Pages

Saturday 15 February 2014

kucing o...kucing

assalamualaikum,hai semua

kucing kesayangan kami sekeluarga semalam accident. alhamdulillah
syukur kepadaMu Allah kerana kemalangan ringan sahaja.
kucing ni ka dia suka sangat tidur di favourite spot dia je, antara
favourite spot dia:

* bawah kereta Myvi (bawah van Avanza taknak pulak)
* atas karpet lap kaki bilik saya
* bawah tempat sidai kain
* kerusi luar

semalam elok je dia tidur nyenyak bawah kereta Myvi, masa
nak pergi solat Jumaat anak buah dah halau kucing tu lalu
start kereta tiba-tiba terdengar bunyi ngiauuwww...yang kuat
sambil kucing tu lari masuk rumah pergi belakang.
masa kejadian ni saya tak ade di rumah. my SIL yang ade dirumah
mencari kucing di belakang rumah tapi tak jumpa.
sampai ke Maghrib kami cari kucing tak jumpa juga. abang
haleem pergi ke belakang rumah nak simpan botol plastik baru jumpa
kucing tu tidur dan mamai lagi. lalu diangkat bagi dia makan dan minum.
bila dilepaskan kucing tu jalan terjegket-jengket.alolo.... cian je saya tengok.
rasa sebak je bila dengar suara dia ngiau dengan muka kesian.
tapi bila siang hari dah ok sikit cara jalan nya.



wassalam






No comments:

Post a Comment