assalamualaikum, hai semua
lepas sahaja abang rashid pergi sekolah pukul 12tengahhari, sunyi je rumah sebentar
sebelum si adik ashiqa balik dari tabika.
kadang-kadang tu lambat jugak balik rumah sebab hubby bawanya beli barang.
sampai je ke rumah belum sempat buka kasut dah serbu saya.
"mak, harini ni kan mak, dekat sekolah kan mak, kita buat kipas.
kipas tu kan mak, kita buat sendiri, cikgu tak ajar pun macam mana
nak buat."
"mana kipas tu?"
"tapi cikgu dah ambil kipas tu. cikgu kata kan mak, tak boleh buat
dekat sekolah."
"macam mana ashiqa tahu buat kipas?"
"kita kan dah 6tahun, dah besar, tulah kita tau buat sendiri."
entah berapa 'kan' yang digunanya.heheehh...
lepas tu minta saya koyakkan kertas dari buku panjang abang rashid
yang tahun lepas punya. lalu mulalah buat
'PROJEK KIPAS KERTAS'
the making of.....
tada.... dh siap
wassalam
No comments:
Post a Comment