assalamualaikum, hai semua
sekarang saya dalam misi nak habiskan baca novel kuala lumpur dimana suamiku
karya penulis sri diah
novel ni saya beli lebih kurang 9tahun lepas kat rnr masa nak pergi rombongan
novel ini juga novel pertama yang saya beli selepas saya kahwin
walau dh berpuluh kali khatam novel ni masih saya x dapat mengawal perasaan sedih
saya bila membacanya (awal-awal baca sampai bengkak mata saya menangis)
jom baca sinopsis novel ni yang saya copy dari blog ni
Sinopsis belakang buku:
Sesekali bukan tidak terlintas di ruang fikiran, apakah perkahwinan ini satu percaturan? Natasya pernah bertanya pada diri sendiri tentang harga sebuah kasih sayang, sebuah kesetiaan seorang suami. Sudah puas dia menjadi isteri yang baik pada seorang suami yang bernama Nazril – lelaki yang berpura, lelaki yang tidak tahu menilai erti setia.
Perlukah diturut kata hati, mencurah rasa hati pada lelaki yang bukan suami? Menderhakakah dia, jika dalam kesepian, dia menyambut salam Baha yang baik dan penyayang? Dia sebenarnya penasaran, antara membuat pilihan, antara membuat keputusan. Lantas wanita yang bernama Natasya itu dalam dilema, diburu resah. Ada kesal, ada bimbang, ada kemarahan yang datang dan pergi. Dan hatinya sering bertanya sampai bila segalanya akan ada penyudah...
sinopsis saya: novel ini mengisahkan tentang seorang wanita mualaf bernama natasya yg brkahwin
dengan nazril. hari demi hari kelakuan nazril berubah. dalam pd itu natasya mengandung. kehadiran
sahabat nazril bernama baharin banyak membatu natasya dalam keadaan genting.disitu mula putik
perasaan kasihsayang antara mereka. timbul pula lilly yg merupakan isteri pertama nazril yg dicerakannya.
penulis banyak bermain dengan perasaan. saya sendiri tak dapat mengawal airmata semasa baca novel
ini.
wassalam
No comments:
Post a Comment