Pages

Tuesday, 18 March 2014

kudapan untuk kunyah

assalamualaikum, hai semua

minggu lepas sesaja saya ikut hubby pergi beli barang untuk kedai.
my SIL kirim untuk beli keropok roda an kacang tanah yang siap digoreng dalam
bungkusan besar. masa tu saya beli ini
:
:
:
:
:
:
:
:




kacang pedas ni sedap tau. kalau sekali start makan tak boleh stop. rangup dan pedas
memang sedap je dijadikan bahan kunyah di waktu petang.kacang bijan ni ade
dua jenis:

- kacang tanah yang digoreng dengn rempah kari
-kacang soya yang digoreng dengan rempah kari dan bijan

ingatkan kedua anak lelaki saya sahaja yang suka makan kacang ni, tak sangka
pula adik ashiqa pun terikut suka makan kacang ni. sebelum ni pernah beli kacang pedas
jenis macam ini di pasaraya Billion. tapi kacang yang belah bawah-bawah sikit dah
hancur semua. lepas kenalah beli selalu untuk dibuat stok.

wassalam.

Monday, 17 March 2014

saat itu...

assalamualaikum, hai semua

semasa my MIL sakit, my 2 SIL yang hantar ke HTAR,Klang sebab my hubby
masa tu berada di luar. malam itu selepas my hubby ambil saya dan Ashiqa di rumah
kami bergegas ke hospital visit my MIL.sementara doktor sibuk menjalankan treatment
kami menunggu diluar. melihat wajah-wajah waris sama-sama menunggu orang tersayang
bersama iringan doa amat menyedihkan.
teringat juga betapa kami sekeluarga menanti adik lelaki saya yang accident 4tahun lepas
di HKL.saat doktor mengatakan sebelah kaki adik saya tidak apat diselamatkan adalah
the worst moment in our life. huhuhu.....
bergenang airmata bila mengingatkannya. hanya Allah tempat kami bergantung.
YA ALLAH SEMBUHKANLAH PENYAKIT IBU MERTUA SAYA. RINGANKANLAH
DERITANYA. berikanlah yang terbaik untuk hambamu



wassalam

Tuesday, 11 March 2014

beg sekolah

assalamualaikum, hai semua

ini sebenarnya entri bulan februari.
dah bulan februari baru berkesempatan dapat beli beg sekolah baru untuk
adik ashiqa. pada awalnya mmng taknak beli beg baru untuknya sebab beg sekolah
tahun lepas pun tak diguna sangat. cikgunya memang jarang bagi kerjarumah untuk dibuat
dirumah tahun lepas. dia pun jarang sangat bawa beg ke sekolah juga pihak tabika dah
provide alat tulis. sejak awal bulan tahun lagi dimntanya beg baru tapi saya tangguh je.
last-last beli jugak yang beg jenis murah. bolehlah guna masa balik kampung sekali

syukur Alhamdulillah anak-anak kami memahami situasi kewangan kami. jarang juga
mereka merungut bila keinginan mereka tidak ditnaikan. barang anak-anak pun memang
beli dalam lingkungan bajet sahaja.


wassalam