Pages

Thursday, 2 January 2014

resepi chutney kelapa

assalamualaikum, hai semua

uolls semua dah sarapan ke? hari ni saya buat home-made
thosei n chutney kelapa
ada jugak kari ikan semalam sikit
thosei n kari ikan ni favourite  anak-anak saya
especially anak dara saya si ashiqa
dia memang hantu thosei, boleh hadap sampai 4keping
thosei sorang-sorang
dah bebel banyak jom tengok resepi chutney kelapa

bahan-bahan:
1cawan kelapa parut
4biji cili api
1/2cawan kacang poottu kadalai
3tangkai daun kari
3ulas bawang putih
1labu bawang merah kecil
1biji cili hijai
3helai daun ketumbar

bahan tumis:
2cili kering
1sudu kecil biji sawi
1sudu kecil kacang dhal

cara buat
-masukkan semua bahan dalam mesin pengisar
ter....ter... dah siap kisar
sekarang tumis cili kering, daun kari,biji sawi,kacang dhal hingga kuning
-biarkan bahan ditumis suam sikit, baru tuang dalam bekas yang berisi bahan kisar tadi
-taraa.. chutney kelapa siap


wassalam