Pages

Friday, 18 December 2015

Resepi butterscotch pancake

Assalamualaikum

Dalam entry sebelum-sebelum ini saya ada share gambar lempeng@pencake yang saya buat dari roti gardenia butterscotch. Baru perasan saya belum lagi share resepi pancake tersebut. So, mohlah kita lihat resepinya. Biasanya saya main campak-campak je bahan bila masak pencake. Ikut sedap tekak sayalah. Tapi yang pastinya resepi saya memang menjadi. Confident teramat ni. Heheh.....

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan.    Santan
1/2cawan  gula
3@4 keping roti butterscotch
1 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara buatnya amat lah senang. Cuma kene kisar semua bahan dalam mesin pengisar. Siap adunan pencake. Rehatkan adunan 1/2jam. Panaskan pan leper non-stick,  curah 1senduk adunan tunggu atasnya berbuih terbalikkan. Masak 2-3minit dah sedia untuk di makan.

Masa masak tu api kenalah sentiasa perlahan untuk elakkan pencake hangus.
Jom try pencake ssmpoi ni weekend ini.

Wassalam
Bye