
- jus limau sikit
- cili padi ikut kepedasan
campurkan semua bahan perasakan dengan garam dan gula.
rasa masam manis pedas air asam ni memang pembuka selera semasa
makan. lagi-lagi makan dengan nasi panas tak hingat berpinggan masuk
perut.
air asam ni saya buat banyak anak-anak memang tahu sangat takkan makan jadi
lebihan air asam tu saya simpan dalam bekas plastik bertutup dalam peti sejuk.
esoknya ade saya goreng ikan selar terus makan cicah dngn air asam ni. memang
boleh makan tanpa perlu ade ape-ape gulai.
wassalam
No comments:
Post a Comment