Pages

Saturday, 8 February 2014

FB game addiction


assalamualaikum, hai semua

akhirnya saya juga terjebak.... habislah azam saya taknak
main FB apps.sekarang baru mula main Emoji ni. tapi ok juga game ni
kiita kene guna otak berfikir mencari maksud simbol yang diberi.
tapi takdelah addicted macam main Astro Garden,
diamond dash dan candy crush saga. best tau time tu satu family main
my SIL, BIL, anak2 buah even my hubby pun addicted teruk main CCS.
diamond dash tu sampai anak2 buah balik rumah saya mesti berebut PC.
hehehe...tapi sejak Tab murah saya rosak hubby stop main CCS.
saya pula ketagih teruk game astro garden hinggakan bangun tidur je curi-curi
on PC and upgrade game.
takutt.. time tu kene sound dengan hubby
biasa budak-budak je ketagih main apps ni semua tapi zaman sekarang ni
mak ayah yang melebih-lebih.


wassalam

Friday, 7 February 2014

doa untuk ibubapa

assalamualaikum, hai semua

salam Jumaat yang penuh barokah. hari ni publish entry agak lambat.
semalam lagi sudah karang entry lain untuk disiarkan hari ini.
tapi semasa berchat dengan abang ke-2 saya di FB, abang saya
memberitahu yang ayah saya semalam ada pergi rutin checkup di
Hospital Serdang. doktor sahkan jantung ayah  ada 2block. huhuhu..
ayah saya juga perlu lakukan pembedahan pada bulan April.
selepas mendengar berita tersebut saya rasa sangat susah hati.
sebelum ni pun ayah saya buat pembedahan memasukkan
'pacemaker' atas sebab denyutan jantung yang tidak teratur


YA ALLAH MUNGKIN AKU TIDAK MAMAPU MEMBAHAGIAKAN
IBUBAPAKU DENGAN KEMEWAHAN DAN KASIHSAYANG....
DENGAN PERTOLONGAN MU... PERKENANKANLAH DOAKU..
AMPUNILAH KEDUA IBUBAPAKU DAN KASIHANILAH
MEREKA SEPERTI MEREKA MENGASIHANIKU SEJAK KECIL



BERDOALAH UNTUK IBUBAPA KITA SESUNGGUHNYA DOA SEORANG
ANAK UNTUK KEDUA IBUBAPANYA LEBIH BERNILAI DARI HARTA BENDA

p/s: emosi tak stabil

wassalam

Thursday, 6 February 2014

kucing lurus

assalamualaikum, hai semua

dialog tentang kucing
ashiqa: mak kucing ni asyik lapar je
saya: yelah kucing ni x suka makan banyak. dia makan sikit-sikit tu yang selalu lapar
ashiqa: oo ptutlah kucing ni 'lurus' je macam cikgu Nurul
saya: lurus?? bukan lurus kurus lah
inilah kucing 'lurus' tu


wassalam