Assalamualaikum,
Random pics from my Lenovo6000.
Assalamualaikum,
Saya sangat suka waktu malam. Malam dan senyap tak dapat dipisahkan. Macam lirik lagu pulak hehehe...
Malam juga selalunya sejuk. Kombinasi sejuk dan senyap bukan selalu saya dapat hayati. Sekiranya anak-anak tidur awal malam keadaan sunyi sepi terasa sangat nikmat.
Jika hubby tersayang saya belum balik dari kedai saya sengaja tutup televisyen dan kipas untuk menikmati malam yang senyap. Dapatlah juga saya melepaskan rindu saya pada waktu malam yang sunyi sepi.
Sebelum saya kahwin saya pernah tinggal berdua dengan adik perempuan saya yang OKU di rumah baru kami. Masa tu waktu malam lah yang paling suka. Lagipun time tu tak ada Astero semua. Kalau nak tengok TV pun kene hadap TV3 je yang siarannya tak semenggah.
Melayan perasaan dan berkhayal sorang-sorang tanpa gangguan sesuatu yang sangat saya dambakan.
Wassalam
Assalamualaikum,
Masa berlalu dengan sangat pantas. Lagi dua hari kita semua akan memasuki bulan puasa fasa terakhir. Cuaca hari ni sangat terik. Tengahari saya dah rasa tekak kering.
Masak sahur pun ala kadar sahaja. Sambal ayam semalam masih ada berbki sedikit jadi buat kobis masak parpu + goreng ikan.
Berbuka abang haleem request nak makan nasi lemak kukus ayam berempah. Mula-mula saya kata ok kita beli nasi lemak kukus biasa je. Tapi ketiga-tiga anak-anak saya ni sebulay suara mengatakan nak makan nasi lemak kukus ayam goreng berempah. Kalau hari-hari makan nasi lemak kukus ayam macam ni alamatnya bankraplah. Hehehe.... tapi takpalah anak-anak pun seharian berpuasa tak salah jika manjakan mereka dengan makanan. Insyaallah akan murah rezeki kami sekeluarga demi untuk anak-anak. Kuih berbaki semalam masih elok lagi dalam petiais. Buat jus mangga je.
Malam ni buat biskut Cruncy Cornflake Cookies.
Sangat mudah dan sekejap je boleh siap satu adunan. Lagipun di rumah memang sedia ada Cornflake yang saya ambil dari kedai kami. Mula-mula saya makan cookies ni macam lemau je tak rangup. Tapi bila dah sejuk memang krrupp, krapp,kruupp, kraaapp je bunyi.
Assalamualaikum,
Semalam dah plan hari ini nak pergi bazar ramadan di Kg. Raja Uda dengan abang rashid.
Lagipun dah 4hari saya berjaya tidak beli apa juadah di kedai untuk berbuka puasa. Nak pergi bazar pun sebab nak cari kuih pelita. Kedai jual kuih dekat pangsapuri seri perantau ni susah nak jumpa kuih pelita.
Beli karipap sardin, kuih pelita, nasi ayam untuk abang haleem+ adik ashiqa, air 2bungkus, sedikit satay.
Malam ni buat biskut kelapa creamy. Memang wangi jelah rumah selepas berbuka. Petang tadi dah siapkan adunan biskut malam tinggal terap dan bakar.
Sedap dan manis sedang-sedang biskut ni. Guna pula kelapa fresh memang terangkat.
Wassalam
Assalamualaikum,
Saya dah mula projek biskut raya 2016 malam ini. Segalanya berjalan seperti yang saya plan. Alhamdulillah....
Biskut pertama yang saya buat ialah
Biskut suji. Saya suka biskut suji yang dibuat dengan menggunakan tepung suji.
Bau wangi minyak sapi dan tekstur biskut yang rangup memang sedap.
Resepi saya ambil dari yatie memories.
Resepi ini ada guna tepung susu itu yang buatkan biskut ada rasa lemak-lemak sikit.
Malam lepas berbuka saya terus solat maghrib dan mula misi biskut raya. Adik ashiqa pun banyak tolong saya. Doh biskut yang saya bulatkan dia yang hias dengan manik bentuk hati.
Berbuka pula saya buat tosei cicah dengan sambal sardin yang dibuat untuk sahur tadi. Juga hari special sikit saya buat jus laici dan bingka ubi kayu.
Untuk sahur pula buat ikan selar masak lemak cili api + goreng ikan masin +goreng telur mata.
Selesai sudah puasa selama 16hari.
Wassalam
Assalamualaikum,
Hari dah hari ke 14puasa saya belum list down nak buat biskut raya apa. Tapi ada plan nak start buat biskut raya hari rabu ni. Lagipun rabu ni Hari Nuzul Al-quran.
Hubby pun belum shopping baju raya. Puasa tahun ni macam tak bersemangat je nak sambut raya. Biasanya saya yang beria time puasa.
Takpalah tahun ni kita sambut raya sederhana je. Raya nanti nak pergi mana pun tak plan lagi. Kalau tanya Hubby mesti cakap tak payah pergi mana-mana, duduk rumah je.
Tapi demi anak-anak kena juga pergi mana-mana. Lagipun Hubby tersayang saya ni bukan selalu cuti.
Lagi satu benda yang membuatkan saya stress ialah window blind belum beli. Actually, i suppose buy blind at Nilai3 the other day. Tapi shopping tudung sakan sampai lupa.
Lagipun, i have no idea where to look foe the blind.
Hurrmmm....
Wassalam
Assalamualaikum,
Hari ini report card day sekolah adik ashiqa dan abang haleem. Tapi saya hanya pergi ke sekolah kebangsaan adik ashoqa sahaja. Sekolah abang haleem tak dapat pergi sebab tak sempat. Keputusan peperiksaan abang haleem hanya check di website sekolah.
Masa pergi solat Jumaat hubby hantar saya dan adik ashiqa di sekolah Methodist. Lagipun saya ada plan nak beli barang dapur dan barang untuk buat biskut raya di MyMydin dan kedai barang bakeri bersebelahan.
Hari ini buat pisang goreng dan panaskan roti pratha segera makan dengan sambal daging.
Bersyukur sangat ada kedai jual bahan kek dan biskut dekat-dekat macam ni. Tapi saya tak beli banyak sangat pun. Sebab tak tahu nak buat biskut apa untuk raya tahun ini.
Ingat nak pergi kedai ni sekali lagi lepas list down bahan yang perlukan.
Wassalam
Assalamualaikum,
Petikan ini saya copy dari fb. Terasa sangat insaf dan bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.
Seorang wanita 42 tahun datang klinik untuk routine maternity checkup. Usia kandungan baru 15 minggu. Kata dia, dia saja stop pil perancang bulan 12 tahun lepas. Tak sangka lekat pulak. Kata dia lagi, anak kedua dia bakal melahirkan anak lepas raya nanti. Dia ingatkan nak jaga cucu, tak sangka nanti kena jaga anak sendiri pulak hihi. Kata dia, dia meloya 4 bulan, suami asyik muntah2,check pregnancy test 4 bulan pun negative, tapi perut makin besar. Doktor rujuk untuk scan tengok2 dah ada kantung baby. Lepas habis scan dia malu nak balik rumah. Malam tu dia bagitau suami, suami dia seronok bukan main. Dia ja malu2 hihi.
2. Seorang remaja 16tahun. Masih bersekolah & kehidupan agak liar. Terlanjur bersama kekonon cinta hati sampai mati. Dah sah mengandung. Menangis dan keluarkan kata2 kesat. Kata dia, dia hanya nak seronok2 tak sangka jadi. Selama ni elok ja tak lekat. Astagfirullah.
Saya hanya boleh nasihatkan sebab kalau marah pun tak berguna. Harap dia tak gugurkan anak itu. Ramai sangat yang mahu mengandung tapi tak dapat2.
3. Seorang wanita baru lepas kahwin bulan lepas. Bulan ni dah dapat tahu mengandung. Alhamdulillah.
Seronok tengok riak wajah dia dan suami bila scan nampak kantung bayi & denyutan jantung. Ini momen paling best bila aku jaga klinik ibu anak. Belum bila dah nampak tangan kaki gerak & kadang2 ada rezeki nampak jantina baby. Seronok mereka, gembira lagi aku.
4. Seorang wanita 35 tahun. Berkahwin umur 23 tahun. Sudah 12 tahun menanti pregnancy test positive. Siap ambil anak angkat, siap buat bermacam jenis test, siap makan itu ini, jumpa ustaz dan sebagainya. Tapi masih negative. Allah belum masih mahu memberi rezeki anak untuk mereka. Tetapi alhamdulillah hubungan mereka laki bini bahagia even dgn anak angkat yang satu tu.
5. Seorang wanita 26 tahun. Berkahwin lepas spm. Sudah beranak tiga dan memutuskan untuk memotong tiub peranakan. Sebab ingat semua akan ok dan takmahu mengandung lagi.
Mana tau allah mahu menguji, di usia 30, suami ceraikan dia. Tiga tahun lepas tu dia kahwin lain dan suami baru mahu anak. Allah punya nak uji. Tiub itu cuba disambung balik tapi penuh komplikasi. Dan suami baru pun ceraikan dia juga. Nauzubillah.
Cerita mengandung ni ada bermacam warna. Ada yang seindah pelangi, ada yang kelam suram & ada yang suam suam. Tak semua orang gembira dengan kandungan. Tak semua orang bahagia bila ada anak. Tak semua orang mahu zuriat.
Tapi allah takkan beri atau takberi dengan sengaja. Pasti bersebab. Pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu. Jika allah sudah kurniakan kamu anak, maka jagalah amanah yang satu itu sebaiknya. Dialah penyambung zuriat, dialah cermin ibu bapa dia. Jika allah masih tidak mengurniakan zuriat lagi untuk kamu, maka bersabarlah.
Berusahalah sehabis baik dan berdoa. Pasti ada sebab musabab kenapa masih belum ada anak. Mungkin allah masih rindu nak dengar rintih rayu kita.
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ[2] “Setiap bayi itu dilahirkan
atas dasar fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yg membuatnya menjadi Yahudi Nashrani atau Majuzi.” Redha & bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita sekarang.
Wassalam
Assalamualaikum,
Tarikh hari ini 16.06.16, cantikkan nombornya. Berbuka hari ni buat mee goreng basah. Mula-mula ingat nak buat goreng pisang sekali tapi malas pula. So, bercadang goreng fries yang ada lebihan. Ada pun sikit je jadi rasanya cukuplah buat anak-anak makan.
Last-last fries pun tak jadi goreng sebab kakak hubby beri bubur lambuk yang dapat dari Masjid Jamek, Klang.
Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab baru dua hari lepas hati terdetik 'alangkah bagusnya dapat makan bubur lambuk masjid'.
Allahu Akbar Maha Besar Allah yang mengetahui bila masa sesuai memberi setiap permintaan hambaNya.
Sebenarnya, boleh je saya sendiri masak sendiri bubur lambuk. Tapi taste dia tak sama dengan yang masjid punya.
Dulu masa kecil-kecil saya bukannya suka sangat pun makan bubur lambuk.
Saya makan sikit bubur. Dalam hati ingin tinggalkan sikit untuk hubby rasa bila balik dari terawikh. Tapi abang rashid pergi makan sampai licin. Hehehe...
Wassalam
Assalamualaikum,
Resepi pizza pisang ni saya dapat dari fb. Sebelum tu tak tahu pun wujud pizza pisang ni. Bila try resepi ni crust pizza tu memang lembut sangat. Saya buat tengah hari tapi sampai ke lewat malam masih lembut pizzanya. Resepi crust pizza ni boleh juga diguna untuk buat pizza ayam@ mana-mana topping lain.
Mula-mula saya buat hanya satu pizza je. Doh tu saya bahagi dua buat satu pizza je. Then, tengok anak-anak berselera jr makan tinggal satu piece je untuk Hubby. So, doh lagi satu pun saya buat pizza ni. Memang berbaloi buat pizza ni boleh makan puas-puas.
Pizza Banana Kaya Ala Domino.
Bahan-bahan
Doh Pizza ialah:
3-4 cawan tepung gandum
1 paket yis mauripan + 3/4 cawan air suam.
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan butter
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Bahan-bahan topping pizza:
1 bekas kaya, dapat yang pandan lagi best
2 biji pisang montel
1 sudu besar gula
1 cawan keju mozarella
Sedikit gula aising
Cara buat:
- satukan semua bahan- bahan doh. Rehatkan doh dan bila doh dah naik 2kali ganda bahagi doh 2.
- canai doh ikut ketebalan yang dikehendaki.
-cucuk doh dengan garfu.
- sapu kaya tabur separuh cheese
-susun pisang Yang dihiris 1cm tebal.
-tabur sedikt gula dan baki cheese.
- bakar.
- ayak gula icing.
-.siap!!!!
Selamat mencuba
Wassalam
Assalamualaikum,
Hari hari recycle. Berbuka masak nasi goreng guna nasi lebih sahur tadi plus goreng Karipap yang difrozen itu hari.
Bersyukur Allah masih murahkan rezeki yang halal buat keluarga kami.
Assalamualaikum,
Hari ini berbuka saya buat roti puri dengan kari kentang. Juga buat payasam @bubur sagu.
Jus pula hari ni buat jus carrot susu. Perit sangat tekak sampaikan susah nak telan air liur.
Sahur buat sambal sardin dan goreng telur dadar campur bawang.
Adik ashiqa excited sangat balik dari sekolah agama kerana kantin tak buka jadi katanya main dengan kawan-kawan di kantin.
Beribu kali di pesannya suruh abangnya ambil di sekolah kebangsaan 5.30petang.
Saya tanyalah 'adik penat ke puasa di sekolah?' Tapi katanya ok je mak.
Yang penat sangat maknya lah.
Orang pertama bangun pagi dan orang terakhir masuk tidur. Time cuti sekolah adalah juga saya tidur lepas sahur. Sekarang ni tidur pun macam tidur-tidur ayam je.
Lepas sembahyang subuh tidur sekejap then kejutkan abang rashid balik suruh mandi dan siap ke sekolah. Then tidur sekejap kejutkan hubby tersayang dan adik ashiqa. Tidur balik lepas keduanya keluar. Bangun 8.50pagi kemas apa yang patut, mandi siap-siap ke kedai.
Tengahari lepas balik dari kedai ada je masa nak ganti balik tidur tapi panas sangat tak boleh tidur.
Takpalah anggap je ini semua pengorbanan demi mendapat pahala Ramadhan.