Pages

Friday, 1 January 2016

Tudung

Assalamualaikum,

Sejak masuk tadika saya sangat harapkan anak saya ni pakai tudung ke sekolah. Tapi taknaklah paksa-paksa dia. Masa hari pertamanya lagi saya katakan 'adik pakailah tudung ke sekolah baru muka adik comel'. Iyelah budak-budak zaman sekarang ni kene psyco sikit dengan kata-kata. Dia pun OK je nak pakai tudung.

Actually Hubby saya yang beria suruh saya pakaikan tudung ke sekolah. Katanya lebih mudah biasakan anak memakai tudung sejak kecil. Bila sudah besar suruh pakai tudung mesti liat yang amat.
Sebenarnya sekolah kemas murid-murid yang nak pakai tudung kene pakai tudung warna marine-blue. Tapi masa tu memang tak sempat cari tudung warna marine- blue. So, saya pakaian saja tudung awning yang berwarna kepada anak saya.
Everyday diffrent color tudung lah ashiqa melarang ke sekolah. Pada awalnya risau jugak cikgunya marah. So, lepas seminggu sekolah saya jumpa cikgu tadiknya and explain.  Juga tanya boleh ke terus pakai tudung awning je ke sekolah. Cikgunya kata tidak ada masalah jika pakai tudung berwarna.

Sejak itu lah ashiqa pakai tudung.

Wassalam

Saturday, 19 December 2015

Handphone baru

Assalamualaikum
Sejak awal tahun 2015 lagi saya bagaikan orang mengidam untuk membeli hp baru.
Ditambah pula anak bujang sulung saya mendapat greenlight dari hubby saya untuk membeli hp pertamanya. Everyday jugaklah saya berzikir di telinga Hubby saya meminta izinnya. Ianya bagaikan azam saya untuk tahun 2015.

Saya pun bukannya nak beli hp mahal. Entah sebab Apa dari Mula saya idam beli hp baru lagi hp jenama LEnovo jelah bermain dalam benak saya.
  Itupun anak sayà cadangkan untuk beli Lenovo Tab sahaja. Tapi macam leceh pula Tab nak bawa kesana kemari. Hehehee...apalah... Baru nak beli hp pun saya cerewet macam ni.
Akhirnya masa yang sesuai pun tiba pada 04.12.2015 saya berjayà beli Lenovo6000 plus. Alhamdulillah...... Lepas ni bolehlah saya berusaha keras untuk beli almari untuk ketiga-tiga anak kesayangan saya.

Mungkin ada yang fikir baru beli hp LEnovo pun nak kecoh macam beli IPhone. Tapi bagi saya membeli sesuatu barang yang berharga hanya beberapa ratus pun amat bermakna. After all I don't care people judge me.

Wassalam
Bye

Friday, 18 December 2015

Resepi butterscotch pancake

Assalamualaikum

Dalam entry sebelum-sebelum ini saya ada share gambar lempeng@pencake yang saya buat dari roti gardenia butterscotch. Baru perasan saya belum lagi share resepi pancake tersebut. So, mohlah kita lihat resepinya. Biasanya saya main campak-campak je bahan bila masak pencake. Ikut sedap tekak sayalah. Tapi yang pastinya resepi saya memang menjadi. Confident teramat ni. Heheh.....

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan.    Santan
1/2cawan  gula
3@4 keping roti butterscotch
1 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara buatnya amat lah senang. Cuma kene kisar semua bahan dalam mesin pengisar. Siap adunan pencake. Rehatkan adunan 1/2jam. Panaskan pan leper non-stick,  curah 1senduk adunan tunggu atasnya berbuih terbalikkan. Masak 2-3minit dah sedia untuk di makan.

Masa masak tu api kenalah sentiasa perlahan untuk elakkan pencake hangus.
Jom try pencake ssmpoi ni weekend ini.

Wassalam
Bye