Pages

Monday, 3 March 2014

slice cheese cake

assalamualaikum, hai semua

pada asalnya ini adalah resepi snow cheese kek milik hana memories
saya tak buat topping snow cheese tu jadi kek ini dipanggil slice cheese cake.
kek nya sangat lembut tak terasa dimulut. sedap sangat dengan bau slice cheese
kraft. penggunaan tepung sangat sikit dalam resepi ini   sebabkan saya rasa
was-was nak cuba resepi ini. ialah rumah saya kek saiz kecil-kecil tak cukup
tapi bila dah buat memang besar jugak kek ini
layan piccas:
                                                    adunan yang siap sedia untuk di bakar
                                                      

 nak resepi ke?? oklah letak resepi kat sini. nanti senang saya sendiri nnak rujuk


RESEPI SNOW CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 
  • 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila


Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk,
  • Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh)
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang 
  • satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven
saya buat ikut tulisan biru tu.


 wassalam