Pages

Wednesday, 26 March 2014

anak didahulukan

assalamualaikum, hai semua

saya selepas sudah punya anak selalu utamakan anak dahulu.
sebagai surirumah kalau plan nak keluar mula-mula utamakan
anak dan menyiapkan an dahulu. abang haleem lahir selepas
2tahun abang rashid. masa tu saya bagaikan tak cukup 24jam
untuk menguruskan anak. almaklumlah baru ambil nafas
dari diaper-free abang rashid tup-tup dah ade seorang lagi
nak diuruskan.
paling tension nak bersiap sebelum keluar pergi mana-mana.
tapi bersyukur juga keduanya anak lelaki jadi pakaikan pampers,
seluar dan baju. selalu rasa kagum dengan kakak kepda my first
SIL. anaknya berderet perempuan 3orang kalau pergi function
seperti kenduri kahwin macam pengantin kecil anak-anaknya
dihias. saya pernah juga tanya macam mana dia mnguruskan masa
siapkan anak-anak lepas tu dia sendiripun kene bersiap.
katanya' sehari sebelum function dia selalu dah pilih baju, aksesori
kasut,siapkan baju spare hinggakan dah pilih style dandan rambut
sekali untuk ketiga-tiga anaknya.
pada sayalah nak siapkan anak perempuan agak renyah sebab kene
sediakan all the accessories sekali. tapi lepas bersiap anak perempuanlah
yang cute comel with all the diffrent style dresses.
senang  kan kalau dah plan awal-awal. saya pun mula praktikkan
sejak anak ketiga saya lahir. kurang sikit tension berkarate dengan anak-
anak. tarik nafas, hembus masuk bilik saya pula bersiap.
'belum siap lagi ke' si hubby yang baru balik bertanya.
'nak siaplah ni' jawab dengn sabar, kang hilang mood pulak nanti.
bersiap-siap untuk diri saya tak ambil banyak masa pun. kadang-kadang tu
pakai  mekap dan lilit tudung pun dalam kereta je sebab my hubby yg jadi driver.
hehehe...

wassalam

No comments:

Post a Comment