Pages

Wednesday, 23 March 2016

Resepi: kottu paratha

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak share satu resepi recycle. Resepi ni ayah saya selalunya buat guna roti canai yang dibuat sendiri.Bila teringin sangat nak makan roti canai ayah saya sensiri akan buat roti canai from the scratch. Petang lagi dah dibuat adunan tepung. Boleh dikatakan kami sekeluarga tak pernah merasa makan roti canai kedai masa kecik-kecik dulu. 

Memang sedap dan yang pentingnya senang buat. Guna bahan-bahan yang ada dirumah je. If uolls kekurangan bahan buat resepi ianya tak akan mwnjejaskan rasa. 

makanan ini asalnya dari India (please jangan tanya negeri mana di India ya). Kottu Paratha mean minced paratha cooked with spices and vegetables. Ada banyak versi kottu paratha. Yang ni versi family saya.

Ok jom lihat bahan-bahan kottu paratha.

     √ 3 keping roti canai
     √ 1 biji bawang merah
     √ 3 ulas bawang putih
     √ 1 biji tomato
     √ cili padi ikut kepedasan
     √ 1keping dada ayam tanpa tulang
     √ 3 biji telur
     √ 1 sudu besar cili giling
     √ daun ketumbar@ daun kari untuk          ditabur.

Now the method

- potong kecil-kecil roti canai
- bawang merah dan putih di slice dan di tumis
- masukkan dada ayam yang dipotong kecil.
- masukkan cili giling dan cili padi. Kacau sampai garing
- pecahkan telur masukkan. Kacau telur.
- bila telur hampir kering masukkan roti canai.
- jangan bagi telur kering nanti susah nak lekat dengan roti
- goreng sampai kering dan garing
- masukkan tomato. Tutup api tabur daun ketumbar@ daun kari.

Siap.... sedia untuk di ngap. Selamat mencuba.

Wassalam

Thursday, 17 March 2016

Isteri

Assalamualaikum,

Entry ini berkenaan tentang rasa hati saya sahaja.

Orang lain saya tak tahu lah, tapi saya yang suka memasak ni jika suami saya puji masakan saya,  the whole daya saya akan rasa bagaikan disuntik vitamin. Rasa happy dan mood pun gembira je. 

Tapi my beloved hubby ni seorang yang bukan mudah untuk beri pujian. Jangan ingat hubby saya ni cerewet ya. Disini saya hanya nak cerita pasal masakan sahaja ya.
Masaklah apa pun, hubby saya akan makan licin. Only if i ask him,he'll comment. 

Wassalam 



Tuesday, 1 March 2016

Insta

Assalamualaikum,

Sebelum ada hp Lenovo ni saya selalu juga berangan nak buka akaun insta. Tapi confius apa tu instagram? Macam fb juga ke? So, lepas beli hp ni teruslah download apps instagram. Rupanya best juga ada insta ni. Bolehlah kita share gambar sekali dengan kawan-kawan sambil tu boleh komen juga.

Sejak ade insta ni gambar yang saya share di whatsap saya juga share disini.  Tapi kena tengoklah gambar yang sesuai sahaja saya share.
Kebanyakkan gambar yang saya share adalah gambar makanan yang saya masak dan cuba sendiri.

Wassalam